Mood: So-so
Song: silent mode
On my right: Cup
On my left: Mp4
10.Madame De Stael
IQ: 180
Atau nama sebenar beliau ialah Anne Louise Germaine Necker ialah satu2nya wanita yg termasuk dalam top-10 manusia yg paling geliga yg pernah wujud kt atas dunia ni. Beliau berasal dari keturunan Swiss-France dan ayah dia, Jacques Necker pernah berkhidmat dengan King Louis XVI sebagai menteri kewangan dan mak dia pulak, Suzanne Curchod ialah seorang pemilik salun! Kalau ikutkan fakta, Anne ni seorang yang suka cetuskan kontroversi masa zaman dia hidup.Masa era2 cinderella punya fairytale la..kontroversi paling otai Anne pernah cipta ialah mengubah culture masyarakat eropah zaman tu daripada Neoclassicism to Romanticism sebab beliau adalah seorang yang sangat artistik dan suka berpuisi.Senang kata dia ni minah yg suka layan blues laaaa okeyy..Antara karya penulisan beliau termasuklah novel, teater, moral ngan political essay.
Anne Louise Germaine Necker (22 April 1766 – 14 July 1817)
Love is the whole history of a woman's life, it is but an episode in a man's.
Madame De Stael
9.Galileo Galilei
IQ: 185
Dulu masa aku form4 smpi form5, nama kelas aku Galileo*sumpah bangga!!* Ok..beliau ni dlahirkan kat Pisa,Italy pd tanggal 15 Februari,1564.Anak sulung daripada 7org adik bradik n dia ni bukanlah dari kalangan anak org kaya2 pun..bapak dia ahli muzik je n part time jadi wool trader. sebenarnya bapak dia ni nak sangat dia masuk aliran perubatan.jadi doktor la katanya..tapiii minat Galileo ni pada agama lagi kuat smpi dia penah bgtau bapak dia yang dia nak jadi Monk (Sami) tapi apakan daya,sebagai anak yang skema*serius dia memang skema ok* dia trpaksalah ikut hasrat bapak dia,so last2 dia masuklah University of Pisa, study medic.Korang nak tau x apa kajian pertama mamat genius ni??jeng3..ingat balik..kita penah blajar masa awal2 blajar fizik dlu..serius smpi masuk U pun still kena blajar menatang ni..Law of Pendulum ya kawan kawan.Masa berumur 20tahun, dia noticed ada satu lampu yg berayun kat atas kepala dia masa dia kat dalam gereja.Orang lain buat dek je, tapi disebabkan beliau sangat skema masa tu,dia pun rasa macam menda tu agak menarik untuk dibuat kajian.Dia nak tau berapa masa yg lampu tu ambil untuk buat satu ayunan lengkap,so dia gunakan pulse dia untuk kira ayunan yang besar dengan yang kecik..TANG!! tak ada beza rupanya..period by each swing was exactly the same! sejak drpada tu Galileo jadi famos giler sebab teori dia tu digunapakai untuk mencipta jam yang kita pakai sekarang ni! demmnn~~Kalau korang nak tau,Galileo ni xhabis pun graduate drpd U of Pisa sebab dia bosan dengan cara hidup kat university.Dia minat math je,tapi kalau dah amik medic,menatang apa yg pakai math kan..so last2 dia give up so pastu dia just jadi tutor math je.Mengikut sejarah, Galileo ni kerek juga orangnya.Dia banyak memperkecilkan samada sesiapa saja yg dia rasakan nak.Tak kiralah apa jawatan org tu ataupun kedudukan. So sbb tu jugaklah Galileo ni susah nk diambil kerja.Semua kajian yang dia buat, smua atas dasar his individual satisfaction sahaja.Tetapi,nak watcmanekan,dah mamat ni otak genius nak mampos, so orang still perlukan jugak khidmat dia..disebabkan kontroversi Dante's Inferno, Galileo dipanggil semula oleh U of Pisa untuk jadi penyelidik kat sana dan masuk2 je kat U tu, orang tengah sibuk berdebat pasal Aristotle law's of nature whereby, objek yang berat akan jatuh dulu berbanding dengan objek yang ringan dan law ni pada masa tu dah memang diterima sebagai kebenaran yg sohih. Tapi, Galileo ni rasa macam ada something wrong dengan that hipotesis. So dia pun buatlah eksperimen untuk buktikan yg dia tu betul n apa yg aristotle cakap tu salah dengan pergi ke puncak tower of Pisa setinggi 54 meter untuk jatuhkan objek yg berbeza jisim.Then,terbuktilah kesemua objek tu jatuh serentak dan pada masa tu, crowd ramai giler,trmasuklah professor dan pelajar.Galileo puas hati sebab dapat prove kan yg Aristotle salah!
By denying scientific principles, one may maintain any paradox.
Galileo Galilei
8.Bobby Fischer
IQ: 187
Kalau ada sesiapa kat sini yang memang fanatik dengan game chess,haaa,ni dia master korang..Bobby Fisher or nama sebenar dia ialah Robert James Fischer ialah seorang chess master di Amerika dengan merangkul gelaran 'Youngest Grandmaster in History' pada tahun 1958. Masa tu umur dia baru je 15 tahun! Dia dilahirkan di Chicago pd March 9,1943. Pada tahun sebelumnya,1957 (Merdeka!!) this young man captured the attention of berbillion2 chess world player by playing a thrilling queen sacrifice in D Byrne vs Fischer, 1956 yang pada masa tu digelarkan sebagai "The Game of the Century."Bobby turut menang sebanyak 8 kali daripada 8 world tournament yang dia join termasuklah masa umur beliau 20 tahun dengan rekod tanpa kalah 11-0! Pada tahun 1972, Bobby menjadi juara dunia yang ke-11 selepas mengalahkan defending champion, Boris Spassky di Reykjavik. Bobby lepas tu menghilangkan diri selama 20 tahun drpd public dan muncul semula pd tahun 1992 to play a match menentang old rival dia, Spassky kat Yugoslavia dimana dia menang 10-5 dan seri 15 kali. Bobby akhirnya meninggal dunia di Iceland pada tahun 2008 sebab kegagalan buah pinggang dia berfungsi.
I don't believe in psychology. I believe in good moves.
Robert James Fischer
7.Ludwig Wittgenstein
IQ: 190
Mesti ada antara korang festime dengar nama ni kan??Nama kat surat beranak dia ialah Ludwig Josef Johann Wittgenstein. Beliau merupakan Austrian-born English Philosopher dan telah diiktiraf sebagai ahli falsafah yang terbaik pada abad yang ke-20 merangkumi ilmu Logic, Metaphysics, Philosophy of language, Phylosophy of mathematics, mind and Epistemology. Terdapat 2 major utama dalam pembabitan Wittgenstein pada ilmu falsafah iaitu Logisch-philosophische Abhandlung dan Philosophische Untersuchungen. Hasil ilmu beliau telah mencetuskan ilham yang sangat luas dikalangan ahli falsafah muda dan personaliti Wittgenstien yang sangat berkarisma turut menarik minat film maker, poets n musicians untuk buat biography mengenai hidup beliau.
Death is not an event in life: we do not live to experience death. If we take eternity to mean not infinite temporal duration but timelessness, then eternal life belongs to those who live in the present.
Ludwig Wittgenstein
IQ: 195
Haaa..mesti korang tak pernah dengar nama Blaise kan?? nama Pascal je korang tau..btol x?hehe..aku pun baru tau nama sebenar orang yang mewujudkan Prinsip Pascal yang kompleks cam haram tuh ialah Blaise Pascal yang lahir pada tahun 1623 di Clermont-Ferrand, France. Dia ni seorang yang berbangsa Perancis yang sangat pakar dalam bidang matematik, fizik n falsafah ugama. Kalau korang nak tau, mamat ni bukan jer invent Pascal Law of Pressure, mamat ni jugak yang bertangunggjawab menyusahkan hidup aku sebab tak pasal2 kena paksa belajar tentang probability theory masa buat A-level dulu. Yang menarik tentang Pascal ni ialah dia lebih cenderung mengaitkan sains itu dengan agama bukan agama daripada sains!
- If all men knew what each said of the other, there would not be four friends in the world.
- Blaise Pascal
Tribute to Bobby Fisher, (Robert James Fischer)
Inventor Blaise Pascal Biography
Ludwig Wittgenstein (British philosopher) -- Britannica Online Encyclopedia
Galileo Galilei - Biography
Anne Louise Germaine de Staël - Wikipedia, the free encyclopedia
Ok, sampai sini je dulu okay.. kalau nak tau siapa yang menduduki carta top-5 makhluk genius tahap dewa, jangan lupa mengikuti siri ke-2, "So, this people are freakin' genius! " jangan lupa jemput datang kat rumah aku ni menjelang hari raya nanti..hehehe..
Teruskan berpuasa!!