Seribu Makna Buatku

Sunday, February 28, 2010

Manusia durjana dan Al-Fatihah

Shirt colour: white with blue collar
mood: tired+sleepy
song: what about now-daughtry
on my right: my stuffs
on my left:a wall



Aku tahu hampir kesemua rakyat malaysia dah tahu pasal kes kematian yang membabitkan seorang kanak-kanak yang berstatus 'adik' ni bagi kita yang masih lagi dialam universiti.Adik ni atau nama sebenarnya Syafia Humairah Sahari ni sebelum bibit-bibit terakhir kehidupannya selama 3tahun didunia telah teruk didera oleh seorang manusia yang bersifat kebinatangan kerana tergamak melakukan kekerasan keatas golongan yang tidak mampu untuk membela diri seperti adik ini.

Apasal kau tak puas hati sangat dengan budak sekecil ni ha bodohhh??siapa lagi yang aku maksudkan kalau bukan 'suspek' (aku geram sangat kenapa identiti si bangsat ni disorokkan) didalam kes ni yang bertanggungjawab menyebabkan kematian adik comel yang tak berdosa ni.Apa masalah kau ha?kau rasa kau cukup kuat ke bila dapat bunuh budak ni..?aku taulah kerja kau tu pemandu teksi je,tapi drebar2 yang lain takdalah perangai sesetan kau walaupun mmg ramai jugaklah pemandu teksi zaman sekarang yang perangai macam lahanat dengan suka-suki je letak tambang mahal cam naik flight,pastu ada jugak ambil kesempatan rogol penumpang la,rompak la..tapi,tahniah la buat kau wahai manusia durjana yang berjaya menduduki takhta manusia dajal nombor 1.

Aku tanak cerita camana peristiwa adik ni didera sehingga dia meninggal sebab korang boleh baca kat sana, sini dan situ.

Ibu mangsa,Siti Nurhanim Aziz,25tahun juga dikatakan bersekedudukan dengan lelaki yang membunuh anaknya itu.


Aku cuma nak bagi idea,5 jenis hukuman kepada pihak berkuasa camane nak ajar orang biadap/lahanat/durjana macam 'binatangman' ni..(selain daripada of course gantung sampai mati)

1) Apakata gantung tapi jangan bagi dia mati masa tu jugak..gantung kejap2 biar dia sesak nafas ngan sakit kerongkong.Baru dia tau rasa macamana susah nak bernafas lepas tu sebab dia tak rasa macamana adik syafia ni rasa ketika saat2 terakhir sebelum nyawanya berpisah daripada jasad.

2)Golekkan si penjahat ni kat atas jalan tar yang panas pastu nak tambah lagi azab dia,letakkan skali paku,kaca,serpih2 kayu balak biar dia rasa cmana sakitnya badan adik ni bila dipijak,diterajang dan disepak macam bola.

3)Cucuhkan badan lelaki ni dengan apa2 benda yang panas tak kiralah kayu berapi ke,seterika panas ke,eksoz motor ke tanpa henti selama 7hari 7malam..baru dia tahu betapa sakitnya budak ni kena cucuh dengan api rokok sepanjang hidup bersama dengan dia.

4)Tempatkan dia kat dalam bilik kurungan yang penuh dengan haiwan yang berbisa macam ular,kala jengking,semut api,lebah ataupun tebuan.konpem xda sape berani nak usik kanak-kanak lagi lepasni.

5)Buang dia dalam laut dan pastikan kaki ngan tangan dia berantai.Baru dia tahu perasaan budak ni yang tak pernah terlepas daripada deraan.

Siapa rasa dia ada idea hukuman yang lagi setimpal untuk manusia yang takda hati perut ni,sila tinggalka comment ya..!

Selamat tinggal adikku..aku yakin dialam sana kau lebih selamat dan bahagia berbanding kehidupan didunia ni yang tidak berpihak padamu..

Sekalung Al-Fatihah buat adik Syafia Humairah Sahari....


Saturday, February 27, 2010

Besar punya!!

Shirt colour: white
mood: excited
song: -
on my right: a romantic couple ngan dinner
on my left: counter mcd

Yesterday i was very shock when i saw this one damn big banana that i never see since my 1st birth placed on the kitchen table,and i was very excited to share it with u all..tadaa!!

i'm holding it with my clenched fist and imagine how big it is..


2nd comparison: with 100ml milk bottle

for the last time..

But of course this rare size of banana wouldnt last long..my sister-in-law finally fried it n jadilah pisang goreng yang very sedap nak mampos..

chow:)

Friday, February 26, 2010

Jeliah O Jeliah..

Shirt colour: black
mood: sengal
song: -
on my right: a chinese lady tgh on9
on my left: a chair


Hari ini lia atau nama kurang glamornya jeliah merasakan dirinya perempuan sunti yang paling bertuah skali didunia,kalah pensyarah yang baru menang 1juta menerusi rancangan realiti power root baru2 ni kat dalam tv yg ditontonnya bersama kiki,teman serumahnya yang juga seekor kucing siam yng sudah seminggu tidak dimandikan oleh lia.

"Hari ni kau jangan lupa temujanji kita tau lia,jumpa kat tempat biasa sebelah kedai haji usop tu tau..jangan lambat,aku dah xsabar ni.." kata-kata remli atau nama jolokan jambunya ialah rem,terngiang-ngiang di benak lia yang memang sudah sediakala bengap mcm unta sbb lia mmg seorang gadis sunti yang pemalas nk belajar,dan sering mendapat kedudukan yang terakhir didalam kelasnya walaupun kelas itu adalah kelas peralihan je kot dan matapelajaran yang paling senang budak tingkatan satu pun lia x tak dapat nk buat..mmgla,sebab masa tu dia baru skolah tadika,baru je nak kenal abc kot...

Tapi ada lia peduli semua tu?mmg lia pun akui otak dia ni lembab sket dan lia menganggap ibunya,mak gayah sebagai punca yang menyebabkan otaknya yg sejak lahir bengap itu bertambah2 lagi bengap sebanyak 7x ganda mcm iklan pencuci muka jenama terbaru keluaran syarikat Tong Sam Pah yg kononnya 7x ganda lebih mujarab untuk mencerahkan kulit sehinggakan encik murugan,jiran lia pun sibuk nak try produk kulit tu untuk kelihatan putih.Berbalik kepada lia sebab nak sambung citer pasal murugan xboleh sebab dia baru meninggal kena tanduk ngan beruk 2 hari lepas.Mak gayah suka ketuk kepala lia pakai mouse komputer sbb slalu berebut nk on9 fesbuk,sebab tu la lia jadi lagi bebal.Namun,lia xpeduli smua tu,biarlah org nk pk dia cmne sbb dia mmg hati kering,bagi lia apa yang penting bila dah besar nnt dia ada angan2 nak jd penyanyi dan pelakon terkenal sbb dia jeles mila yang dulu kawan ngan dia main pndok2 dah pun jadi artis sekarang.So,dia pun xnak ketinggalan nak jadi pemes mcm mila jugak.Suara dia sedap ape,tp lagi sedap klu lia xmenyanyi.

Fuhh..masa yang dinanti2 oleh lia bakal tiba..tidak kurang dr 2jam 15min ikut jam surau tmpt lia mengaji dlu,lia akan bertemu dgn jejaka idaman lia selama ni iaitu rem yang muka ensem gila babi..babi kalau tgk pun cuba pura2 xgila.mmg ensemla rem ni..mmg rmi gadis yg syok kt mamat ni..namun lia tau,rem hanya minat kat lia sejak drp festime nmpak lia main teng2 kt dpan rumah dia..lia sangat pasti yg rem sukekan dia malah lia lagi pasti drp lagu Pasti nyanyian Watson Nyambek satu waktu dahulu.Lia tau,harini rem mesti akn declare nak ajak dia kapel sbb lia tau rem ada menyimpan hasrat terhadapnya sejak dulu lg.

Lia sangat teruja lalu terus menerjah ke arah toilet yg sangatlah hapak bau cam longkang kedai potong babi tp dah ckp tdkan,lia ni hati kering,demi untuk berjumpa kekasih hatinya lia sanggup jgk masuk sbb dia perlu mandi sbb dh tiga hari dia marathon tgk citer spongebob tanpa mandi.Setelah siap mandi dan yakin dia kini wangi,lia pun bersiap2 lah pki baju yg paling ngetop gituu..konpem la cair si rem ni nnt.Selepas bsiap tengok2 lagi setengah jam je lagi.."alamak,dah lambatlah..harap2 rem xmarah kt aku nnt"kata lia sambil merembat beg tangannya yg kalau skali tengok mcm beg gucci gituu,2x tengok mcm beg skolah pun ada tp klu 3x tengok mcm rasa nak penyepak je tukang tulis cerita ni sbb peduli apa dgn beg tu bodoh...So,lia pun bergegas menyarung alas kakinya dan terus berjalan seperti gaya seorang ratu..dia merasakan dialah anak dara yg paling cantik skali kt kampungnya lagi2 pd masa tu sbb anak dara lain ke kampung seberang sbb ada ceramah tentang pembuangan bayi,so sah2 dia sorg je anak dara yg ada kt kampung masa tu.lia tanak pegi ceramah tu sbb dia yakin rem seorang lelaki yg baik dan tidak mungkin akan buat apa2 yg xelok terhadapnya sehingga melahirkn anak luar nikah.

Lia berjalan sambil tangannya dihayunkn kekiri dan kekanan,kadang2 bila sewel dia smpi,dilambai2nye tangan itu kekiri dn kekanan konon cambest klu ada rmi peminat walaupun yg ada kt kiri dn kanan lia sbnrnya hnylah ayam2 dan itik2 peliharaan penduduk kampung namun imaginasi lia tiada batasan.Setelah lama catwalk,akhirnya sampailah lia ketempat yg ditujuinya.Dari jarak lebih kurang 50m kuak kupu2,lia sudah nampak kelibat rem yg agak poyo muke jambu pakai baju kaler pink,rambut plak cam elvis spesley dah terpacak sambil bersandar ditepi pokok kelapa.

"Kenapa kau nak jumpe aku rem?" tanya lia gelojoh konon2 nk point to the straight je."Lia,sebenarnya aku cintakan kau..cinta aku lebih kuat drp lagu cinta kumpulan flop poppy tu lia.."jawab rem dgn penuh jujur dan cool..peluh jantan mula terbit drp dahi pakcik yg tengah jual cendol pulut kt seberang jalan sana."Aku pun dah lama sukakan kau rem..aku sudi terima cinta kau!"kata lia."Kalau mcmtu kita kapel ea..ni aku ada bawak cincin belah betung sbg tanda cinta kita yg suci ibarat kain putih yang masih belum dinodai"kata rem dgn penuh jiwang."Oh rem,sungguh romantik kau..terima kasih sayang.."Sambung lia excited baru dpt cincin yg mahal itu.sblm ni dia hny mampu beli gula2 cincin yg harga 20sen je,tp kali ni betul2 dia dpt cincin.kerana terlalu terharu,lia pun terus memeluk rem dengan erat,dia yakin cintanya kini hanya pada rem,hembusan nafas rem terasa hangat mcm lina hangat buat show dangdut."Rem..aku cinta pada kau!!"

"Pang!!!" tiba2 lia terasa pipinya pedih ditampar.lia melepaskan pelukan dan mengangkat mukanya untuk cuba mendapatkan kepastian mengapa dirinya ditampar."Aku suruh kau pergi kedai haji usop tolong beli sabun nak cuci baju,yang kau pulak pegi peluk lembu pak harun ni kenape bodohhh??..dahla siap pakai selipar jamban ni ha!aku nk masuk jamban pun susah.."tiba2 terdengar satu suara yg lia sgt pasti pemiliknya,ye..suara ibunya,mak gayah yg serak2 basah mcm ella.Baru lia tersedar dia sebenarnya memeluk lembu pak harun yg sedang meragut rumput kt tepi padang bola sewaktu lia sedang berjalan td.Di belakang ibunya,pak harun berdiri sambil cekak pinggang merenung tajam kearahnya.Tiba2 rasa malu mula dirasakan lia..nak tambah lagi kemaluannya,adalah 2,3 org mamat yg lalu kt jalan tu pun turut join tgk apa yg berlaku..dorg pun gelak kaw2 sbb saje nk bikin panas."Eh..sori mak,lia mmg ondaway nk g kedai ni pun,lembu ni hah,comel sgt mcm muka tuan dia tu..hehe.."jawab lia memandang sambil tersengih kearah pak harun sengaja nk cover line xmo bagi org tua tu maki dia sebab peluk satu2nya lembu kesayangan beliau."tula,berangan banyak sgt mcm aku jgk..lembu pulak jadi mangsa..dah2,gi kedai cepat,aku nak mandi ni,buat malu muka aku je..aku dahla tengah sibuk men mafia wars kt fesbuk td,gara2 kau dah kalah aku ngn si minah janda anak lapan tu.."marah mak gayah dgn nada falsetto.

Selepas adegan itu selesai,lia pun meneruskn perjalanannya ke kedai pak harun,baru dia teringat sbnrya date dia dgn rem dah lepas pun,semalam..tp rem bukan nak mintak kapel dgn dia pun,mintak utang adela.Dek kerana terlalu frust sbb lia mmg ade crush ngan mamat tu gila babi, sampai berangan masa tengah berjalan td.Lia pun xperasan dia tersarung selipar jamban masa nk keluar umah td.mmg ternyata lia dh gila esen sbb kena reject oleh rem"tak dapat yg betul2,dapat berangan peluk rem pun jadila.."kata lia sendirian sambil menyambung prjalanannya dengan pipi yg sakit kena lempang tadi.

tamat.

Tuesday, February 23, 2010

Tangan menaip otak ligat berfikir

Shirt colour: black n ade jalur2 merah putih n biru
mood: selesa but ngantok sket
song: kt tempat ni ada pasang lagu raya cina
on my right: dinding lutsinar
on my left: sunglass

Dengan membawa lettop kesayangan aku ni,aku pun keluarlah jln2 town kejap..so,make dicision nk bfast dlu kt oldtown ampang park sbb nasi lemak yg best n demi secawan cofee yg fuuhh..pekat dan melekat.But actually my main purpose to come here of course la sbb nk dptkan free wifi*wlupun kl skrg ni rata2 tmpt dh ada wifi tp still cam sampah*..smbil tu blh duk dlm aircond,usha org jln2 kt luar,org mintak sedekah..ada gak sorg perempuan ni yg pakai sunglasses yg i bet 100% she bought from petaling street je sbb besar gedabak pastu bingkai ada corak bunga2 yg serabut gak r n kaler dia yg dah nak luntur..lantaklah kau nak pki besor manepun glasses tu,janji ko jln xlanggar tiang sbb aku mst gelak kaw2 nnt..

Aku cari port btul2 kt tepi dinding yg lutsinar*berkat belajar sains dlu*,so aku boleh nmpak r kwsan luar..hmm,not bad..clean n tidy..aku xnampak pun barang sebutir sampah sarap kt tepi2 jln,kt pavement..sejuk jgkla mata memandang..rasa nak peluk2 je makcik cleaner ataupun mat bangla yg keja sapu kawasan ni bagi bersih,tp dlm mimpi jela..bangla kot..ko nak peluk ke?
tp betul la..bajet macam ada je org malaysia yg sebaya dgn mat bangla nk jd tukang sapu,lebih rela menganggur drp keja yg kononnye xde klass ni..cmmonla,skolah smpi drjah enam ada hasrat nk jadi lawyer ke bro?pastu bila byk mat bangla,indon*jgn guna pkataan ni,dorg xsuke!!* indonesia,myanmar,nepal,pakistan,urdu,somalia..amik kau,sume brebut2 nk dtg mesia rmi plak yang hangin termasuk aku sbb slalu xdpt seat kt dlm train coz sume mat bangla sapu..

Ni satu lagi pe'el*klu ada yg xpaham,sila rujuk kamus negeri pahang daerah ulu ye* org2 kt kl ni yg aku paling xsuka..aku tau,xramai yg mcmni,tp ada jgk sgelintir yg cara pemikiran dorg lg slow dr sipot babi jln mngundur..ok,td aku dtg sni naik train dr masjid jamek,so dah smpi sni,nak keluar nk ke jln ampang,korg kena lalu this very long escalator tau..org time tu rmi jgkla yg berasak2 guna escalator tu n ada jgk yg guna staircase je sambil lari2 nk pastikan dorg smpi lebih awl sbb nk prove kn yg usaha dorg utk naik tu brbaloi sbb smpi dlu..so,aku ni plak dah ada escalator,buat ape nk penat2 pki staircase kn..so lepak jela naik escalator dan BERDIRI DI SEBELAH KIRI untuk bagi laluan org nak gerak kt belah kanan sbb aku nampak dgn jelas papantanda kt depan mata aku yg suh wt camtu..so menda simple n no pimple kita ikut jela kan..tp still ada jgk makhluk tuhan paling agung yg konon2 buta huruf xtau nk baca apa yg papantanda tu tulis brdiri kt belah kanan..aku xmarah kt makcik yg brdiri kt sbelah kanan aku ni sbb dia jadi mangsa coz yg mnjadi punca dia stuck kt situ bcoz of the ppl yg paling front skali tu yang biadap,bodoh,bebal,segal dan kampung itu..mmg benda ni vry small matter n shouldnt b an issue for some ppl coz yg paling lama u cn get stuck on the escalator myb around 8min but dude,if u want to know who r those bullshit yg menyebabkan traffic jam kt kl ni,parking mcm celaka*ceh,bajet penah pki parking kn..* ialah org2 yg seangkatan dgn org yg kt depan skali tu la..sbb menda simple dia xdpt ikut,apatah lg menda2 yg mmerlukan 'thingking skill' yg wlupun xperlukan skill untuk bfikir pn..tp sbnrnya mslh yg tjd kt escalator lg2 kt tmpt yg vry crowded mcm klcc,msjid jamek or kl sentral ni bg aku bknlah small matter lagi dowh..imagine this ok,bcoz of 8mins u 'damnshitly'*xde dlm kamus* stuck at the escalator, u cn get fired by ur boss yg fussy cam bebola ayam mcd bcoz ur late 5mins for a meeting,u xdpt masuk dewan periksa coz ur exam had started in 7mins earlier sbb pengawas yg jaga exam tu bajet dia lagi berkuasa drp Agong,si lelaki kena reject ngan awek dia sbb lmbt dtg dating n myb bcoz tsekat dgn golongan2 dungu mcmni aku pernah terlepas klia transit masa nk prgi airport..cam shit dowh!

Ok..still pandang luar,kiri kanan...hmm,hari makin panas n nasi lemak aku ni suku je yg terusik..ala,ayunye akak yg pakai baju kurung tu,sopan je nmpak akak ni,tinggi lebih kurang aku kot,gaya jalan nmpak normal..xdela kengkang ke ape,baju kaler hijau muda n btudung hitam,sejuk hati aku tgk..tgk banyak kali pun masih nampak cantik..mcmtula kalau niat betul2 nak tutup aurat,ni ada jgk yg aku jmpe gadis2 sunti yg btudung sbb nk pesyen je..masa aku keja kt The Mall dulu aku pernah nmpak this one malay girl..fesyen tudung dia jgn ckp ah,terbaek dari ladang cipan..kalah waheeda ke,bienda ke,sape nama bini mawi tu?aku lupe la..kalah la..senang kata mmg pandai dia padankan dgn baju dia yg ketat dn blengan pendek smpi nmpak ketiak tu,aku berdiri jauh sbb tgh keje so xnmpakla dia ni pny bulu ketiak tu ade ke x*euuwww!*..aku xnak ckp dia ni lawa ke x sbb semua ciptaan tuhan dah sempurna n cantik2 belaka tp aku rasa sbg seorang lelaki yg memandang,lebih senang rasanya kalau dia xpakai penutup kepala tu sbb lagi menyakitkan mata..kenapa ek jd camtu?fesyen zaman skrg kot..

Haa..ada lagi satu cerita nk habaq mai,last few days,aku lupa hari apa,i'm taking monorel went to kl sentral n there is one touristlady, from america myb*still proud to be malaysian* inside this monorel with me n bunches of passengers..tiba2 minah salleh ni myb sebaya ngan mak aku kot n of course mak aku dah tua..but tht lady tu still look rugged la only her wrinkles yg spoil everything..she was asking something to this one guy..to be exact softbone guy dgn beg gucci uuu..n xlupe jgk dgn his big red glasses yg hmpir menutupi separuh muka dia,jadi cam ala2 amy search buat tiger show gituu..the only gud thing from this guy is dia ni mmg peramah la coz tht lady td tny something about this country n bla..bla..bla..n he's really gud in the sense that melayan pelancong tu berborak..it's a good thing rite..tp kalau "over-friendly" pun susah gak brader..ok,monorel tu kecik je..n suara this guy boleh dgr satu gerabak dowh..yes,i admit his english definitely lg bagus drp aku laa..cumenye lidah dia tu aku rasa mcm dah bgulung2 habis bila speaking..bila lama2 dgr jd cam annoying giler cam dengar seekor katak mengembek..gedik sgt n i can c other passengers mula menunjukkan kerutan kt dahi masing2 sbb xsedap lalu dgr mamat ni speaking yg 'loghat'nya lagi pekat dr american tu td..from friendly dh turn jd mcm gedik n show off plak..ok mmg itu hak dia,tp telinga yg mendengar ni hak aku..xkan nak kepit telinga kot spanjang pjalanan kn..kalau kepit pun mngkin still blh dgr coz suara dia mmg kuat cam ckp ngan smua omputeh kt situ..dari rasa bangga kt dia td sbb represent sbg rakyat malaysia yg sangat mesra dah btukar ke rasa malu pulak sbb nampak dibuat2 pulak..serius kalau korg ada skali ngan aku masa tu rasa nk tarik2 je lidah mamat tu kasih kurang bgulung sket..

Hurmm*ni ayat gedik gak ni..*,finally my 3months holidays has come to the end,this sunday im gonna bck to Miri n class scra rasminya will start on monday but i hope aku xde kelas la sbb i need at least 2days nk settle my things n unpack my stuffs..this semester i'm gonna leave my previous house(Curtin Village) coz im transfer to a new place(Curtin Villa) .Of coz mst ada yg sedih n ada yg gembira dgn pemindahan budak mulut banyak mcm aku ni kn..kn..kwn2?amanlah village pasni n meriahlah pulak villa..haha..hmm,nothing much to say about this time pny hols..emm,kerja 1bulan,jln2+kursus+dating 1bulan,n duk umah menemani bonda kesayangan 1bulan..adil dan saksama kn?badan xberapa naik dan xberapa kurus tp ada yg kata dh chubby sket tp xkesah sbb selagi penimbang berat badan tu xpecah bila aku naik ada aku kisah psl gemuk ke..kurus ke..yg penting this holidays r truly memorable experience to me..find a new closefriend,new hobby which is tanak bagitau lg n ada resolution baru..NAK BELAJAR MAIN GITAR!! kali ni serius k..bagi aku paling lama 4bulan n aku boleh main depan korg..sebut je lagu apa asalkan bkn dangdut sudahla..okla sayang2 sekalian,aku sayang korg sume..korg2 la..xkan nk sebut satu2 kot,kang ade yg jeles pulak..hehe..

p/s: kepada seseorang yg tamau namanya disebutkan,kerja elok2 n tcare..panjang umur kita jumpa lagi ya..muah!!:)

Monday, February 22, 2010

konon baik sangat

Shirt colour: red
mood: tenang buat masa sekarang
song: -
on my right: beg
on my left: sorang laki2 tempatan tengah tunggu habis waktu keje kot..

Assalamualaikum w.b.t n slmt sejahtera..wah,lama xmeng'update' blog..kesian kt korg yg rindu dgn bebelan aku ni kan..so,this is my 1st entry for 2010,so i want to make it something yg bagus untuk dibaca..*ye..aku pn xsangka jgk tibe2 jd skema mcmni..*

Korg sedar tak masyarakat kita skrgni dah makin kejam,tamak,dengki dan jahil?samada korg separuh sedar ataupun baru tersedar,aku tetap nak bagitau yang memang kekejaman manusia skrgni dah pd tahap yg kritikal..

Nah,nilaikan sendiri..

bukti manusia kejam:

Warga emas bawa remaja bersiar-siar maut dibelasah


ANGGOTA polis dari unit forensik melakukan siasatan di tempat mangsa dibelasah di Lata Renyok, Jalan Kuala Balah, Jeli, kelmarin.

Fakta: Bekas askar, pelajar 16 tahun baru keluar dari tempat berkelah

baca sampai habis


bukti manusia tamak:

Gaduh rebut air

PENDUDUK di sekitar pekan Paloh menggunakan apa saja bekas untuk mengisi air.


Fakta: Polis dipanggil ke kawasan agihan pastikan keadaan terkawal

baca sampai habis


bukti manusia jahil 1:

disyaki berkhalwat terus nak terjun drp tingkat 11

Periksa...seorang pegawai JHEAIPP memeriksa cermin dipecahkan oleh lelaki warga Indonesia (gambar kanan) untuk melarikan diri.

baca sampai habis


bukti manusia jahil 2:

jiran simbah air panas

Gara2 bermain dengan kucing peliharaan jiran,adik Mohd Saifudin disimbah dengan air panas dan mendapat rawatan di Hospital Tampin.

baca sampai habis


bukti manusia dengki:

Maut kena sembelih


Polis mengangkat mayat seorang buruh yang mati dikelar.

Fakta: dibunuh kerana mangsa 'menganggu' isteri suspek

baca sampai habis


Aku pun tak faham kenapa manusia zaman sekarang dah xboleh bertindak waras..mungkin betul la kita ni umat akhir zaman..ini la tanda2nya..tujuan aku post entry ni bukan nak konon2 tunjuk aku ni org yang 100% baik..nabi je yang maksum kan..aku cuma cakap berdasarkan apa yang aku rasa..kita boleh berubah,tapi nak mula tu yang payah dan siapa2 pun boleh mulakan..tak perlu tunggu ustaz nak bagi ceramah,polis serbu sini sana..kita sendiri pun boleh bertindak dengan cuba kawal tindakan kita sendiri..kalau ada sesiapa diantara kawan2 aku yng rasa gatal2 nak menceburkan diri ke 'bidang' jenayah ni,aku nak ingatkan kt korg yg tak payahlah nak susahkan diri korg sndiri sbb yang kena tempiasnya org sekeliling korg jugak so scara tak langsung kau pun dah menyusahkan org lain*aku cepuk kang*..sendiri mau ingatla..tp aku yakin kawan2 aku sume baik2 belaka kan..kan..?

orait..dah tamat


p/s: Aku mengaku,aku pernah pecahkan pinggan antik kesayangan mak aku masa kecik2 dulu..kini aku sudah bertaubat..pinggan itu telahpun aku ganti dengan pinggan dpt percuma masa beli ubat gigi..


Tuan Rumah

TEXTAREA_ID