Seribu Makna Buatku

Thursday, September 9, 2010

#2 So, these people are freakin' genius

Shirt Colour: red
Mood: raya lagi ke??
Song: Dua insan bercinta - Ella
On my right: mini-fan
On my left: beskut rayee:)


Hallo..ni dia sambungan daripada post aku yang lepas:

5. John Stuart Mill
(IQ: 200)

John lahir pada tahun 1806 dan merupakan ahli falsafah yg berasal dari Britain. Idea yang paling gempak yang beliau pernah hasilkan ialah idea utilitarianisme. Sekali dengar ingat mcm idea untuk versi tarian yg baru je kan sebab ada perkataan tarian kt dlm perkataan ni..*lame* kerana ingin mendalami ilmu falsafah, John gigih belajar mengenai psikologi yang mana aku rasa sangatlah psiko..Ayah John, James Mill ialah seorang ahli matematik dan sejarawan. John juga mempelajari bahasa yunani dan latin. Masa Usia 20tahun John pergi ke Perancis utk belajar bahasa ilmu bahasa,kimia dan matematik. Tahniah kepada John kerana berjaya menduduki carta ke-5!

John Stuart Mill (1806 -1973)

A person may cause evil to others not only by his actions but by his inaction, and in either case he is justly accountable to them for the injury.



4. Gottfried Leibniz
(IQ: 205)

Atau nama sebenar beliau ialah Gottfried Wilhem Leibniz ialah seorang ahli falsafah Jerman yang berketurunan Serbia yang berasal dari Sachsen. Beliau dilahirkan pada 1 Julai 1646 dan sangatlah terkenal dengan fahaman Théodicée yang menyatakan manusia hidup di dalam dunia yang sebaik mungkin kerana hasil ciptaan Tuhan Yang Maha Sempurna. Kritikan daripada Voltaire terhadap fahaman ini yang dimuatkannya didalam buku Candide menyebabkan ia menjadi terkenal di seantero negara German pada masa itu. Beliau juga merupakan ahli matematik, ilmuwan, diplomat, ahli fizik, sejarahwan dan doktor dalam hukum gereja dan duniawi. Sumbangan beliau yang bergitu luas, tersebar melalui jurnal dan puluhan ribu naskah manuskrip yang belum semuanya diterbitkan. Jiwa universal Leibniz pada zamannya menjadikan beliau sangat berpengaruh pada abad ke-17 dan ke-18. Kalau nak tahu, beliau juga turut menghasilkan beberapa formula kalkulus yang mana kita gunapakai sampai la ke hari ini dan beliau juga yang menghasilkan sistem binari( binary system) yang sekarang ni sangat penting dalam kejuruteraan pengkomputeran. amik kau! Leibniz kiok pada tahun 1716 kat Hannover.

Gottfried Wilhem Leibniz (1646 - 1716)

Finally there are simple ideas of which no definition can be given; there are also axioms or postulates, or in a word primary principles, which cannot be proved and have no need of proof.



3. Emanuel Swedenborg
( IQ: 205)

Manusia ke-3 dalam senarai otai genius ni dilahirkan di Stockholm, Sweden pada 8 februari 1688. Ok kejap..bila aku baca biografi pasal pakcik ni, agak psycho jugaklah beliau ni. Kebanyakkan daripada bidang ilmu beliau ber-latar-belakang-kan amalan spiritual. Tak paham hoo? senang kata, dia ni sangat tekun mengamalkan ajaran kristian yang dianutinya sejak kecil dan pada usia beliau 56 tahun, beliau dikatakan telah memasuki fasa spiritual didalam hidupnya dan beliau mul mengalami "mimpi dan six sense" dimana beliau mengakui mendapat 'hidayah' daripada tuhan agar menulis doktrin berkenaan syurga dan neraka lantas mengembangkan ajaran kristian. Beliau juga mengakui keupayaan beliau untuk melihat alam ghaib seperti syurga, neraka, berbicara dengan malaikat, syaitan dan roh-roh orang yang telah mati. Selama 28 tahun sisa hidupnya, beliau menulis dan menerbitkan karya-karya teologis ( term yg digunakan untuk mengklasifikasikan bidang ilmu ghaib/halus) dan yang paling terkenal ialah Heaven and Hell (1758)

Emanuel Swedenborg (1688 -1772)

Destruction was effected after visitation, for visitation always precedes.

2. Leonardo Da Vinci
(IQ: 205)

Nahhh..sape yang tak kenal ngan nama ni sah cacat pendengaran sebab gilababi femes Leonardo ni. Beliau lahir pada tahun 1452 di Kota Vinci, Itali dan merupakan anak kepada Ser Piero da vinci dan Caterina. So, nama penuh beliau ialah Leonardo di Ser Piero da Vinci. Leonardo mula belajar melukis daripada Andrea del Verrocchio sejak usia belia dan mulai melukis di Firenze. Selain melukis, Leonardo juga pernah bekerja dengan Adipati (Duke) di Milan. Hasil karya beliau yang paling masyhur di Milan ialah Kuda Sfora yang dikerjakannya selama 11 tahun. Beliau juga mengubah jalan2 sungai dan membangunkan kandang2 serta menghiburkan Duke dengan bermain seruling dan bernyanyi. Sejak itu, beliau diambil bekerja untuk King Louis XII dari Perancis di Milan dan untuk Paus Leo X di Romania. Leonardo ni seorang yang sangat meminati untuk mendalami ilmu pengetahuan. Beliau mulai mempelajari burung terbang dan mulai mereka kapal terbang. Pada zaman hidupnya, manusia tidak dibenarkan sama sekali untuk membedah jenazah. Namun Leonardo nekad untuk mencari kesempatan membedah2 tubuh orang yang mati bagi mempelajari anatomi tubuh manusia. Kerana keberanian Leonardo untuk melakukan perkara yang kaw2 otai tu telahpun mmberi sumbangan yang cukup besar dalam ilmu kedoktoran. Antara karya agung Leonardo ialah The Last Supper (1495) dan Mona Lisa yang kini terdapat di muzium Louvre Paris. Leonardo meninggal dunia pada 2 Mei 1519 di Clos Luce, Perancis.

The Last Supper (1495)


Potret Mona Lisa


Leonardo di Ser Piero da Vinci (15 April 1452 -2 Mei 1519)


Although nature commences with reason and ends in experience it is necessary for us to do the opposite, that is to commence with experience and from this to proceed to investigate the reason.



1. Johann Wolfgang von Goethe
( IQ: 210)

Yaaa..dan inilah dia manusia yang berada di carta yang paling teratas antara manusia genius yang pernah wujud pada muka bumi ini. Beliau lahir pada 28 Ogos 1749 dan merupakan seorang novelis, sasterawan, humanis, ilmuwan dan ahli falsafah Jerman. Geothe adalah salah seorang dari tokoh yang terpenting dalam dunia sastera Jerman, neoklasisme dan Romantisme eropah pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Beliau merupakan pengarang Faust dan Zur Farbenlehre ( Teori Warna) serta merupakan inspirasi bagi Charles Darwin dengan penemuantulang rahang pramaksilia manusia dan fokusnya terhadap evolusi. Pengaruh Goethe tersebar kat seluruh eropah dan selama seabad, karyanya merupakan sumber inspirasi utama dalam muzik, drama dan puisi. Antara novel yang paling berjaya yang pernah dihasilkan Geothe adalah Wilhelm Meister's Apprenticeship dan The Sorrows of Young Werther.


Johann Wolfgang von Goethe (28 August 1749-22 March 1832)

A correct answer is like an affectionate kiss.

(1749-08-2999mff


Fakta Genius :

  • 1/10 dr senarai manusia genius ini merupakan seorang perempuan!
  • 2/10 dr senarai manusia genius ini berasal dari Itali dan Perancis
  • 3/10 dr senarai manusia genius ini berasal dari German
  • Elbert Einstein tak termasuk dalam senarai. IQ beliau 'hanya' 160
p/s: Serius aku tengah lapar..:'(



Monday, September 6, 2010

Surat buat warga Indonesia

Shirt Colour: white
Mood: patriotik~~
Song: -
On my right: hp
On my left: beg


Kumpulan Lumbung Informasi Rakyat,
Jakarta, Indonesia


Apa khabar buat kamu saudara seagamaku disana?saya doakan agar kalian semua sihat hendaknya disamping beramal dibulan ramadan yg mulia ini.Barangkali kalian tahu tujuan saya menulis surat ini buat bacaan kalian.Peristiwa yang berlaku selang beberapa hari yang lepas betul2 buat saya sedih dan kesal. Aku tahu,ada sebab mengapa kalian terlalu memarahi kami..banyak perkara yang kalian rasakan tidak senang yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Kamu berhak menyalurkan rasa ketidakpuasan hati kamu jika kamu rasa ia perlu..aku tak pernah marah.Akan tetapi, saluran yang kalian gunakan untuk menyuarakan bantahan kamu menerusi 'Ganyang Malaysia' itu sungguh memilukan kami disini. Tidak ada kah cara lain selain daripada membakar Jalur Gemilang yang menjadi naungan kami disini?Kami terasa seolah2 kedaulatan negara kami dipijak2 dan dihina dengan begitu dahsyat sekali. Perbuatan mencampakkan najis di hadapan bangunan kedutaan negara kami juga sesuatu perbuatan yang melampau dan apa yang paling aku kesalkan ialah mengapa kamu memilih bulan ramadan yang serba mulia ini untuk melakukan protes sedemikian??tidakkah kamu berpuasa pada saat itu??jika ya,mengapa kamu sia2kan amalan puasa kamu dek kerana terlalu mengikut rasa hati? Kan lebih baik jika kalian menunggu selepas bulan puasa untuk melakukan tunjuk perasaan ditengah2 panas begitu,sekurang2nya dapat jugalah kalian minum air sirap ke kalau keletihan berdiri betul x? aku serius.

Pernahkah kami memijak2 atau membakar bendera negara kamu kerana ketidakpuasan kami terhadap kebanjiran rakyat negara kamu di tanah air kami?pernahkah kami melemparkan najis di kedutaan kamu disini kerana jenayah yang sering dilakukan oleh rakyat negara kamu disini? malahan kami turut membela rakyat kamu(pembantu rumah) yang menjadi mangsa dera majikan mereka dengan membantu mereka mendapatkan pembelaan yang sewajarnya. Seperti contohnya kes Nirmala Bonat beberapa tahun yang lalu..kami sama sekali tidak memberi muka terhadap majikan yang menderanya sehingga anjing tersebut dihukum penjara 18tahun kerana perbuatnnya yg sungguh keji itu. Selepas itu kejadian yang sama dihadapi oleh pembantu rumah, Siti Hajar yang teruk dianiaya oleh majikannya dengan mendera dan tidak diberi gaji selama dia bekerja dibawah majikannya,malahan dia juga hanya diberikan nasi yang berlaukkan babi untuk dimakan! tetapi syukur kehadrat ilahi, beliau sempat melarikan diri dan nasibnya baik kerana dijumpai oleh seorang pemandu teksi warga Malaysia yang baik hati menghantarnya untuk mendapatkan rawatan dihospital. Jika tidak bayangkan apa yang bakal menimpa Siti Hajar. Pembelaan turut kami berikan secukupnya terhadap wanita ini dan majikannya juga turut dihukum. Kejam lagi kah kami??Zalim lagi kah kami terhadap warganegara kamu?bukan taraf kewarganegaraan yang kami ukur untuk memberi bantuan kepada seseorang,tapi atas dasar sifat kemanusiaan dan ihsan terhadap sesama insan.

Kamu juga terang2an menghina kami dengan mengatakan rakyat Malaysia ini ketandusan bakat seni, tiru kamu dari banyak aspek kebudayaan dan sebagainya. Perlu kamu ingat, populasi rakyat dinegara kamu ialah sebanyak 237,556,363 juta orang manakala di Malaysia hanya cuma 28.96 juta orang sahaja..kurang lebih 1/1000 perbedaannya. Jadi,nampakkah kalian logiknya disini?jika kamu mahu mengatakan bahawa kami tidak ketandusan bakat seni dan budaya, angka ini pasti dapat menunjukkan logiknya.berpadanan dengan bilangan rumpun kami disini.namun begitu,walaupun jumlah kami jauh berbeza daripada kamu, namun kami boleh tetap berbangga kerana kami mempunyai seorang insan yang berbakat besar dan menjadi kesayangan setiap daripada kami malahan kalian disana turut menyanjunginya.Tidak perlu kot saya menyebutkan nama beliau dan beliau juga merupakan insan yg menduduki tempat ke-2 sebagai penghibur paling berjaya dan berpengaruh di Asia selepas penyanyi dr China...sebuah negara yang sangat besar juga tu!!di mana pula bakat seni dari negara kalian ya?? namun pernahkah kami meninggi diri?malahan setiap bakat yg datang dari negara kamu,kami alu2kan dengan baik..tak pernah kami boikot.Even cerita2 kt tv pun skrg banyak yg diimport dari negara kamu kerana mungkin ingin memberi peluang kepada rakyat negara kamu yang tinggal disini merasai seperti diri mereka berada di kampung halaman masing2..walaupun hakikat ini pahit untuk ditelan kerana saya sungguh tak boleh blah dgn cerita2 dr negara kamu yg sungguh berbakat luas ini namun saya telan juga seperti menelan air liur sewaktu sakit tekak..mengenai budaya pula,kamu sering mempertikaikan mengenai budaya kami yang kamu rasa banyak kami ciplak dari negara yang penuh peradaban seperti kamu. Sebab itulah pentingnya kita untuk mempelajari sejarah kerana dengan sejarah kita dapat belajar untuk memahami dan menghargai. Untuk pengetahuan kalian,bahasa melayu dan bahasa indonesia berasal dari rumpun bahasa yang sama iaitu Austronesia yang meliputi budaya,agama dan adat resam. Faham nggak?datuk moyang kita nggak ada bedanya..mereka semua dari asal usul yang sama, mengamalkan gaya hidup yang sama dan apabila berlaku penghijrahan penduduk secara besar2an dari Srivijaya (Palembang,sumatera) dan majapahit ke tanah melayu sehinggalah bertapaknya kerajaan tanah melayu pada tahun 1402. Jadi,tidak mustahil sekiranya berlaku persamaan dari segi adat resam dan sebagainya kerana ianya berasal dari puak yang sama. Ia bukanlah diciplak seperti apa yang diperkatakan oleh kalian. Kerajaan Melayu juga telah bertapak kukuh di bumi Melaka dan melahirkan peradaban yang sungguh indah dan penuh kesenian yang tersendiri. Nenek moyang kita dahulu bersusah payah untuk membentuk peradaban kita atas nama Melayu dan agama Islam tetapi kita pada hari ini sedaya upaya untuk memecah belahkan rumpun sendiri! nahh..tanya pada diri kalian sndiri apa sebenarnya yang kalian perjuangkan? adakah kalian baru akan b'puas hati apabila kami semua disini mati sehingga tiada sesiapa lagi yang akan membantu kalian untuk mempertahankan bangsa nusantara ini sendiri..?itu yg kalian mahukan?siapa yang akan bantu kalian sekiranya bangsa dan agama kita dihina dan diperkotak kasut kan oleh Barat kalau bukan kami disini? apa yang kalian cuba buktikan dengan membakar bendera kami sedangkan bendera kalian berkibar megah di negara kami? Masih ingatkah kalian siapa yang mula2 menghantarkan bantuan ke negara kalian ketika Sumatera Barat dahulu dilanda gempa? tahukah kalian betapa prihatinnya kami dengan nasib kalian di Acheh ketika dilanda tsunami dahulu? demi saudara seagama dan serumpun,kami sedia membantu kalian tidak kira dari segala segi,kewangan,perubatan mahupun doa2 dari kami disini..tapi jika ini tanda terima kasih kalian terhadap jasa dan sumbangan kami dari Malaysia, hanya Tuhan yang berhak membalasnya.

Kami disini tidak pernah kisah tentang soal bantuan itu semua sebab ia dilakukan atas dasar kemanusiaan.Yang baik dibalas baik dan yang jahat pasti akan mendapat balasannya juga.Kami percaya itu semua. Namun tidak perlulah kalian menghina kedaulatan negara kami sewenang2nya..negara kami negara berdaulat! sedangkan jika rakyat negara ini sndiri yg cuba mncemarkan kedaulatan pasti akan dihukum apatah lagi orang luar yang cuba menghina negara kami. Pasti akan ditentang berhabis2san!Saya juga mempunyai ramai sahabat yg berasal dari Indonesia dan saya hormati mereka dan saya percaya seramai 2juta rakyat dari negara kalian yang ada disini mempunyai teman masing2 dri kalangan rakyat Malaysia sehingga ada yg mampu bertapak kukuh disini.Serius saya sayangkan sahabat2 saya ini. Sedang kalian asyik merancang untuk menjatuhkan kami, lebih baik kalian berfikir bagaimana untuk menghentikan kaum kerabat kalian yang datang secara haram ke negara kami. Fikir mengapa mereka berduyun2 bertarung nyawa untuk sampai ke sini..mengapa mereka tidak tinggal di negara kalian sndiri yang serba serbi mempunyai kelebihan daripada kami disini?Kalian sungguh hebat untuk menunjukkan keberanian untuk menjatuhkan negara kami sedangkan kebergantungan kalian terhadap negara kami masih jelas lagi. Dimanakah letaknya maruah dan kewarasan fikiran kalian??

Saya cuba untuk tidak terlalu emosi sewaktu menulis surat ini tetapi apabila saya fikirkan kembali segala jasa dan pengorbanan pejuang2 kami yang berhempas pulas untuk mendapatkan kemerdekaan negara ini, saya tidak dapat menahan diri saya. Jika mereka yang sanggup bertarung nyawa untuk menghalau penjajah layak digelar pejuang, siapalah saya yang cuma mampu menulis surat ini buat kalian supaya kalian sedar betapa seriusnya perbuatan kalian itu.sungguh kecil pula diri ini saya rasakan. Baiklah..saya rasa sampai disini saja surat saya buat sahabat serumpunku di Indonesia..kalau nk diikutkan banyak lagi yg saya nak titipkankan buat kalian,tapi waktu sahur dah nak habis..so saya kena undur diri dulu..


sekian,

Saya Yang Cintakan Malaysia,



Tuan Rumah

TEXTAREA_ID