Seribu Makna Buatku

Monday, February 22, 2010

konon baik sangat

Shirt colour: red
mood: tenang buat masa sekarang
song: -
on my right: beg
on my left: sorang laki2 tempatan tengah tunggu habis waktu keje kot..

Assalamualaikum w.b.t n slmt sejahtera..wah,lama xmeng'update' blog..kesian kt korg yg rindu dgn bebelan aku ni kan..so,this is my 1st entry for 2010,so i want to make it something yg bagus untuk dibaca..*ye..aku pn xsangka jgk tibe2 jd skema mcmni..*

Korg sedar tak masyarakat kita skrgni dah makin kejam,tamak,dengki dan jahil?samada korg separuh sedar ataupun baru tersedar,aku tetap nak bagitau yang memang kekejaman manusia skrgni dah pd tahap yg kritikal..

Nah,nilaikan sendiri..

bukti manusia kejam:

Warga emas bawa remaja bersiar-siar maut dibelasah


ANGGOTA polis dari unit forensik melakukan siasatan di tempat mangsa dibelasah di Lata Renyok, Jalan Kuala Balah, Jeli, kelmarin.

Fakta: Bekas askar, pelajar 16 tahun baru keluar dari tempat berkelah

baca sampai habis


bukti manusia tamak:

Gaduh rebut air

PENDUDUK di sekitar pekan Paloh menggunakan apa saja bekas untuk mengisi air.


Fakta: Polis dipanggil ke kawasan agihan pastikan keadaan terkawal

baca sampai habis


bukti manusia jahil 1:

disyaki berkhalwat terus nak terjun drp tingkat 11

Periksa...seorang pegawai JHEAIPP memeriksa cermin dipecahkan oleh lelaki warga Indonesia (gambar kanan) untuk melarikan diri.

baca sampai habis


bukti manusia jahil 2:

jiran simbah air panas

Gara2 bermain dengan kucing peliharaan jiran,adik Mohd Saifudin disimbah dengan air panas dan mendapat rawatan di Hospital Tampin.

baca sampai habis


bukti manusia dengki:

Maut kena sembelih


Polis mengangkat mayat seorang buruh yang mati dikelar.

Fakta: dibunuh kerana mangsa 'menganggu' isteri suspek

baca sampai habis


Aku pun tak faham kenapa manusia zaman sekarang dah xboleh bertindak waras..mungkin betul la kita ni umat akhir zaman..ini la tanda2nya..tujuan aku post entry ni bukan nak konon2 tunjuk aku ni org yang 100% baik..nabi je yang maksum kan..aku cuma cakap berdasarkan apa yang aku rasa..kita boleh berubah,tapi nak mula tu yang payah dan siapa2 pun boleh mulakan..tak perlu tunggu ustaz nak bagi ceramah,polis serbu sini sana..kita sendiri pun boleh bertindak dengan cuba kawal tindakan kita sendiri..kalau ada sesiapa diantara kawan2 aku yng rasa gatal2 nak menceburkan diri ke 'bidang' jenayah ni,aku nak ingatkan kt korg yg tak payahlah nak susahkan diri korg sndiri sbb yang kena tempiasnya org sekeliling korg jugak so scara tak langsung kau pun dah menyusahkan org lain*aku cepuk kang*..sendiri mau ingatla..tp aku yakin kawan2 aku sume baik2 belaka kan..kan..?

orait..dah tamat


p/s: Aku mengaku,aku pernah pecahkan pinggan antik kesayangan mak aku masa kecik2 dulu..kini aku sudah bertaubat..pinggan itu telahpun aku ganti dengan pinggan dpt percuma masa beli ubat gigi..


1 orang ketuk pintu:

Fa Rx said...

btol3, ini sume tanda akhir zaman, tp ramai makluk yg masih x sedar diri, makin wat dosa ada r, ish ish ish

Tuan Rumah

TEXTAREA_ID