Seribu Makna Buatku

Wednesday, July 22, 2009

lega...

Shirt colour: grey

mood: tengoklah tajuk tu...

song: memburu rindu-hattan

on my right: hp

on my left: earphone


fuh lega...


1) result lepas 65..


2) cuti dah nak habis..


3) hutang banyak sudah dilangsaikan..


4) flight tiket sudahpun di'booking'..


5) cuti sem ni dapat dimanfaatkan dengan begitu baik sekali..(akan diceritakan kemudian..)


6) dah jumpa series baru nak tgk sepanjang bulan ni nnt (a love to kill n nk habiskn full house..)..euww..


7) semua org n tempat yg ingin dilawati sewaktu cuti ni dh pun dilaksanakan..


8) dah 'bayar nazar'-korg akan tahu nanti..hehehe..


9) mama dah sihat nampaknya..(sembuh dari chikukunya..beware!!)


10) dh jmpe balik ngan seluar tido kesayangan aku...yeah!!


sejernih kasih(episod 3)

Shirt colour: grey
mood: sad.=(
song: bitter heart-zee avi
on my right: hp
on my left: earphone



"Nak potong getah bukan susah Ngah..Angah tengok macamana Pak Usop buat ni.."ujar Pak Usop kepada angah yang berdiri disebelahnya.Mata pemotong ditakuk ke pokok getah itu dan ditariknya mengikut alur pokok sehinggalah mencecah ke corong aluminium yang tertancap didada pokok.Tidak lama kemudian setitik demi setitik susu getah menuju masuk ke dalam mangkuk getah yang tersangkut dileher pokok itu.Angah memerhati dengan penuh khusyuk."Hah..macamnilah..senang je kan?..ala,angah buat perlahan-lahan nanti lama-lama mahirlah.."sambung Pak Usop."Alaa..senang je tu Pak Usop..angah ingatkan susah sangat..angah boleh buat ni.."ujar angah dengan yakin sambil tersenyum ke arah Pak Usop."Hah,baguslah kalau angah cakap macamtu..hmm..angah toreh pokok kat baris depan ni,Pak Usop kat barisan belakang tu hah..banyak pokok kat belakang tu yang tak bertoreh..kalau ada apa-apa panggil Pak Usop ya..hati-hati dengan mata pisau ni,tajam.."nasihat Pak Usop lalu berlalu meninggalkan angah di situ."Don't worry Pak Usop,semuanya angah settlekan nanti."jawab angah cuba untuk menyedapkan hati orang tua itu.Tidak lama selepas Pak Usop beredar,angah pun memulakan kerjanya dengan penuh tertib.Segala apa yang ditunjukkan oleh Pak Usop tadi ditirunya dengan penuh berhati-hati.Didalam fikirannya cuma teringatkan wang upah yang bakal diterimanya apabila selesai kerja itu nanti.Tayar basikalnya perlu ditampal,jika tidak dia terpaksa berjalan kaki sejauh 5 kilometer dari rumahnya untuk kesekolah.


"Kuih...kuih...kuih..kuih.."teriak Laila sambil berjalan disekitar kampung itu.Bakul yang sarat dengan kuih-muih yang dibuat oleh Mak Zainun itu dijinjitnya kuat.Masih tiada siapa yang mahu membeli kuih itu.Matahari yang menegak di atas kepalanya dihiraukan begitu sahaja.Apa yang Laila pasti,kesemua kuih itu harus terjual sebelum kakinya melangkah pulang."Akak,Ucik rasa orang banyak tengah tidurlah..kan waktu-waktu macamni biasanya mak suruh kita tidur..Ucik rasa diorang pun macamtu jugak.."ujar Ucik yang turut bersama mengikuti kakaknya menjaja kuih disekitar perkampungan itu.Tangan kanannya rapi mengengam baju kakaknya itu sambil berjalan."Sabar dik..kejap lagi adalah tu.."balas Laila."Dik,mari sini..."tiba-tiba Laila terdengar seseorang memanggil mereka.Tanpa menunggu,Laila dan Ucik segera menuju ke arah perempuan yang memanggil mereka itu yang berdiri dipintu rumahnya."Barangkali orang nak beli kuih ni agaknya..alhamdulillah"bisik Laila didalam hati."Akak nak beli kuih..?soal Laila sebaik sahaja perempuan itu berada dihadapannya."Kuih apa yang ada dalam bakul tu?"balas perempuan itu,seakan berminat untuk membeli."Ada kuih keria,karipap,donut..hmm..kuih cek mek molek pun ada kak..akak nak mana satu?biar saya bungkuskan."Jawab Laila bersungguh-sungguh.Ucik dari tadi hanya memerhatikan tingkah kakaknya sahaja.Dia tidak pandai bagaimana mahu berurusan seperti kakaknya itu.Ucik masih belajar."Hmm..bagi akak kuih keria dua ringgit,karipap tu bagi tiga ringgit ya."Perempuan muda itu akhirnya membuat keputusan.Tanpa menunggu,Laila pun membungkuskan kuih seperti yang diminta oleh perempuan itu."Ini duitnya ya.."kata perempuan itu sambil menghulurkan wang kepada Laila.Wang itu dikira Laila dengan cermat."Satu..dua..tiga..empat..lima...cukup..terima kasih kak.."ujar Laila sambil lima keping duit kertas satu ringgit itu dimasukkan ke dalam sakunya.Laila dan Ucik meneruskan perjalanan mereka menjaja kuih-muih itu.Rezeki mereka murah pada hari itu kerana kesemua kuih-muih itu terjual juga akhirnya."Syukur dik,semuanya dah habis..mesti mak suka nanti.."Ujar Laila sambil melihat bakulnya yang tadi berisi penuh dengan kuih-muih akhirnya kosong.Wajahnya terukir senyuman."Yeye..dah habis..jom kita balik kak..Ucik nak balik tengok cerita kartun kat rumah Nek Som ni..jom kak.."kata Ucik yang terlompat-lompat kesukaan sambil baju kakaknya itu ditarik tanda mahu mengajaknya pulang kerumah segera.Ucik tahu hati kakaknya kini sudah lega kerana kesemua kuihnya laku dijual."Hish,tak habis-habis kartun..perangai pun macam kartun..yela..yela..jom kita balik.Mak pun mesti tengah tunggu kita ni."jawab Laila.Kedua beradik itu pun terus berjalan pulang dengan hati yang gembira.Sangat gembira.


" You punya mak ada rumah tak adey?"Tanya Aci Mala kepada along.Aci Mala ialah seorang tokey kedai runcit dikawasan Mak Zainun tinggal."Mak saya kerjalah aci..dia tak ada kat rumah..kenapa aci?"soal along sambil meletakkan susu dan botol kicap itu dimeja kaunter untuk dikira."Tak ada apa,aci cuma mau adey kasitau sama adey punya emak,ini dua bulan punya hutang bila mau bayar..itu saja."jawab Aci Mala sambil mengeluarkan buku 555 bersaiz tapak tangan itu dari peti duitnya.Di atas buku kecil tersebut tertera nama Zainun."Oh,itu macamkah aci..berapa itu hutang semua?"Along bertanya."Adey kasi tengok sendiri..ini dia.."jawab Aci Mala sambil buku kecil itu diserahkan kepada along untuk dilihatnya sendiri.Along membelek buku kecil itu,dilihatnya semua hutang-hutang ibunya dikedai tersebut yang tidak berbayar selama 2 bulan.Kesemuanya RM 575."Kalau tak boleh bayar semua,bayar sedikitpun aci tada kisah."sambung Aci Mala lagi."Hmm..baiklah aci,nanti saya cakap sama mak saya ya..ini barang aci tolong kira berapa..masuk buku juga ya aci.."jawab along tenang.Sesudah barang yang hendak dibelinya itu dibungkus,along beredar keluar dari kedai runcit kampung itu.Basikalnya dikayuh menuju ke rumah.Pesanan Aci Mala tadi harus dia sampaikan kepada ibunya walaupun berat.Along tahu ibunya terpaksa berhutang bagi menampung perbelanjaan sehariah hidup mereka sekeluarga.Dengan berpendapatan RM400 sebulan dan tidak menentu itu,Ibunya sedaya upaya cuba untuk membelanjakannya dengan cermat.Rumah usang yang mereka diami itu pun disewa RM150 pada awalnya.Tetapi atas simpati daripada tuan rumah,dia bersetuju untuk menurunkan harga sewa RM100 sebulan.Along lebih mengerti berbanding adik-adiknya yang lain apa yang dirasai ibunya.Along tahu,ibunya mahukan dia berjaya dalam pelajaran kerana ilmulah yang dapat menjamin masa depan mereka nanti dan adik-adiknya dapat mencontohi langkahnya apabila berjaya kelak.Basikal itu dikayuh semakin laju kerana along dapat merasakan setitik demi setitik air hujan mula menerpa kulitnya.Entah bila langit yang tadi cerah bertukar mendung pun along tidak perasan."Aduh,nak hujan pulak..tadi cerah je aku tengok..haish.."along berkata sendirian.Kayuhannya menjadi semakin pantas.Dia tidak mahu pulang dengan basah kuyup dek kerana bermandikan hujan.Lusa dia akan bersekolah,jadi dia tidak mahu terpaksa ambil cuti sakit akibat demam kerana terkena hujan.


bersambung..


p/s: kisah ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan hidup sesiapa mahupun si penulis..harap maklum..


Saturday, July 18, 2009

malaysia kini...apa yang nyata..

Shirt colour: purple
mood: in a hurry..
song: seventeen-slalu mengalah
on my right: wall
on my left: nasi lemak

assalamualaikum w.bt kawan2 sekalian..apa kata kita sembang-sembang sket nak?..tak nak?xkire..aku nak gak..jgn risau,topik aku kali ni psl bkn novel ke,psl movie ke tpi sesuatu yg aku rasekan berilmu jgklah..so xdelah nmpak kite ni mcm remaja yg 'kosong' kan..u guys know what i mean..ok,after u guys read this,please and please give ur respond ke,comment ke,nak bidas ke..ape2 jela..kita anggap this one as open discussion okay..?hmm..orite..aku mulakn ek..


POLITIK..?(wow..tangkap leleh ni..)

kalau korang semua perhatikan betul2 sbnarnya negara kite tgh mnghadapi keretakan yg boleh dkatakan serius,cuma impaknya masih lagi tidak ketara disebabkan banyak yg cuba diselindungi oleh pihak tertentu pada pengetahuan umum...bukanlah niat aku nak burukkan mana-mana individu baikpun nak menyokong mane2 "parti berhaluan kiri" tapi tujuan aku sbnrnye nak kite bukak mate n pk ape yang sepatutnya kita buat selain dripada brdiam diri..aku tau antara korg ni msti tau pasal kes pbunuhan berprofil tinggi,Altantuya Sharibuu dulu tu..ingat x?,kes perlntikan jawatan hakim kat jabtan kehakiman,kes penyalahgunaan kuasa dikalangan kakitangan kerajaan n banyak lagi sindiket rasuah yang berleluasa..ape nak jadi ngan pemimpin2 kite????..mane pergi contoh tauladan yang baik untuk kite contohi???mane pergi ikrar dan sumpah mereka utk memacu negara dgn adil dan saksama???kalau pemimpin sendiri lari dari landasan tanggungjawab mereka,jangan ditanya mengapa rakyat mula bersuara..mengapa rakyat tak sokong pemimpin mereka...dan jangan hairan mengapa keputusan pilihanraya 2008 bergelumang dengan pelabagai kontroversi...semua yang terjadi ada alasannya yang tersendiri.."kambing xkan buang air besar kalau die xsakit perut"....so.the point is,pucuk pangkal atas apa yang telah berlaku disebabkan oleh kealpaan pemimpin itu sendiri...para khalifah dahulu takut nak terima jawatan sebagai pemimpin sebab takut xdpt nak galas tanggungjawab dgn sempurna meskipun mereka benar2 layak..tapi ape yang berlaku sekarang,org berebut2 nak jawatan..nak pangkat...sebelum dapat jawatan,sampai sanggup xtido utk berkempen,sanggup masuk lumpur tak pakai kasut..bla..bla..bla..bile dah dpt jawatan,jangan nak kate batang idung,bulu hidung pon xnmpak...(xtau r kalau dorg xde bulu idung ke..)
So,kepada kawan2 yang mane tau 1hari nnt akan jdik pemimpin,xkire lah pmimpin okestra ke,pemimpin persatuan kanak2 riang even pemimpin orang nak lintas jalan ke...hope korg jangan lah terjebak dgn penyalahgunaan kuasa..kalau penyalahgunaan dadah,boleh hantar kat pusat serenti,tapi kalau salah guna kuasa nak hantar kat mane?ISA?USA???...lu pk lah sendiri...

"KEBEBASAN BERSUARA"Bold
Maksud aku bukan lah kebebasan nak mnyanyi@melalak kat dpn public tapi aku cuma nak highlight ape yang terkandung dalam perlembagaan negara Malaysia yang katenye,rakyat bebas utk menyatakan pendapat dan bebas memilih ape yang dirasakan terbaik bagi mereka....*tanpa menyentuh mane2 sensitiviti individu,keagamaan dan bla..bla...bla...*korang rasa betulke???relevan x dgn mase sekarang??bagi aku,kalau dulu mungkin ye...dimana rakyat menentang penubuhan Malayan Union yang memperkenalkan prinsip jus anggur...eh silap,jus soli kat tanah melayu...dan rakyat mase tu dibenarkan menghantar wakil bagi mempertahankan alasan dan menjelaskan sbb knp diorg menentang...dan lastly kerajaan akur dan membubarkan penubuhan Mlayan Union...kat situ mmg relevan utk kite katakan yg kerajaan membenarkan rakyat bersuara..tp la ni....???apa sudah jadi???korg mst tahu ttg kes RPK(Raja Petra Kamaruddin) iaitu editor blog Mlaysia Today yang kne bail bcoz of kenyataan yang ditulis dalam blognye yang bertajuk "Let Altantuya murderers send to hell"....hanya disebabkan menegaskan pendiriannya ttg kes tersebut yang membabitkan salah seorang orang kenamaan(*tak boleh disebutkan disini..cuak dowh*),dia telah ditahan dan dihumban masuk kat Penjara Sungai Buloh...kalau korg baca blognye,korg sendiri akan terpikir,upon what he says,there's some truth on it!!!..ini ke yang dikatakan kebebasan bersuara???kebebasan mnyatakan pendapat?kalau minda rakyat disekat utk memberi pendapat,macamana negara akan maju?bulat air krn pembentung,bulat masyarakat krn muafakat..bukannya disekat...adoi..penin aku..penin...kalau ikut hierarki,atas sekali perlembagaan,pastu sultan,then undang2 pastu kerajaan n bla..bla..bla....

tapi skrg ni dah tebalik..kerajaan atas undang2..so,pagawai atasan yang melanggar undang2 boleh lah terlepas dari hukuman...best r kalo cmtu,sume pun nak jadik yang diatas,so nnt sape yg nak jage trafik?nak potong rumput,jage dusun...???ingat,yang berada diatas akan jatuh tergolek,terjelepuk,tersungkur kalau xde sokongan kuat dari yang bawah...seharusnya,kerajaan menyelesaikan segala kekusutan yg macam rambutan ni dgn berdepan atau bersemuka dgn rakyat,bukannya terus terjah n belum sempat kite nak terangkan ape2 dah kena sumbat pnjara...rakyat sekarang ni makin cerdik dan buknnya xboleh berfikir dgn rasional ttg ape yang berlaku..masing2 dah boleh berdikari dan tentukan yang terbaik utk mereka sendiri...so,we should not be threat like an idiot!...kenapa perlu lari atau takut utk berdepan dgn oppositors????lu pk la sndiri....



Pergaulan bebas...

Baru2 ni aku ade tengok video yang member bilik aku dpt dari internet yang memaparkan seorang minah kena pukul ngan sekumpulan lelaki(dalam 20 orang) sampai mati...aku xsampai hati tengok ape yang dialami oleh perempuan tu.Bukan dgn kudrat sorg lelaki,tapi puluhan orang yang belasah die sampai pecah kepala perempuan tu...mmg kalau korg tengok yang belasah perempuan tu mcm xde hati perut lansung...mmg ngeri...member aku cakap perempuan tu sbnrnya awek sorang mat rempit ni...salah pempuan ni jugak sbb wat affair ngan lelaki lain,so bf die yang merupakan mat rempit sejati dari gunung sintok dapat tau..mat rempit ni pun tanpa bfikir panjang..(mmg sume mat rempit xpk panjang) ,diepun panggil sume member2 die blasah awek die ni...xtaulah sape yang paling dungu dalam crita ni...yang jantan ni bengong yang pempuan ni pulak carik nahas...aku xpat bayangkan cmane kalau menda ni tjadik kat kakak n adik pempuan aku...nauzubillah...ini lah yang dinamakan padah sbb bercampur gaul ngan golongan cmni..bukanlah aku nak kate yg diorg ni 100% useless..sbb bile time kempen,ade gak parti politik yang gunakan khidmat diorg ni bkonvoi nak pancing undi..tp,ape yang buruk ttg prangai mat rempit ni,diorg ni banyak yang mencemarkan maruah dan keamanan negara...kalau aku yg duk kat kl ni,tiap2 malam kalau aku kuar,mst jmpe geng2 yang cmni..yang paling kesian aku tgk bile awek die xcukup duit nak beli kain,so baju pun smpai tang pusat je n kalau nak diikutkan,sarung nangke pun lagi labuh dari baju2 minah ni (am i crossed the line?aku rase xpun..kate pun open discussion kan??)...yang lagi menyedihkan skali ialah yang jadi geng2 mat rempit ni 99.9% ialah dari rumpun bangsa melayu kite dowh...bangge ke?????kalau yang pergi angkasa tuh baru lah dinamakan bangga...yang kat atas jalan raya ni bonggol je yg banyak...aku bukan saje2 tulis je kat sini,aku nak supaya kita semua terutama yg masih lagi belajar ni..(kita ni bakal jadi tunggak negara tau..) xde yang terjebak ngan mende alah yang mcmni...kalau yang ade2,aku nak sarankan spy kembalilah ke pangkal jalan,jangan bile dah terlambat baru kite nak sedar...baik yang laki2,perempuan,mahupun kedua2nya skali...kalau x,aku xngaku korg membe aku...pdn muke..
lu pk lah sendiri....


"implikasi"


kalau korg wat persamaan serentak dgn mnggunakan formula kalkulus,result yang kite akan dapat dari sume perkara diatas=HANCUR!!!!!!!....maka,bersedialah kita utk dijajah semula,bersedialah kite utk merasa kesengsaraan spt nenek moyang kite dahulu,dan yang paling penting bersedialah kite utk mendapat balasan seksa dari Allah S.W.T...kalau negara lain kena attack sbb perselisihan faham dengan negara luar,tapi negara kita Malaysia pulak hancur sbb msalah dalaman negara yang xtahu smpi bile akan berlanjutan...hadoi.....kalau korg xnak rasa keperitan dari bala bencana yang mungkin mnimpa negara kita,so mainkanlah peranan masing2 dgn tidor selepas makan..(kpale hotak hang....baik aku xyah penat2 tulis sume menda ni)...peranan kite yang paling mudah skali ialah saling ingat memperingati antara satu sama lain..mmglah kubur kita esok lain2,tapi "soalan"nya sama....hmmm....oklah korang...aku rase cukup takat ni penjelasan aku utk waktu ini...kalau korg ade pape persepsi yang nak diutarakan@xsependapat ngan aku,jom gaduh....hahaha...xdelah...korg give comment k....till then...wassalam...


p/s: minta maaf andai terdapat penggunaan bahasa yang 'agak kasar'.Takde niat nak singgung sape2..aku pun manusia gak..ade gak wat silap..banyak..tapi,nama dah manusia dan dikurniakan akal, (positif+negatif=neutral..) itulah fitrah seorang manusia..so aku cakap ni berdasarkan apa yang aku nampak dan aku rasa..bukan ade konspirasi dgn mana-mana pihak..(diri sendiri tak terjaga gak..nak konspirasi apenye..)..sebelum aku undur diri,aku nak cakap yang,AKU CINTAKAN MALAYSIA!!..korang macamana??



Friday, July 17, 2009

sejernih kasih (episod 2)


Shirt colour: black
mood: tengah serabut.
song: kawan-UNIC
on my right: beg laptop
on my left: pintu


“Along,cepatlah,jomlah balik weh,aku dah penat ni..hari pun dah nak gelap,nanti mak risau pulak kalau lambat balik..”Angah merungut kepada abangnya sambil tali jorannya ditarik keluar.Matanya asyik melihat langit yang menanti gelap itu."Kau dapat berapa ekor Ngah?cukup ke lima ekor?kalau tak cukup jangan balik!"tegas along pula yang masih lagi tertumpu dengan mata kailnya itu."Ala,tiga ekor je aku dapat,ikan puasa hari ni..jom jela kita balik."Ujar Angah lagi."Hish,kau ni,tadi kata nak mengail sangat,sekarang merengek nak balik pulak..ikan tu bukannya puasa,umpan yang kau bagi tu kurus-kurus kelengkeng macam kau jugak,mana ikan nak makan..yela,jomla kita balik,cepat kemas kumpul ikan tu...aa..ngah..cis,tak guna kau tinggalkan aku sorang-sorang,tunggu kau kat rumah nanti.."Belum sempat Along menghabiskan kata-katanya,angah sudah pun memecut dengan basikalnya meninggalkan dirinya keseorangan di hutan itu."Membebel lagi,kan dah kena tinggal..padan muka!!"sahut angah dari jauh,suaranya masih boleh didengari dari tempat along berdiri.Dikutipnya ikan-ikan yang diperolehinya itu dan diikatnya dengan menggunakan akar seakan tali itu."Alhamdulillah,dapat jugak rezeki malam ni."Along berbisik sendirian.Basikalnya dikayuh dengan perlahan,mukanya terukir senyuman puas dengan hasil tangkapannya.


"Assalamualaikum mak..kami dah balik."Teriak angah dari luar rumahnya.Basikal buruk itu diletakkannya dibawah rumah. "Waalaikumussalam,dah balik pun..kenapa lambat sangat balik ni?risau mak tau..aik,alongnya mana?kenapa angah sorang je ni?"ujar Mak Zainun yang memerhatikan angah keseorangan dari jendela rumahnya itu."Along lembab,kena tinggal sorang-sorang..kejap lagi sampai la tu.."jawab angah dengan nada kepenatan."Ya Allah,kenapa main tinggal-tinggal pulak ni?kenapa angah tak tunggu along?hish budak bertuah ni..dah,pergi mandi cepat,dah senja ni,kejap lagi azan maghrib,tak sempat nak jemaah pulak."arah Mak Zainun."Baiklah mak."Angah terus meluru masuk ke dalam biliknya,diambilnya tuala yang tersangkut di belakang pintu.Punggungnya dilabuhkan ke tilam karana kakinya seakan berat untuk melangkah.Mungkin kerana kepenatan."Hah,sampai pun along..kenapa lambat sangat balik..?"ujar Mak Zainun sebaik sahaja along muncul dihadapannya.Basikal yang separuh usianya itu diletakkan bersebelahan basikal angah."Mak..tengok ni,along dapat banyak ikan..ada ikan keli,baung,anak seluang..hmm,bolehlah buat lauk untuk makan tengahari esok..goreng pon sodap.."seloroh along selamba sambil tersengih dihadapan ibunya.Dia tahu ibunya memang benar-benar bimbangkan mereka berdua."Yela,kalau ye pun,jangan la sampai senja baru nak balik ..basikal dah tak berlampu..nanti jadi apa-apa mak jugak yang susah hati tau.."ujar Mak Zainun."Minta maaf mak,along janji takkan balik lewat lagi.."Along menjawab dengan kepalanya ditundukkan."Mak..!!ikan 3 ekor yang besar tu angah yang dapat mak,along dapat semuanya kenit-kenit macam dia jugak.."Sahut angah dari dalam bilik,sengaja untuk mengusik abangnya."Eh,budak ni nak kena agaknya..dahlah tinggalkan along sorang-sorang tadi..nanti kau Ngah..nak bagi merasa luku along sikit.."Ucap along.Tangga rumahnya dipijak satu demi satu dan terus meluru ke dalam bilik.Mak Zainun hanya melihat telatah anaknya itu sambil kepalanya digeleng kecil."Dah,pergi mandi dua-dua cepat,hari dah malam ni..!!"jerit Mak Zainun apabila mendengar teriakan angah yang berlari dikejar oleh abangnya.


Selesai sahaja solat maghrib berjemaah yang seperti biasa diimamkan oleh Along,masing-masing ke dapur untuk makan malam.Laila dan ibunya sudah menghidangkan makanan."hmm,sedapnya bau.."ujar Ucu memulakan perbualan sambil membongkokkan badannya dan menghidu hidangan yang tersedia seperti baru malam itu hidangan sebegitu disediakan oleh ibu dan kakaknya."Ucu,tak eloklah bau makanan macam tu..nanti masuk bulu hidung tu dalam lauk nanti,takda siapa sanggup nak makan.."Tegur angah apabila menyaksikan tingkah laku adiknya itu.Malam itu mereka makan dengan berselera dan cukup sederhana.Nasi putih berlaukkan ikan kering,sayur keledek,telur dadar dan telur masin sudah memadai bagi mengisi perut mereka anak-beranak.Sayur keledek memang kesukaan Ucu dan Ucik,jadi memang benar malam itu ibunya memasak sesuatu yang istimewa seperti kata kakaknya tadi.Kehidupan keluarga Mak Zainun memang serba kekurangan,kadangkala mereka makan sekali sehari,lauk tengahari dibawa ke malam,apa yang ada itulah yang dapat disajikan.Pernah mereka hanya berlaukkan nasi dan air garam berserta kicap.Mereka masih berselera.Mak Zainun sentiasa memperingatkan kepada setiap anak-anaknya supaya sentiasa bersyukur kerana masih lagi bertuah mempunyai tempat berteduh dan mampu untuk mengisi perut kerana Mak Zainun tahu diluar sana terdapat ramai lagi keluarga yang menghadapi kesukaran hidup yang lebih perit dari mereka.Justeru,anak-anak Mak Zainun yang sentiasa memahami, tidak hairan tentang soal makan.Apa yang dimasak oleh ibu mereka akan dijamu tanpa sebarang rungutan."Mak,esok cuti sekolah,angah ingat nak pergi tolong Pak Usop potong getah kat ladang Haji Sani tu..Angah nak cari duit sebab nak tampal tayar basikal tu..dah bocor..nanti susah nak pergi sekolah pulak.Pak Usop kata nanti dia bagi upah..bolehkan mak?"Angah tiba-tiba bersuara seperti tidak suka waktu makan mereka seisi keluarga sunyi sepi."Angah laratke nak pergi menoreh getah..?setahu mak,angah tak pernah kerja potong-potong getah ni..nanti elok-elok nak tolong Pak Usop, lain pulak jadi pokok getah tu angah kerjakan..susah pulak dia nanti."ujar Mak Zainun yang tahu angah memang tidak langsung tahu cara yang betul untuk menoreh getah.Selama ini,along yang selalu mengikutinya pergi mengambil upah menoreh getah."Ala mak ni,jangan lah pandang rendah kat angah,lagipun Pak Usop kata nanti dia ajarkan macamana nak potong getah..bolehnya nanti.."Angah cuba untuk meyakinkan ibunya."Hmm..kalau angah dah cakap macamtu mak tak risaulah,angah pergilah..tapi ingat,nama pun tolong dan nak ambil upah,jangan curi tulang pulak nanti..kesian Pak Usop tu pulak buat kerja sorang-sorang nanti..esok sebelum pergi mak bekalkan lempeng kelapa ya.."Tambah Mak Zainun.Walaupun dia masih tidak yakin dengan kebolehan anaknya,tetapi dia tahu,angah memang seorang yang cepat belajar."Angah tahu ke nak bezakan pokok getah dengan pokok rambutan..Ucu takut angah tersilap potong pokok rambutan pulak..hehe.."Usik Ucu yang petah berkata-kata itu sambil diikuti gelak kecil adik-beradiknya yang lain."Oh..Ucu perli angah ya..takpe,nanti bila angah dah dapat upah tu nanti,angah taknak belanja Ucu aiskrim ladipop..angah belanja Ucik dengan Kak Laila je nanti.."Balas angah sambil mengerling ke arah Ucu yang masih tersengih kecil dengan usikkannya sendiri tadi."Ala angah,mana aci,Ucu nak jugak aiskrim ladipop..nak jugak..Ucu gurau je tadi.."Sengihan Ucu terhenti dan bertukar pujukan kepada abangnya."Aci kat kedai.."kata angah bergurau."Tau takut orang taknak belanja dia makan aiskrim..oklah,angah janji nanti angah belikan ya.."Sambung angah sambil melemparkan senyuman semanis janjinya kepada Ucu.Dia tidak mahu Ucu terus merajuk kerana angah tahu adiknya itu sukar untuk dipujuk.Selesai makan malam, Laila,Ucik dan Ucu bersiap untuk pergi mengaji dirumah Nek Som yang bersebelahan dengan rumah mereka.Nek Som tinggal bersama dengan anaknya,Amir yang sudah bujang berusia 21 tahun.Nek Som juga senasib dengan Mak Zainun kerana ketiadaan suami tetapi bukanlah kerana ditinggalkan,tetapi meniggal dunia.Suami Nek Som menghadap ilahi sewaktu Amir di tingkatan lima lagi kerana kemalangan ditempatnya berkerja.Semenjak itu Nek Som dan Amir tinggal berdua dirumah pusaka itu.Dia juga sudah menganggap anak Mak Zainun seperti cucu-cucunya sendiri memandangkan usianya yang sudah lanjut itu.Nek Som turut bersimpati dengan nasib keluarga itu.Kadangkala Nek Som menghantar lauk kepada Mak Zainun jika berlebih.Tetapi Nek Som juga hidup serba sederhana.Berbekalkan wang simpanan yang ditinggalkan suaminya dan mengambil upah menjahit pakaian,Nek Som menampung hidupnya dua beranak.Amir pula bekerja sambilan di kilang yang sama dengan Mak Zainun sebagai juruteknik kilang.Nek Som juga menjadi tempat Mak Zainun mengadu masalah dan meluahkan apa yang terbuku dihatinya.Pertalian mereka sudah lebih daripada sekadar jiran,tetapi seperti kakak dan adik.Nek Som sendiri yang menawarkan diri untuk mengajar anak-anak Mak Zainun mengaji baik daripada Along sehinggalah Ucu,kesemua mereka belajar mengaji dengan Nek Som.Along dan angah sudahpun khatam Al-Quran,yang tinggal hanyalah Laila dan adik-adiknya yang masih belum habis menamatkan 30 juzuk Al-Quran."Mak,Laila dengan adik-adik pergi mengaji dulu ya..assalamualaikum.."Ujar Laila yang sudahpun bersiap untuk ke rumah Nek Som."Yela..jalan baik-baik ya..waalaikumussalam."Balas Mak Zainun yang masih sibuk mengemas dapur lagi.Along dan angah pula sibuk memasang pelita di ruang depan rumahnya yang gelap gelita.Waktu begini mereka akan bersama-sama membuat kerja sekolah yang diberi guru ataupun mengulangkaji pelajaran.Bersuluhkan pelita yang ada,angah dan along khusyuk menelaah pelajaran.Tentang keselesaan,mereka tidak hiraukan,gigitan nyamuk mereka seakan kebal,begitulah yang dapat digambarkan betapa tabahnya anak-anak itu.Sama seperti ibunya.

bersambung..




Wednesday, July 15, 2009

Happy besday...

Shirt colour: orange
mood: ok je..
song: fenomena-search
on my right: tin Coke
on my left: mp3


Di kesempatan ini..aku ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke-50 buat ibuku tersayang pd 8/7 yg lepas
dengan ucapan:
Terima kasih atas pengorbanan mama selama ini..Mamat bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sangat tabah sepertimu..Mamat doakan agar mama dipanjangkan umur dan berbahagia selalu..dan Mamat juga berdoa semoga suatu hari nanti mamat dapat membawa mama untuk mengerjakan haji di Tanah Suci seperti yang mama impikan.Tiada apa didunia ini yang setimpal untuk diberikan kepadamu sempena hari mama kecuali doa yang tulus ikhlas dari anakmu..
sekian..
dari,anakmu yang tercinta;



kisah aku dan korea..

Shirt Colour: orange
Song: closer-neyo
Mood: biasa-biasa jer..
On my right: tetikus yang berwarna putih
On my left: my mp3.


Padan muka..padan muka dan padan muka aku..itulah,dulu geli sangat bile dengar org lelaki tgk cerita korea..jepun..bla..bla..bla..konon sebab cerita tu x manly la..girly la..gedik la..jiwang leleh la..sekarang ni,aku sendiri dah jatuh cinta tgk cerita-cerita sebegitu..ni sume gara-gara cuti sem yang agak hambar sbb xda xtvt sgt lepas balik dr Maran hri tu..
akibatnya..aku telah menjadi penonton setia cerita korea ini.iaitu Full House.Bagi peminat cerita korea yang sudah 'senior'..korang mesti dah lama khatam tgk cite ni..mst nak ckp yang aku ni dah ketinggalan zaman..(cmmonlah..give me ur support..).First time bukak cerita ni..wow..muke pompuan ni kuar first2..


Song Hye Kyo a.k.a Han Ji-Eun

aku tau mesti korang dah kenal sangat ngan dia ni kan?tapi bagi aku,ni first time aku jumpe die ni dan terus jatuh chenta..(tahniah diucapkan untuk beliau..hehehe).Mesti korg nak kate aku suke die sebab muka die lawa kan..kan..oh tidak..bagi aku die ni xlah lawa sangat..tp comel jugaklah..not bad..aku kasi 7/10 utk dia..tapi ape yang betul-betul buat dia jadi 10/10 tu sebab lakonan dia dlm cite ni..aku boleh simpulkan dgn satu perkataan..MANTAPPPP!!
ceria,caring,klakar,rajin,selamba,tak tahu malu,terus terang,baik hati,spontan,cool..bla..bla..bla..bnyk agi r..sesuai betul dgn penampilan dia utk watak tu..senang nak cakap dia ni ciri-ciri perempuan idaman setiap lelaki..betul..setiap lelaki..jadi,aku sarankan setiap wanita untuk belajar mencontohi sikap dia ni..kalau yang masih lom tgk cite ni,jgn buang masa,g dload cepat..kalau nak full episod aku ada kay..n kpd kaum2 lelaki lak..korg tgk r cite ni sbb korg mesti akn tperanjat sbb hero dia muka hensem..cam aku jugak..=)






Monday, July 13, 2009

percubaan pertama..

Shirt Colour: red
Song: Bunga-exist
Mood: hard to say
On my right: sos cili
On my left: my handphone


Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua rakan-rakan dan pembaca sekalian,sebelum aku memperkenalkan hasil karya aku ni,terlebih dahulu aku nak berterima kasih kepada semua yang sudi membaca ruangan blog aku yang xseberapa ini..jadi,untuk memeriahkan blog ini dan sebagai tanda terima kasih kepada semua,aku akan menerbitkan ruangan hasil karya aku sendiri yang tak seberapa ini..Actually,aku dah tulis cerita ni agak lama tetapi aku terpaksa berhenti buat seketika disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan..(kerja,belajar dan sebagainya..)yang menghalang aku untuk meneruskan salah satu minat aku..apapun,cerita yang bakal aku kongsikan bersama korang belum pernah lagi aku bagi kpd sesiapa untuk menilai dan aku masih lagi dalam usaha untuk menyiapkannya..aku tidak menjanjikan kepuasan pada korang tp apa yang aku bakal coretkan adalah yang terbaik aku cuba lakukan..Aku jugak harap korang bagi pandangan ataupun komen tak kiralah kritikan mahupun sebarang idea untuk aku memperbaiki kelemahan aku dalam penulisanku ini..

sekian terima kasih...

p/s: sesetengah bahasa yang terkandung dalam penulisan ini mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa kerana aku ingin menyesuaikannya dengan percakapan seharian..harap maklum


Sejernih Kasih..

Introduksi

Langit bukan sentiasa mendung,awan bukan sentiasa putih,begitulah juga lumrah hidup keluarga Mak Zainun sekeluarga yang setiap kali diuji Yang Maha Kuasa..Apa yang telah ditakdirkan untuknya diterima dengan pasrah..begitu juga dengan anak-anaknya yang saban hari semakin meningkat dewasa..Kisah perit ditinggalkan oleh suami suatu masa dahulu telah menjadi palitan pahit dalam dirinya..Namun apa yang berlaku telahpun ditulis,hari yang mendatang dilalui dengan penuh harapan..Kasih sayang yang dicurahkan Mak Zainun kepada anak-anaknya umpama menutupi kekurangan seorang anak yang tidak ber'ayah'....Namun ada sesuatu yang Mak Zainun sembunyikan sekian lama daripada anaknya..bukan tidak mahu berterus terang tetapi Mak Zainun menantikan masa yang sesuai untuk melakukan sedemikian..



Episod 1



“Assalamualaikum,Mak oh mak..Laila dah balik..!!” teriak Laila ketika sampai sahaja dimuka pintu rumah usang itu.”Waalaikumussalam,mak kat dapur ni,tengah sibuk potong sayur kangkung abang kamu petik tengahari tadi..adik-adik kamu mana?”.Balas Mak Zainun dari hujung dapur dapat didengari oleh Laila dengan agak jelas,lantas Laila meluru ke dapur dan bersalaman dengan ibunya.”Budak 2 dua orang tu kemana lagi kalau tak kat depan tanah lapang tu,nak main kejap katanya..bukannya tau nak balik terus..degil!"adu Laila.”Oh,tak apalah,biarlah diorang tu,nanti dah penat taulah diorang jalan nak balik ke rumah..hmm,macamana kelas tadi?.”Tanya Mak Zainun kepada anaknya itu.”Kelas macam biasa je mak..Cuma,macam biasalah,guru kelas dah tanya pasal yuran sekolah kat Laila..masa perjalanan nak balik dari sekolah dengan adik-adik pun diorang kata cikgu mereka pun ada tanya pasal yuran jugak.””Habis apa yang Laila kata pada cikgu?”.”Emm..Laila tak tahu nak cakap apa mak,Laila Cuma cakap buat masa ni mak belum ada duit untuk bayar yuran.Tak apalah mak,janganlah mak bimbang sangat ,nanti esok tengahari Laila tolong mak jual kuih,dapatlah tolong mak tambah duit sikit...Laila masuk bilik tukar baju dulu ye mak..”Jawab Laila tenang.Walaupun hanya berusia 12 tahun,namun Laila tahu keperitan yang ibunya tanggungi.Kesusahan hidup keluarganya sejak dia masih kecil lagi sudah mematangkan Laila berbanding kanak-kanak yang seusia dengannya.Dalam pada itu,Mak Zainun hanya dapat memerhatikan raut wajah anaknya itu yang bersungguh-sungguh mahu mengembirakan hatinya itu.Namun hati seorang ibu lebih tahu tentang apa yang sebenarnya dirasai dan ditanggungi oleh anaknya itu walaupun cuba dilitupi dengan riak senyuman.Mak Zainun tahu Laila seorang anak yang sangat tabah dan memahami erti kesusahan yang mereka sekeluarga hadapi,namun Mak Zainun seakan tidak merelakan Laila yang baru sahaja seusia itu,menanggung keperitan sebegitu.Kasut yang tidak pernah berganti,berbekal lempeng setiap hari,baju sekolah yang uzur, dan alam kanak-kanak Laila tidak seindah kanak-kanak lain.Pada awal pagi,ibunya akan ke tempat kerja , Laila lah yang akan membantu ibunya menguruskan rumah dan menjaga adik-adik.Di sebelah petang pula,Laila dan dua adiknya akan kesekolah.Habis waktu sekolah bukanlah waktu untuk Laila berehat atau bermain,Laila akan membantu ibunya membuat kuih untuk dihantar ke surau berdekatan.Waktu malam akan dimanfaatkan oleh Laila untuk mengulangkaji pelajaran.Begitulah rutin anaknya,Laila.Semua itu Laila lalui dengan tabah dan kuat,tanpa sedikitpun keluhan.Mak Zainun kadang-kadang hairan bagaimana anaknya sekecil itu mendapat kekuatan seperti itu.”Opocot gajah atas pokok!!”.Menungan Mak Zainun terhenti apabila terasa pinggangnya dicuit nakal.”Eh gajah atas pokok..”Mak Zainun melatah.”Hahahaha!!!..apalah mak ni,termenung macam ingat pakwe je..sampai Ucik dengan Ucu balik pun tak sedar.Mak Zainun baru tersedar,rupa-rupanya dia diusik oleh anak lelaki kecilnya,Johari yang lebih selesa dipanggil Ucik itu.”Mak..mak..nak tahu satu rahsia tak ,tadikan Ucu Nampak Ucik kenyit mata kat Aishah,anak Cikgu Ayu tu mak..ish,geli je Ucu tengok,kecik-kecik dah pandai nak mengorat..”Belum sempat Mak Zainun hendak berkata-kata,tiba-tiba Ucu mencelah atau nama penuhnya Nurlaili ,anak bongsu Mak Zainun dengan nada nakal. “Eleh,telipon buruk ni,pandai-pandai je buat story.Ingat mak nak percaye ke ape yang Ucu cakap tu ha?Karang tak pasal-pasal kena penyepak tiga rasa Ucik nanti!!”Ucik lantas mencelah aduan adiknya itu.”Mak..tengoklah Ucik tu,dia panggil Ucu telipon buruk..!!”rengek Laili sambil menarik-narik baju ibunya itu.”Eh,apa ni balik dah nak berkelahi pulak,mak tak suka lah anak mak gaduh-gaduh macamni..nanti mak panggil batu belah batu….””Tak nak!!..mak..janganlah cakap macam tu,nanti ucik ngan Ucu nak sayang siapa..”belum sempat Mak Zainun menghabiskan kata-katanya kedua-dua anaknya terus mendakapnya erat.”hu..hu..Ucu pun sama jugak,tak nak mak pergi kat batu belah batu bertingkap tu..hu..hu..”rengek Ucu dengan nada merayu.Mak Zainun hanya tersengih melihat gelagat kedua-dua anak kecilnya itu..cukup manja dan cukup disayangi oleh Mak Zainun.Bukan bermakna abang-abang dan kakaknya tidak disayangi oleh ibunya,tetapi gelagat dan kerenah kedua-dua anak kecilnya itu menjadi pengubat lara Mak Zainun.Kedua mereka lah yang membawa keceriaan dalam keluarga.Seorang tahun empat dan seorang lagi tahun dua yang bersekolah ditempat yang sama dengan Laila.Masing-masing masih terlalu mentah untuk memahami apa yang ditanggung oleh ibunya.Apa yang mereka tahu hanyalah suka dan seronok.Mak Zainun tidak mahu Ucik dan Ucu yang masih kecil itu tertekan dengan kemiskinan hidup yang mereka alami.Celik sahaja mata mengenali dunia,mereka hanya ada seorang ibu,tempat mereka berpaut dan bermanja, tidak sempat untuk merasai kasih sayang seorang ayah,tidak sempat untuk merasakan ciuman seorang ayah bahkan tidak berkesempatan untuk memanggil ‘ayah’ kepada seorang yang layak dipanggil sedemikian.”Dah,kalau tak mahu mak pergi batu belah batu bertangkup,jangan gaduh-gaduh lagi ye..”balas Mak Zainun sambil mengucup dahi kedua-dua pengarang jantungnya itu.
“Ele,mengadanya dua-dua budak hingus ni..dah-dah,pergi mandi cepat,dahla balik lewat..hish..apalah nak jadi dengan adik-adik akak ni..macam budak pakai lampin lagi je akak tengok..”Usik Laila kepada adiknya itu.”Ala akak ni,jeles la tu dia tak dapat peluk mak macam kita..uwekk!!”balas Ucik sambil mencebirkan bibir kearah kakaknya yang berdiri di muka pintu dapur itu.”Ele..akak tiap-tiap malam lepas Ucik dengan Ucu tidur,akak tidur peluk mak tau..korang mana tau..”balas Laila sambil tersenyum sinis kearah Johari.”Eh,sudahlah tu Laila,jangan diusik adik lagi,pergi bawak diorang mandi kat perigi cepat.Hari dah makin gelap ni,nanti dah gelap takut pulak nak mandi..semua jadi tok janggut pulak malam ni nanti.”Ujar Mak Zainun.”Baiklah mak..Ucik,Ucu jom cepat gi mandi,lepas tu kita boleh makan,mak ada masak special tau..sayur keledek masak lemak..kesukaan adik-adik hingusan akak ni..haha!!”ajak Laila sambil berseloroh.”Akak ni nak kena cubit agaknya..jom Ucik kita pergi mandi,akak tak payah teman,kitaorang beranilah..!”jawab Ucu dengan nada seakan merajuk.”Alamak,merajuk pulak Ucu akak ni..akak gurau jela..jomla akak teman ye..akak mintak maaf okay adik-adikku sayang..”pujuk Laila sambil menarik tangan kedua-dua adik kecilnya itu.Sungguhpun Laila suka menyakat adik-adiknya,namun hatinya sangat menyayangi kedua-duanya.Laila juga seperti memahami apa yang Mak Zainun cuba lakukan untuk memastikan adik-adiknya tidak merasai keperitan hidup mereka sekeluarga,Laila faham dan Laila sentiasa membiarkan adik itu bermanja dengan ibunya tanpa sekelumit perasaan cemburu walaupun dirinya sendiri juga memerlukan belaian manja seperti itu.Laila sentiasa beralah.Mak Zainun pula masih lagi menunggu kepulangan anak sulung dan keduanya pulang dari mengail di hujung kampung.Janji mereka mahu pulang sebelum hari gelap,namun sehingga sekarang batang hidung mereka masih belum muncul juga.Mak Zainun makin risau.”Manalah Along dengan Angah ni,tak balik-balik lagi ni..”Mak Zainun berkata-kata sendirian.Sejak ditinggalkan oleh suaminya 9 tahun yang lalu,along dan angah lah yang menjadi tulang belakang keluarga Mak Zainun.Along berumur 14 tahun dan angah pula 13 tahun,kedua-duanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan.Kedua-duanya juga seperti Laila,memahami dan bertanggungjawab.Walaupun dalam diri masing-masing terdapat ego yang tersendiri apabila sudah meningkat dewasa,namun kasih sayang dan didikan yang baik yang dicurahkan oleh Mak Zainun cukup untuk membentuk mereka menjadi insan yang berakhlak dan berbudi bahasa.

bersambung..



Tuan Rumah

TEXTAREA_ID