Haaaa..kan aritu aku dah ckap kt korang..jangan gelak bila aku cakap yg aku nk blajar main gitar..cuba tengok tuuu..walaupun xdela terer kann..tp bolehla takat nk buat lagu.weee!~~*muka bangga ala2 nepal dapat seat naik bas rapidkl.*
Oklaaa..so waku paham korang nk sing along kann??xpon buat2 xpaham lirik lagu ni..so ni haaa.aku kasi korang lirik lagu ni..xnak kedekut ilmu,ni chord lagu dia skali aku kasi..:)
Shirt Colour: white Mood: patriotik~~ Song: - On my right: hp On my left: beg
Kumpulan Lumbung Informasi Rakyat, Jakarta, Indonesia
Apa khabar buat kamu saudara seagamaku disana?saya doakan agar kalian semua sihat hendaknya disamping beramal dibulan ramadan yg mulia ini.Barangkali kalian tahu tujuan saya menulis surat ini buat bacaan kalian.Peristiwa yang berlaku selang beberapa hari yang lepas betul2 buat saya sedih dan kesal. Aku tahu,ada sebab mengapa kalian terlalu memarahi kami..banyak perkara yang kalian rasakan tidak senang yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Kamu berhak menyalurkan rasa ketidakpuasan hati kamu jika kamu rasa ia perlu..aku tak pernah marah.Akan tetapi, saluran yang kalian gunakan untuk menyuarakan bantahan kamu menerusi 'Ganyang Malaysia' itu sungguh memilukan kami disini. Tidak ada kah cara lain selain daripada membakar Jalur Gemilang yang menjadi naungan kami disini?Kami terasa seolah2 kedaulatan negara kami dipijak2 dan dihina dengan begitu dahsyat sekali. Perbuatan mencampakkan najis di hadapan bangunan kedutaan negara kami juga sesuatu perbuatan yang melampau dan apa yang paling aku kesalkan ialah mengapa kamu memilih bulan ramadan yang serba mulia ini untuk melakukan protes sedemikian??tidakkah kamu berpuasa pada saat itu??jika ya,mengapa kamu sia2kan amalan puasa kamu dek kerana terlalu mengikut rasa hati? Kan lebih baik jika kalian menunggu selepas bulan puasa untuk melakukan tunjuk perasaan ditengah2 panas begitu,sekurang2nya dapat jugalah kalian minum air sirap ke kalau keletihan berdiri betul x? aku serius.
Pernahkah kami memijak2 atau membakar bendera negara kamu kerana ketidakpuasan kami terhadap kebanjiran rakyat negara kamu di tanah air kami?pernahkah kami melemparkan najis di kedutaan kamu disini kerana jenayah yang sering dilakukan oleh rakyat negara kamu disini? malahan kami turut membela rakyat kamu(pembantu rumah) yang menjadi mangsa dera majikan mereka dengan membantu mereka mendapatkan pembelaan yang sewajarnya. Seperti contohnya kes Nirmala Bonat beberapa tahun yang lalu..kami sama sekali tidak memberi muka terhadap majikan yang menderanya sehingga anjing tersebut dihukum penjara 18tahun kerana perbuatnnya yg sungguh keji itu. Selepas itu kejadian yang sama dihadapi oleh pembantu rumah, Siti Hajar yang teruk dianiaya oleh majikannya dengan mendera dan tidak diberi gaji selama dia bekerja dibawah majikannya,malahan dia juga hanya diberikan nasi yang berlaukkan babi untuk dimakan! tetapi syukur kehadrat ilahi, beliau sempat melarikan diri dan nasibnya baik kerana dijumpai oleh seorang pemandu teksi warga Malaysia yang baik hati menghantarnya untuk mendapatkan rawatan dihospital. Jika tidak bayangkan apa yang bakal menimpa Siti Hajar. Pembelaan turut kami berikan secukupnya terhadap wanita ini dan majikannya juga turut dihukum. Kejam lagi kah kami??Zalim lagi kah kami terhadap warganegara kamu?bukan taraf kewarganegaraan yang kami ukur untuk memberi bantuan kepada seseorang,tapi atas dasar sifat kemanusiaan dan ihsan terhadap sesama insan.
Kamu juga terang2an menghina kami dengan mengatakan rakyat Malaysia ini ketandusan bakat seni, tiru kamu dari banyak aspek kebudayaan dan sebagainya. Perlu kamu ingat, populasi rakyat dinegara kamu ialah sebanyak 237,556,363 juta orang manakala di Malaysia hanya cuma 28.96 juta orang sahaja..kurang lebih 1/1000 perbedaannya. Jadi,nampakkah kalian logiknya disini?jika kamu mahu mengatakan bahawa kami tidak ketandusan bakat seni dan budaya, angka ini pasti dapat menunjukkan logiknya.berpadanan dengan bilangan rumpun kami disini.namun begitu,walaupun jumlah kami jauh berbeza daripada kamu, namun kami boleh tetap berbangga kerana kami mempunyai seorang insan yang berbakat besar dan menjadi kesayangan setiap daripada kami malahan kalian disana turut menyanjunginya.Tidak perlu kot saya menyebutkan nama beliau dan beliau juga merupakan insan yg menduduki tempat ke-2 sebagai penghibur paling berjaya dan berpengaruh di Asia selepas penyanyi dr China...sebuah negara yang sangat besar juga tu!!di mana pula bakat seni dari negara kalian ya?? namun pernahkah kami meninggi diri?malahan setiap bakat yg datang dari negara kamu,kami alu2kan dengan baik..tak pernah kami boikot.Even cerita2 kt tv pun skrg banyak yg diimport dari negara kamu kerana mungkin ingin memberi peluang kepada rakyat negara kamu yang tinggal disini merasai seperti diri mereka berada di kampung halaman masing2..walaupun hakikat ini pahit untuk ditelan kerana saya sungguh tak boleh blah dgn cerita2 dr negara kamu yg sungguh berbakat luas ini namun saya telan juga seperti menelan air liur sewaktu sakit tekak..mengenai budaya pula,kamu sering mempertikaikan mengenai budaya kami yang kamu rasa banyak kami ciplak dari negara yang penuh peradaban seperti kamu. Sebab itulah pentingnya kita untuk mempelajari sejarah kerana dengan sejarah kita dapat belajar untuk memahami dan menghargai. Untuk pengetahuan kalian,bahasa melayu dan bahasa indonesia berasal dari rumpun bahasa yang sama iaitu Austronesia yang meliputi budaya,agama dan adat resam. Faham nggak?datuk moyang kita nggak ada bedanya..mereka semua dari asal usul yang sama, mengamalkan gaya hidup yang sama dan apabila berlaku penghijrahan penduduk secara besar2an dari Srivijaya (Palembang,sumatera) dan majapahit ke tanah melayu sehinggalah bertapaknya kerajaan tanah melayu pada tahun 1402. Jadi,tidak mustahil sekiranya berlaku persamaan dari segi adat resam dan sebagainya kerana ianya berasal dari puak yang sama. Ia bukanlah diciplak seperti apa yang diperkatakan oleh kalian. Kerajaan Melayu juga telah bertapak kukuh di bumi Melaka dan melahirkan peradaban yang sungguh indah dan penuh kesenian yang tersendiri. Nenek moyang kita dahulu bersusah payah untuk membentuk peradaban kita atas nama Melayu dan agama Islam tetapi kita pada hari ini sedaya upaya untuk memecah belahkan rumpun sendiri! nahh..tanya pada diri kalian sndiri apa sebenarnya yang kalian perjuangkan? adakah kalian baru akan b'puas hati apabila kami semua disini mati sehingga tiada sesiapa lagi yang akan membantu kalian untuk mempertahankan bangsa nusantara ini sendiri..?itu yg kalian mahukan?siapa yang akan bantu kalian sekiranya bangsa dan agama kita dihina dan diperkotak kasut kan oleh Barat kalau bukan kami disini? apa yang kalian cuba buktikan dengan membakar bendera kami sedangkan bendera kalian berkibar megah di negara kami? Masih ingatkah kalian siapa yang mula2 menghantarkan bantuan ke negara kalian ketika Sumatera Barat dahulu dilanda gempa? tahukah kalian betapa prihatinnya kami dengan nasib kalian di Acheh ketika dilanda tsunami dahulu? demi saudara seagama dan serumpun,kami sedia membantu kalian tidak kira dari segala segi,kewangan,perubatan mahupun doa2 dari kami disini..tapi jika ini tanda terima kasih kalian terhadap jasa dan sumbangan kami dari Malaysia, hanya Tuhan yang berhak membalasnya.
Kami disini tidak pernah kisah tentang soal bantuan itu semua sebab ia dilakukan atas dasar kemanusiaan.Yang baik dibalas baik dan yang jahat pasti akan mendapat balasannya juga.Kami percaya itu semua. Namun tidak perlulah kalian menghina kedaulatan negara kami sewenang2nya..negara kami negara berdaulat! sedangkan jika rakyat negara ini sndiri yg cuba mncemarkan kedaulatan pasti akan dihukum apatah lagi orang luar yang cuba menghina negara kami. Pasti akan ditentang berhabis2san!Saya juga mempunyai ramai sahabat yg berasal dari Indonesia dan saya hormati mereka dan saya percaya seramai 2juta rakyat dari negara kalian yang ada disini mempunyai teman masing2 dri kalangan rakyat Malaysia sehingga ada yg mampu bertapak kukuh disini.Serius saya sayangkan sahabat2 saya ini. Sedang kalian asyik merancang untuk menjatuhkan kami, lebih baik kalian berfikir bagaimana untuk menghentikan kaum kerabat kalian yang datang secara haram ke negara kami. Fikir mengapa mereka berduyun2 bertarung nyawa untuk sampai ke sini..mengapa mereka tidak tinggal di negara kalian sndiri yang serba serbi mempunyai kelebihan daripada kami disini?Kalian sungguh hebat untuk menunjukkan keberanian untuk menjatuhkan negara kami sedangkan kebergantungan kalian terhadap negara kami masih jelas lagi. Dimanakah letaknya maruah dan kewarasan fikiran kalian??
Saya cuba untuk tidak terlalu emosi sewaktu menulis surat ini tetapi apabila saya fikirkan kembali segala jasa dan pengorbanan pejuang2 kami yang berhempas pulas untuk mendapatkan kemerdekaan negara ini, saya tidak dapat menahan diri saya. Jika mereka yang sanggup bertarung nyawa untuk menghalau penjajah layak digelar pejuang, siapalah saya yang cuma mampu menulis surat ini buat kalian supaya kalian sedar betapa seriusnya perbuatan kalian itu.sungguh kecil pula diri ini saya rasakan. Baiklah..saya rasa sampai disini saja surat saya buat sahabat serumpunku di Indonesia..kalau nk diikutkan banyak lagi yg saya nak titipkankan buat kalian,tapi waktu sahur dah nak habis..so saya kena undur diri dulu..
Shirt colour:Red Mood:burppp~~ Song:aku rindu sayang kamu - Black On my right:mini fan On my left:mangkuk puding jagung
yang boleh mengundang pelempang..serius menciii!!
1.Duduklah dulu,buat macam rumah sendiri yer..
Serius aku konfius kalau aku pegi rumah orang(festime) pastu dia keluarkan statement cmni.. konon2 dapat menyerlahkan kesucian hati si tuan rumah la kann..padahal bila mintak izin nak guna toilet nnt,boleh pulak dia cakap.."jangan lupa pakai selipar jamban tu sebelum masuk yer.." ehhhh,suka ati aku la..dah tadi cakap suh buat cam rumah sndiri..aku kat umah xde de nak pakai selipar masuk jamban..tak bkematu pun tapak kaki aku sepanjang ketidakgunaan selipar jamban semasa dilokasi membuang bahan radioaktif aku ni..duhh!! sembang lebihh..!
2.Eh,kenapa muka masam jer?sedih ker??
Ehh,manada,aku tengah hepi sial..rasa nak lambung2 je kau sebab hepi tahap tapir dapat anak kembar-5 gua cakap lu..!! annoying sial tanya soalan camni..dah muka macam cuka tlebih asid hidroklorik lagi mau tanya kann..
3.Urmm dik,bas tak sampai2 lagi ke?
Buat lawak..buat lawak..dah kalau aku still tcegat lagi kat sini ape pekdahnye??kalau bas dah sampai takde la aku buat muka tensi tcegat kat stesen bas yang takde tmpat duduk ni bengapp..adoyaii!!
4.Lepas ni,hero dia akan lompat kat dalam trailer tu,ko tengok eaa..
Vavi la wehhh..kalau dah tengok citer ni watpe datang wayang tengok lagi bhaiii??kalau mulut tu reti senyap,gua tak de hal..lu nak tengok sampai bapak lu kawen lagi satu pun gua serius tak marah..yang member dia ni pulak tak kan tak kenal member lu tu mulut cam longkang, yang pegi ajak member tu tengok lagi skali movie ni apesal??
5.Eiiii..comelnyeee baby nii..serius sebijik macam muka u la Lin..!!
Yang pertama: Aku tak penah lagi jumpa baby yg tak comel kat dunia ni..so pernyataan tsebut tidak lagi relevan. Yang kedua: So skarang ko nak expect muka baby tu cmane?cam muka ko ehh??dah itu anak Lin..dah sah2 la muka macam dia!! adoiyaiii..tu mesti dalam hati akan cakap "ele, anak aku nanti lagi comel drp baby kau..tengoklah nanti" ye dakk??
6.Lokasi:Kedai baju Ehh joe..tak sangka jumpa ko.. buat apa kat sini??
???!! berhak tak untuk disepak??
7.Weh,ko boleh tolong pegang beg aku ni tak? aku nak pegi toilet kejapp..
Ok..First,u leave me without any choices rite?secondly..can u be more specific for how long that i have to wait??i mean perkataan 'kejap' tu tak relevan kalau setengah jam aku tunggu ko bermuhasabah kat dalam toilet tu..*especially kaum wanita* dont deny this babes!!
8.Laa,dari tadi aku tengok ko tcari2 barang ko yang ilang tuh..mesti tak jumpa2 lagi kan..?
Yes..u're soo genius mafakka!! so how about a little help from u to find my shit here rather than u give me those silly doubt!
9.Wahhh..banyaknyer lagu2 kapak dalam mp4 ko ni joeee..sah mat jiwang eh ko..
Eh...sukati aku laaa nak letak lagu apee dlm menatang ni..yang ko tiap2 malam bgayut kat tepon sampai aku nk tido pun tak boleh, xde plak ko rasa blues kann? wadefak mengg??
10.Janganlah marah2..nanti cepat tua..!!
Manusia paling obses dengan ayat ni..walaupun memang secara logiknya ayat ni lansung tak logik,namun manusia ini terutama kaum melayu tak jemu2 mengeluarkan statement jalang gilababi cmni..aku paling pantang kalau ayat ni pakcik2 tua yang dah ganyut plus misai bpintal2 cakap kat si janda2 muda yg baru lepas edah..geli sial!! tolonglah guna ayat lain kalau ye pon nak buat modal kan..!!
Shirt colour:blue Mood:weeee~~ Song: - On my right:lect notes On my left:hphone
Siti Nurhaliza Productions, 35-1, Jalan Menara Gading 1, Taman Connaught, Cheras Kuala Lumpur Malaysia 56100
Kehadapan Dato' Siti Nurhaliza,
Pertama sekali saya nak ucapkan selamat berpuasa untuk Dato' sekeluarga.Moga-moga tahun ni Dato' dapat puasa penuh kecuali kalau 'keadaan' yang tak mengizinkan tu takpelah. Baiklah,biar saya berterus terang.Memang sejak dari kecil lagi saya minat dengan Dato'.kaw2 saya minat pada dato' sejak daripada taik lalat kat bawah dagu tu beso, sampailah taik lalat tu ilang.Saya kagum dengan bakat semulajadi yang ada pada Dato'. Kalau saya tak silap saya mula2 kenal Dato' masa taun 1997.Masa tu saya baru darjah 2 dan masa tu jugaklah mak saya baru je beli tv baru jenama Singer.Sampai sekarang pun tv tu ada lagi tau! saya dengar Dato' nyanyi lagu Aku Cinta Padamu.perghh..memang mantap giler ahh..tiap2 hari saya dengar pun tak jemu2.Dalam masa 2hari pun saya dah boleh hafal lirik lagu tu sampai cikgu matematik saya ,Cikgu Marziah denda saya sebab tak boleh nak hafal sifir dalam tempoh masa seminggu.Lepas tu keluar pulak lagu Cindai,pun saya suka giler dengar..saya tengok siaran langsung Juara Lagu tahun 1998 tu dan saya tau dato' konpem boleh menang.Boleh katakan tiap2 taun saya tak pernah miss layan AJL sebab nak tengok dato' perform.Bagi saya Dato' boleh bawak semua jenis genre lagu..bagilah Balada ker,Pop Rock ker,lagi2 lagu tradisional melayu..pergh,takda sapa yang boleh lawan kelunakkan suara dato.Pantang saya dengar bila dengar nama Siti kat tv.Kalau masa tu saya tengah buang air kecil kat tandas pun saya sanggup tahan sebab nak tengok Dato' kat tv.Tapi tu masa keciklah..kalau sekarang buat macamtu,tak waras kot rasanya. Sebenarnya saya ada satu rahsia nak bagitau kat Dato' Siti..tapi malu sikitlah nak cakap sebab mesti konpem 100% orang yang baca akan gelak punya..ahh,takpelah..saya tak peduli asalkan saya dapat bagitau dato rahsia ni.
Dato' nak tau x..gara2 minat giler kat dato',masa saya kecik2 dulu, saya pernah telipon office dato' tau! lololol!! saya dapat nombor tepon tu kat dalam majalah mangga mak sedara saya beli.Saya dapat je nombor tu,terus g public phone sebab nak call.Yela,masa tu bukan zaman semua org ada henpon.so saya teponlah pakai public phone jer.dail punya dail....dapatttt!! tapi saya ingatkan Dato' yang jawab sbb masa kecik2 kan saya ni agak lurus sket.so saya ingat kalau saya tepon no tu mesti siti yang jawab.berdebar2 jugaklah masa tu nak cakap.ada suara perempuan yang jawab.saya tanya."boleh saya bcakap dengan Siti Nurhaliza x?" tapi lepastu dia jawab yang dato tak ada kat office.mungkin masa tu dato bz kot or mesti ada show kat luar.sedih jugaklah saya tak dapat nak cakap ngan dato',tapi tak apa..minat saya terhadap dato' tak pernah padam. memang lagu-lagu yang dato' nyanyi semua best2...tapikannn satu jer masalah saya..saya tak pernah pun beli album dato'! hehehe..sorilah..bukan saya taknak beli,tapi masalahnya masa tu harga album mahal kot.satu album dah rm19.90, duit belanja masa tu pun cukup2 nak buat duit belanja skolah.naik sekolah menengah pulak saya duk asrama,lagilah takda idea macamana nak dapatkan album dato. tapi masa tu nasib baiklah ada senior yang suka gak kat dato.dia ada semua album dato..so kadang2 saya pinjam la kaset tu daripada dia.selain saya layan lagu2 kapak ngan backstreetboys,lagu dato' pun saya dapat layan skali..hehe..
Memang saya dah dapat rasa yang dato mesti akan pergi jauh..boleh harumkan nama negara di mata dunia.Seriously, saya sangat kagum dengan usaha keras dato'. Sebabkan dato' ,ramai orang luar yang kenal malaysia dan lagi yang membuatkan saya bangga,orang luar dapat kenal irama tradisional melayu melalui dendangan dato'. Dato' dah buktikan yang seorang anak yang asalnya daripada kampung, boleh memiliki kejayaan yang diluar jangkaan berkat usaha keras dirinya sendiri.Walaupun makin hari makin ramai artis wanita yang meningkat naik,namun bagi saya tiada siapa yang boleh menggantikan tempat dato'. tambahan pula dengan personaliti dato yang tetap menjaga sopan sebagai seorang anak melayu,sentiasa merendah diri dan sentiasa menghargai peminat menjadi sebab mengapa dato' masih lagi berada dipuncak walaupun sudah hampir puluhan tahun berkecimpung dalam dunia seni.Dan sekarang dato' telahpun berada ditangga ke-2 antara personaliti yang paling berpengaruh di asia ! syabas saya ucapkan buat dato' .
Memang saya akui, sejak kecil lagi saya mengimpikan untuk bertemu dengan dato tapi tak pernah tercapai sehinggalah tanggal 29 julai 2010.setelah hampir 12 tahun menanti,akhirnya saya dapat juga bertemu dengan dato secara live. Waktu tu saya menemani rakan saya ke sebuah majlis dimana dato' adalah salah seorang tetamu kehormat yang dijemput khas untuk merasmikan majlis tu. memang tak dinafikan dato cukup cantik orangnya.mata saya tidak lekang dari memandang dato dari jarak lebih kurang 7meter dan masih segar lagi diingatan saya sewaktu majlis jamuan, dato sendiri yang datang untuk bersalaman dengan tetamu yang ada termasuklah saya.Wahhhh..tuhan aje yang tau betapa gembiranya saya waktu itu dan peristiwa tu sudah cukup buat saya yakin bahawasanya dato ialah seorang personaliti yang cukup merendah diri dan berbudi bahasa.Impian saya untuk bersemuka dengan dato' telahpun terlaksana cuma ada tinggal satu sahaja lagi impian saya yang belum tercapai.Mungkin agak sukar untuk impian saya ini dapat termakbul..impian tersebut ialah saya ingin berduet bersama dato!!! wahhh...besar sungguh impian tu kann? tapi seandainya impian itu termakbul....tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati saya ni...tapi apapun,saya tetap akan berdoa moga2 impian tersebut akan terlaksana juga satu hari nanti.
Saya rasa sampai disini saja surat buat Dato' Siti.Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk membaca menda alah yang tak seberapa ini.Saya tetap doakan yang terbaik buat dato dalam apa jua bidang yang dato ceburi sekarang dan diharapkan dato akan terus success!
yang benar,
Antara lagu tradisional yang paling sedap dinyanyikan oleh Dato' Siti
Shirt colour:brown Mood:quite sleepy..outside is raining Song: Angel - Leona Lewis On my right:mouse On my left: hphone
Kopi Dangdut
Ya, yang jauh mari dekat yang dekat mari rapat yang rapat cubalah rapat sikit lagi..mari cuba keenakan rasa kopi dangdut kak sioh. ramai artis2 kat malaysia kita yang dah cuba produk kopi kak sioh ni antaranya ratu dangdut yg digilai ramai, kak mas idayu kita,kak pah pun dah cuba jugak tau! dan baru2 ni sempena piala dunia 2010 yg lepas, Shakira pun siap order kopi kak sioh sebab nak gelek masa buat psembahan penutup world cup tuh..xpercaya xpela,ada kak sioh kesahh??
Gambar jantan kat atas tula abang supardi..kekasih hati kak sioh..suka dangdut tuu!
Kopi Janda
Eleeee..kalau setakat kopi kak sioh tuh..apa nama kopinye??kopi dangdut?alaa..xheran la kak mon..kopi kak mon lagi hebat dri kopi si sioh tu..sebenarnya ilham kak mon nak pasarkan kopi ni datang masa kak mon mula2 kena cerai talak 3 dgn abang man korang haa..memanglah sedih kan kena cerai,gila tak sedih..3 hari 3malam akak betapa kat gunung senyum sbb nk kembalikan senyuman akak setelah 40hari tempoh edah..tapi kita orang perempuan kenalah ada semangat 1perempuan utk berjaya kan..jadi terhasil la kopi janda akak ni haa..kopi janda,bukan nak menggoda cuma nak berniaga...waaa gituu~~
hah..apa tunggu lagi,kak mon minum kopi ni dah nak masuk kali ke-153 dah ha..korang bila lagi nak rasa? untuk abang2 yg duda2 tu,mon buatkan sndiri air kopinya ya..
kopi janggut
Memang padan muka si mon tu kena cerai ngan abang man..abang man memang pantang orang sindir2 pasal janggut abang ni..ada ke patut masa kat supermarket dia boleh cakap kat kawan2 dia yang janggut abg ni pernah tersangkut kat washer machine masa nk basuh baju..habis kawan2 dia gelakkan abg..malu la abg man..! dah kena cerai,tau pulak nk bukak bisnes kopi..abang bisnes kopi, dia pun sebok nak bisnes jugak..drpada korang minum kopi janda si janda tu baik korang try pulak kopi janggut abg man ni..kaw punya kopi abg cakap sama lu..paling best klu nk minum kopi ni,korang usap2 lah dulu janggut bagi yg ada..kalau yg xda janggut2,korang carilah janggut kambing ke,atok korang punya ke..xpun paling simple call abg, nnt abg blh supply janggut tiruan blh delivery kat korg..cuba yaaa!!
Berkat abang man minum kopi ni,alhamdulillah sekarang dah ada 2 bini pun..mantoppp!!
kopi mak dara
Bercakap pasal kopi ni mak memang dah cukup biasa..boleh kata semua pasal kopi mak tahu..cakap je nak kopi yang macamana, kopi nk kuatkan apa yang lemah,nak besarkan yang kecik,nak gebukan yang leper ataupun nak tambah keintiman sesama suami isteri..huh..boleh kata mak yang paling otai laa..mak dah lebih 30tahun bkcimpung dalam bisnes kopi ni, hah,tu mesti sebok nak tau umur mak berapa kan?yer, mak tau mak ni memang hot kalau nk dbandingkan ngan nenek atau opah korang smua..yela,memang dari muda mak amalkan makan jamu dan minum kopi mak dara ni..mesti korg pun tertanya2 kenapa kopi mak ni namanya mak 'Dara' kan?haa..nak tau kenapa? sebab mak memang dara lagi uuu..kenapa dara?sebab mak xkawen lagi la bodo!..smua jantan reject mak sbb kata muka mak macam mona fendy..keji kan cakap mak mcmtu..tapi xpela,selagi kopi mak ni masih ada,mak xheran pun xbelaki..betul mak cakap!
nak kekal muda?badan stay slim macam mak?hah apalagi,cubalah keenakkan rasa kopi mak dara ni..mak hot kan?kan??kalah ella tau..
Kopi Tok Guru
uhukk..uhukk..uhukk..tok maleh bonar nk promote tok punyo kopi kat si biol ni ha..tapi nak buek camano,dah dio beghio bonar kato nak cubo tolong tok punyo bisnes ni..memang dah lamo tok kenal dengan budak sekor ni..dulu maso mulo2 kenal dio,ado dio ajak tok join MLM?gilo ko apo..ingat tok ni lombab cam siput ko xtau yang dio nak tok jadi downline dio..ishh,maleh la tok nak layan zaman skrg punyo bisnes ni..suko sangat menipu,buat duit haram..ish2..dah kono balasan nnt tau la langit tinggi ke rendah..haa,lupo pulak..pasal kopi ni haa..dah 4 generasi dah pon kopi tok ni..memang pemes kek soghomban kopi tok ni..tok pun lupo apo yg tok lotak kek dalam kopi ni ha sampai jadi sodap tak terkato..cucu tok yg umo baru nak masok setahun tu pun xdo kasi dio minum susu, keluar jo dari peghot ibu dio, terus kasi minum kopi sampai la skaghang ni..xdo side effect apo2 pun..bijak jo budak tu tok tengok..siap buleh nyanyi lagu Baby si justin bibir lagi haa..adehh..meghagam pulok peghot den ni haa,tadi maso berbuko minum kopi banyak sangat..tok nak poie jamban dulu yo..kalo nak dongar lagi pasal kopi tok ni,jom ikot tok masuk jamban skali nak??
*maaf,kata2 terakhir dari tok guru tidak sempat dirakamkan kerana beliau berlari lintang kengkang menuju ke tandas*
p/s : aku suka minum kopi tapi aku tak suka nama2 kopi yg pelik2..aku paling suka nama kopiko..simple tp sedap..memang fav dari zaman skolah rendah dlu..
Shirt colour: red mood:nyum2..sedapnya pringles ni~~ song:Sorry- Daughtry on my right:Pringles on my left:jam dinding
Assalamualaikum and hello guys!!..first of all, thanks to fahmi n islah b'coz willing to choose this blog to receive this award..tadaaaa!!
FYI, for me to get this award, I should follow some rules and here it goes:
I should select 15 most promising blogger to accept this award from me!!..it's fun isn't it?? So, the blog that listed below r those that i never miss to read n i really enjoyed when i read them...seriously, if i've been given the chance to choose how many blog that i want, i will listed all the blogs that i'd linked here, unfortunately the limit only 15 maa..:((
But follow this step before you b able to get this award okayy:
1. Thank & link the person that gave you the award :
2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
U guys really want to know 7 things about me kaa??
1) Hate sayur sawi!! 2) Loveeess badminton n swimming very much 3) Currently enjoying 'The Big Bang Theory' Tv series..it's awesome!! 4) Love black and white when its come to the clothes.. 5) Sucks in remembering things..i even not remember my house address yet!! 6) Prefer CIMB than Maybank (u cannot withdraw RM 10 notes using maybank atm..SHIT!!) 7) I don't like people sleep with pyjamas..this wear is crap!
Done! Ok, so..congratz to all the listed blogs and please la..don't stop blogging after what i've done here okay??
Will write again soon~~
p/s: Happy holidays to all Curtinians!!! yiahooo~~
Shirt colour: black mood:exhausted laa.. song:telegram buat yoko-The Times on my right:wall on my left:kain pelekat
S.O.A.L.A.N
siapa ada soalan? soalan untuk cikgu.. soalan untuk mama.. soalan untuk papa.. soalan untuk kawan.. soalan untuk Tuhan..
soalan membuktikan kau manusia biasa yang kerap dibebani beban bukan sebab kau bebal bukan juga sebab kau sengal
semua orang ada soalan namun bukan semua boleh menyoal tak kira kau penghuni kaki lima tak kira kau kerani makan gaji tak kira kau peguam handal bertaki tak kira kau menteri dalam negeri
soalan selalu menimbulkan kontroversi untuk santapan manusia si pendengar gosip mengajar sesiapa yang berani menghukum penghuni jajahan Tuhan biar tahu asal kurniaan
kau bukan pembuat soalan kau cuma mencari jawapan tak perlu terburu-buru nanti kau lupa apa yang perlu
ramai bagi soalan pelik kenapa aku pilih dunia aku jawapanku mudah kerana dunia aku dunia terbalik kau suka apa yang aku benci kau ingat apa yang aku lupa kau reka apa yang aku cipta
jadi...?
jangan bertanya lagi aku pun tak kenal siapa aku kau apatah lagi semua soalan kau itu ringkaskan supaya tak meleret sebab aku lebih faham bahasa mudah
p/s: aku ada satu soalan..korang semua takda keja lain ke drp baca menda ni??
Shirt colour: white mood: nak mandi pasni song: belahan jiwa D.O.T on my right: books on my left:100plus bottle
Here are my lists: 15.Get Smart
I watched this movie after i totally ran out of ideas what i'm gonna do at home..FML!yup,I understand very well that this movie is a comedy flick,tapi aku xboleh terima kebodohan jantan hero dalam movie ni.Lagi dungu drp mamat yg jadi hero dlm drama Kapten Kit tu.Lagi satu ada satu babak dalam citer ni yg diorang jatuh drp aeroplane n the heroin need to save this dumbass guy..they can even chattering very 'relax' masa tengah jatuh n siap ada last minit plan how they wanna save themself after their parachute berlubang n of course from earlier on, u know they would safe..hero n heroin nvr been dead btw.
14.Surrogates
Ok..2things i like about this movie: Bruce Wills run the lead actor and those idea about the future world gonna look like.But other than that it just nothing but rubbish!jalan cerita kalut mcm haram n terlalu banyak manusia robot yang mengelirukan.I know they wanna make this movie as tricky as possible but sorry Mr.Director(Jonathon Mostow) sbb lastly not until 15mins i bet u already can predict what the hero would experienced which is his wife was found dead sbb gatal sgt nak jadi robot jugak..sangatlah LAME!..kinda weird sebab Jonathan made such a good movie before like Terminator 3 and Breakdown tapi movie yg satu ni betul2 out of pace lah..
13.Puteri Gunung Ledang (PGL)
Yang ni kalau takda lompat2 dalam hutan,dalam air tak boleh ke?kenapa Hang Tuah perlu terlompat sini sana?dah mcm munyet terbang plak aku tengok.No doubt Tiara's acting so much matured in this film but kesian pulak sbb dia ni dahlah puteri,kena pulak main nyorok2 kt dlm hutan la,gua la,nasib tak pandai panjat pokok,kalo x,kt atas pokok pun dia tpaksa mnyorok kot.Adlin nampak kayu jugak dalam cerita ni..cam overacting pun gak n 1 more thing cerita ni panjang sangat sampai aku rasa muak nk tengok!
12.Nur Dijiwa Harina
Hah..ni dia drama yg paling aku sakit hati tengok ending dia.Ok,masa tgk iklan cerita ni,aku rasa its must b something nice to watch n there're message together with this flick kn..yeah,so aku pun tgklah sampai ke ending tiba2..harambabicelaka diadun secara sebati sbb ntah tiba2 watak ayah dia yg jahat suddenly jd baik tanpa alasan sbb klu korg tgk citer ni,ayh tiri budak ni mmg patut terima balasan sbb kejam sgt layan dia,tup2 lastly xde pape yg blaku,tibe2 jd baik plak.Watak mak dia yg bodoh dan typical scene malay movie here n there yg buatkn aku arghh!babi,igt nk layan smpi nangis,rupenye last2 tgelak..mak aku yg sentimental pn ckp menyesal tgk..
11.Cicakman 1
The very questionable for this movie is,amongst bunches of actors in malaysia y saiful apek was chosen to b our superhero?ye,aku tau this is comedy action pny movie n apek at that time known as pelawak no1 mesia but please la,The Hulk n Spiderman also can bring us to laugh but still their superhero r questionable by viewers n try u put Apek kt sblh Tobey Maguire n Lou Ferrigno..still u can c how comparable they r(u knw wht i mean).Masa show trailer,bkn main lg aku tgk,lbih drp 500 efek CGI konon,but bila tgk movie dia,cam sampah..sama taraf ngan citer katun keluangman n chempiang.Rugi dowh duit beli tiket wayang nk tgk citer knonnye yg pertama di mesia ni,yela..yg pertama ada 2orang mamat kayu bodohcamsiput (ginger1 n ginger2) dan prof klon yg keje dia asyik gelak xtentu pasal.Sakit telinga aku! Cicakman2 sumpah aku xtengok!
10.Futago
I'm a fan of horror movie flick n blieve me this story was the worst horror movie ever to watch.Well,i decided to watch this movie after i see this poster beside here b'coz its kinda well-portrayed doesnt it?tak sampai 10min aku dah naik fedup ngan citer ni..nasib masa aku xbanyak habis donlod citer ni sbb dpt pun dr kwn,kalo x,mesti rasa unworthy gilababi.Slow pace plus adegan2 yg konon2 nak kasi cuak,last2 kentut pun tsekat..kalau korg nak tgk jugak cerita ni,I wanna to say this "I've warn you!!"
9.Potret Mistik
Disebabkan filem ni la,aku dah tobat xnak tgk movie/drama/teater hantu yg ada kaitan dgn gambar potret.Kemeluatan aku tgk citer ni sama je dgn aku tgk citer Cermin.Tp citer tu xde dlm list aku sbb natasha hudson hot.kahkahkah.Back to this shitty story..well,as usual,diarahkan oleh sorg prof yg suka memartabatkn anak mami dan mamu..ppl mostly can predict how this movie will ended like bcoz there's always a pattern n pattern tu mcm corak carpet mudah luntur yg babu jual.Other than chasing n screaming yg xtentu hala in this movie,u also can c how an old lady can look soo much stronger than a muscular guy n i dont c the point y tht guy should all the way running from this mcik yg nmpak cam psiko pdahal ko blh je geletek org tua tu biar dia tgelak smpi mati..!aku cam confius giler dgn citer ni sbb aku rasa nk tgelak,tmaki,ttido dan tbaling pisau kt screen tv dlm satu masa,yes..that much expression!
8.Cinderella Story
Sumpah!..i accidentally watch this movie bcause i thought this cinderella was as sweet as the original cinderella.(i'm cute i know..)How much stupid that guy until he cant even get the hunch his cinderella and the bar lady is the same person?org buta pun blh perasan kot sbb suara dorg sama nak mampos.it's different if tht lady change her voice when taking place as cinderella.emm,selain tu,mcm biasalah adegan romantik kegemaran mat salleh,menari kt dlm taman.dan2 ada pemain muzik plak tu..how lucky they r rite?dahla..malas nak ckp pasal citer bodoh ni lg..
7.Seri Dewi Malam
Aku jamin mesti ramai yang dah lupe pasal citer ni kn..kn?sebab ia sangatlah tak best dan menyiat hati..tul x?a film about a guy whos his wife name Seri was in coma sbb apetah aku pun xingt,n he meet a blind girl(of course la nama dia Dewi,xkan Malam pulak kan..) who have power to communicate with ghost or spirit n kesudahannya,tiadalah kesudahan cerita ni..si mamat ni pulak jatuh cinta kt Dewi ni pulak..pastu ape yg jadi eh?ada sape yg ingt x?xsilap aku,aku tgk citer ni masa tayangan hari raya..
6.I know what you did last raya
Bagi aku semua filem senario after senario the movie smua mcm sampah!..komedi yg typical dan jln cerita mostly kena culik dgn penjahat.N dtglah 3 org anak muda ni yg ntah drp mana jadi savior..aduh,tlg la..n for me,out of their series,IKWYDLR ni yang paling bodoh skali...coz jln cerita of course kena culik n terlanggar kambing,tup2 dah kena ganggu..pastu org yg konon2 jahat rupa2nya baik n bniat nk tlg diorg..cliche isn't it?aku paaaaling benci lakonan si azlee..over n suka buat muka bodoh dia tu yg konon2nye lawak tu..korg xcaya,tgk sendirilah cerita ni..mmg tagline cerita ni kena dgn aku.."Pengalaman Lampau Menjadi Igauan" yela..sbb pengalaman tgk cerita ni,smpi skrg aku mengigau..lol
Here my top 5 lists: 5.Dragonball Evolution
Apart from its really lousy graphic,a confusing and nonsense storyline this movie is nothing but junk.I hate the fact that i waiting for this movie to release like hell coz I c the teaser about this movie somewhere on paper n i was like WOW!..Dragonball is coming in 'real' instead of u only cn watch Dragonball Z(cartoon) in tv.It was 2 or 3 years back before this movie been released n they said the most killing part of making this movie is to create the green monster-King Piccolo in action.Huh..?WTH!..i tot The Hulk or Benn Grimm(Fantastic 4) is the hardest character to be.I bet if u already watch this movie,u will agree with me..
4.CINTA
Aku pun xtau mcamane aku boleh tertarik nak tgk citer ni..Kat wayang plak tu!baik aku beli tepung drp habis duit tgk citer ni,blh gak buat karipap kn..ni,duit habis rm10 *klu xsilap* n rugi masa je.citer dahla meleret n annoying x kalo tgk org tua bercinta? bagai nak terbelah bumi kononnya cinta dorg ni..aduh,siap blushing2 lagi..geli bai..lagi satu sikit2 slowmo n ada selit background muzik mcm sial!
3.The Happening
OMGWTF! US pny movie cought into my top3 list..hell yeah! ok,i watched this film with my schoolmate and we r very excited to watch how they present this movie coz the poster n trailer are really inspiring us.Siap g skolah(time to lpas habis spm) n promote kt ckg*bfore tgk citer ni*."Cikgu,ktorg nak pergi tgk wayang cerita INTELEKTUAL SERAM ni.."lololololol..lpas tgk citer ni with our own eyes,rasa berdosa sgt2 kt ckg ktorg sbb dh mnipu dorg.Imagine this,xsampai 15min tgk cerita ni tiba2 nmpak benda hitam panjang terjuntai drp atas kepala dorg..apetuh?hantu ka?rambut terbang ka?ataupn piring terbang?It's their damn mic at the scene n the scene is the serius one ok!i only expect this from mesia pny production tp rupa2nya US pn ada yg mcmni.Not once ok kwn2..4-5x aku nmpak mic tu terjojol keluar n aku tnjuk kt member aku.."weh,ko nmpak tak kt atas kepala dorg?".."Ah SHIT!!" membe aku jwb.1lg igtkn dorg nk bgtau sbb ape tragedy tu brlaku,tp rupe2nye dorg kata "still unknown source but MAYBE by the wind" ah,commonla,we r not sitting there watching ur movie to get the result 'MAYBE' stuck inside our head until forever!
2.Kapten Kit
Sorry,dh puas google,last2 gmbr ni je yg ada..so,both of them r the actor n actres in thid siries.Aku penah tgk 2x citer ni..1 kt umah nenek n 1lg sbb masa tu mmg ngada2 nk tgk..huhu.So,kapten kit ini adalah org yg sygkan alam sekitar mcm aku..TAPPPPII,kenapa dia mcam 'mat pet' je ea?..rmbut cam sabut kelapa plak tu..1lg,kostum dia yg kaler oren n nmpak mcm org yg jg highway lmbai2 bendera merah kalau ada construction tu,aku igt mula2 kuasa dia ni ialah boleh brdiri 10jam kt tengah panas sbb jaga jln raya..tak ketinggalan jgk dgn Kit si hero ni yg boleh bercakap menggunakan bmelayu yg skema.aku paling benci dgr alat dia tu brcakap..mcm kak kiah sidai kain.xmasuk langsung dgn situation.Pastu ade jgk 2org kwn kpd hero ni yg perangai lurus bendul.biasala tu,supporting character yg HARUS ada.Watak2 ni klu xde pun aku rasa lg ok kot sbb drp mngadap nk selamatkn 2org manusia bodoh ni,baik ko g tanam pokok..kata earth lover kn.Aduh..tak matang langsung! 1.Pepaya
Yeah..ni dia citer yang paaaling aku benci setakat hayat aku smpi skrg..sbb apa?sbb melampau2 bodoh dan tak masuk akal.dahla dlm group cerita AKSI so that basically means yg this story is a serious kind of movie.myb lawak sket2 tu cun kot,tp ni lawak dah smpi tahap bodoh gila baban.prnah skali,me n my frens(sunway!!) going out for dinner n this drama was on show..i dunno y the restaurant owner bukak cerita bodoh ni.So ktorg ada sorg kawan from africa n suddenly after watch a few mins while waiting for our food he asked 1 of my frens "Dude,is this story for kids?"lol..malu x?ktorg jwbla "YES"..so dia tny lg knp cerita ni tayang waktu prime mcmni..(pkul 9mlm) so ktorg pun diam jela.First time tgk,I'm very confused what is the ability of this hero so,ooh..kat tangan!!.tul x?tp cuba korg tgk tangan hero dia..cam sampah!dorg nk tunjuk yg kuasa hero dia ni tletak pd tgn,so of course org akan paling tumpu kt tangan la kan..tp tmpt tumpuan tu yang dorg buat paaaling sampah skali.Mcm sambil lewa je.Hey,cmmonlah,i know myb the production xcukup duit utk buat bg nmpak lagi real,tp xkan la u guys lack of crew yg kreatif kot.Kata industri seni ni luas la,bercabang sini sana..xkan xde specialist kot..!lagi satu,hero dia pasal bengap sangat dlm citer ni?pak pandir lg cerdik aku rasa.aku tgk skali je citer ni,pastu tiap kali klu bukak tv ade citer ni terus tutup sbb tension plak tatau pasal.
Ok..thats all my lists for top15 of the most frustration flick i ever watch.Aku tahu,dorg ada hak berkarya dan masing2 ada pendapat n kelebihan masing2..sorry kpd sape2 yg mungkin minat apa yg aku xsuka kt atas ni .U have my reasons y n its up to u to think otherwise..Aku pun ada hak jugak nk tentukan apa aku suka dan xsuke kn kn??..so,jgn ada yg terlebih emo plak nnt orait?
p/s: orang kata cerita niyang rapik sesuai digantikan dgn niyang merepek..tak taula sbb xtengok lg..:)
"Aku bukan pemidato,tak pandai nak debat2.Bukan otroman,tak pandai nak lawan raksasa.Bukan Doraemon,tak pandai nak tolong puaskan hati sesiapa.Bukan P.Ramlee,tak pandai nak bermadah.Bukan Batman,tak pandai nak sorok muka.Tapi aku boleh jadi pemidato,otroman,doraemon, P.Ramlee dan Batman kalau aku diberi peluang..."
Beliau sangat gemar mencari hidayah,melihat anak bulan pabila menjelang raya,menanak nasi yg sudahpun ditanak oleh ibunya,kadang2 beliau sangat gemar menasihati warga emas yg lupa daratan tetapi beliau merasakan dirinya belum cukup ilmu..beliau juga suka kepada sesuatu yg tdk disukai oleh org lain sperti menonton drama melayu,merenung dinding secara ekstrem dan melihat jalur gemilang berkibar..beliau juga kdg2 berangan dirinya duduk semeja minum kopi brsama Dr.Mahathir..ye,beliau suka merepek tak tentu hala sehingga prnah digigit anjing liar krn mengutuk anjing trsebut brkurap(takde kaitan)..tengok,dia merepek lagi..beliau juga suka itu dan ini..dan..dan..*suara membebel beliau semakin perlahan dn akhirnya lenyap dr pendengaran..*