Mood: weeee~~
Song: -
On my right: lect notes
On my left: hphone
Siti Nurhaliza Productions,
35-1, Jalan Menara Gading 1,
Taman Connaught,
Cheras Kuala Lumpur Malaysia 56100
Kehadapan Dato' Siti Nurhaliza,
Pertama sekali saya nak ucapkan selamat berpuasa untuk Dato' sekeluarga.Moga-moga tahun ni Dato' dapat puasa penuh kecuali kalau 'keadaan' yang tak mengizinkan tu takpelah. Baiklah,biar saya berterus terang.Memang sejak dari kecil lagi saya minat dengan Dato'.kaw2 saya minat pada dato' sejak daripada taik lalat kat bawah dagu tu beso, sampailah taik lalat tu ilang.Saya kagum dengan bakat semulajadi yang ada pada Dato'. Kalau saya tak silap saya mula2 kenal Dato' masa taun 1997.Masa tu saya baru darjah 2 dan masa tu jugaklah mak saya baru je beli tv baru jenama Singer.Sampai sekarang pun tv tu ada lagi tau! saya dengar Dato' nyanyi lagu Aku Cinta Padamu.perghh..memang mantap giler ahh..tiap2 hari saya dengar pun tak jemu2.Dalam masa 2hari pun saya dah boleh hafal lirik lagu tu sampai cikgu matematik saya ,Cikgu Marziah denda saya sebab tak boleh nak hafal sifir dalam tempoh masa seminggu.Lepas tu keluar pulak lagu Cindai,pun saya suka giler dengar..saya tengok siaran langsung Juara Lagu tahun 1998 tu dan saya tau dato' konpem boleh menang.Boleh katakan tiap2 taun saya tak pernah miss layan AJL sebab nak tengok dato' perform.Bagi saya Dato' boleh bawak semua jenis genre lagu..bagilah Balada ker,Pop Rock ker,lagi2 lagu tradisional melayu..pergh,takda sapa yang boleh lawan kelunakkan suara dato.Pantang saya dengar bila dengar nama Siti kat tv.Kalau masa tu saya tengah buang air kecil kat tandas pun saya sanggup tahan sebab nak tengok Dato' kat tv.Tapi tu masa keciklah..kalau sekarang buat macamtu,tak waras kot rasanya. Sebenarnya saya ada satu rahsia nak bagitau kat Dato' Siti..tapi malu sikitlah nak cakap sebab mesti konpem 100% orang yang baca akan gelak punya..ahh,takpelah..saya tak peduli asalkan saya dapat bagitau dato rahsia ni.
Dato' nak tau x..gara2 minat giler kat dato',masa saya kecik2 dulu, saya pernah telipon office dato' tau! lololol!! saya dapat nombor tepon tu kat dalam majalah mangga mak sedara saya beli.Saya dapat je nombor tu,terus g public phone sebab nak call.Yela,masa tu bukan zaman semua org ada henpon.so saya teponlah pakai public phone jer.dail punya dail....dapatttt!! tapi saya ingatkan Dato' yang jawab sbb masa kecik2 kan saya ni agak lurus sket.so saya ingat kalau saya tepon no tu mesti siti yang jawab.berdebar2 jugaklah masa tu nak cakap.ada suara perempuan yang jawab.saya tanya."boleh saya bcakap dengan Siti Nurhaliza x?" tapi lepastu dia jawab yang dato tak ada kat office.mungkin masa tu dato bz kot or mesti ada show kat luar.sedih jugaklah saya tak dapat nak cakap ngan dato',tapi tak apa..minat saya terhadap dato' tak pernah padam. memang lagu-lagu yang dato' nyanyi semua best2...tapikannn satu jer masalah saya..saya tak pernah pun beli album dato'! hehehe..sorilah..bukan saya taknak beli,tapi masalahnya masa tu harga album mahal kot.satu album dah rm19.90, duit belanja masa tu pun cukup2 nak buat duit belanja skolah.naik sekolah menengah pulak saya duk asrama,lagilah takda idea macamana nak dapatkan album dato. tapi masa tu nasib baiklah ada senior yang suka gak kat dato.dia ada semua album dato..so kadang2 saya pinjam la kaset tu daripada dia.selain saya layan lagu2 kapak ngan backstreetboys,lagu dato' pun saya dapat layan skali..hehe..
Memang saya dah dapat rasa yang dato mesti akan pergi jauh..boleh harumkan nama negara di mata dunia.Seriously, saya sangat kagum dengan usaha keras dato'. Sebabkan dato' ,ramai orang luar yang kenal malaysia dan lagi yang membuatkan saya bangga,orang luar dapat kenal irama tradisional melayu melalui dendangan dato'. Dato' dah buktikan yang seorang anak yang asalnya daripada kampung, boleh memiliki kejayaan yang diluar jangkaan berkat usaha keras dirinya sendiri.Walaupun makin hari makin ramai artis wanita yang meningkat naik,namun bagi saya tiada siapa yang boleh menggantikan tempat dato'. tambahan pula dengan personaliti dato yang tetap menjaga sopan sebagai seorang anak melayu,sentiasa merendah diri dan sentiasa menghargai peminat menjadi sebab mengapa dato' masih lagi berada dipuncak walaupun sudah hampir puluhan tahun berkecimpung dalam dunia seni.Dan sekarang dato' telahpun berada ditangga ke-2 antara personaliti yang paling berpengaruh di asia ! syabas saya ucapkan buat dato' .
Memang saya akui, sejak kecil lagi saya mengimpikan untuk bertemu dengan dato tapi tak pernah tercapai sehinggalah tanggal 29 julai 2010.setelah hampir 12 tahun menanti,akhirnya saya dapat juga bertemu dengan dato secara live. Waktu tu saya menemani rakan saya ke sebuah majlis dimana dato' adalah salah seorang tetamu kehormat yang dijemput khas untuk merasmikan majlis tu. memang tak dinafikan dato cukup cantik orangnya.mata saya tidak lekang dari memandang dato dari jarak lebih kurang 7meter dan masih segar lagi diingatan saya sewaktu majlis jamuan, dato sendiri yang datang untuk bersalaman dengan tetamu yang ada termasuklah saya.Wahhhh..tuhan aje yang tau betapa gembiranya saya waktu itu dan peristiwa tu sudah cukup buat saya yakin bahawasanya dato ialah seorang personaliti yang cukup merendah diri dan berbudi bahasa.Impian saya untuk bersemuka dengan dato' telahpun terlaksana cuma ada tinggal satu sahaja lagi impian saya yang belum tercapai.Mungkin agak sukar untuk impian saya ini dapat termakbul..impian tersebut ialah saya ingin berduet bersama dato!!! wahhh...besar sungguh impian tu kann? tapi seandainya impian itu termakbul....tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati saya ni...tapi apapun,saya tetap akan berdoa moga2 impian tersebut akan terlaksana juga satu hari nanti.
Saya rasa sampai disini saja surat buat Dato' Siti.Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk membaca menda alah yang tak seberapa ini.Saya tetap doakan yang terbaik buat dato dalam apa jua bidang yang dato ceburi sekarang dan diharapkan dato akan terus success!
yang benar,
Antara lagu tradisional yang paling sedap dinyanyikan oleh Dato' Siti
6 orang ketuk pintu:
saya tau bila dimana event apa awak jumpa datuk siti..huhuh
sebab saya ada kat sebelah huhuhu
hahaha..wee~~
nice one
haha, nape x pasan pon u ada similarity ngn siti =)
apapon, wish ur dream come true, amin...
mantop r surat ko nih..
post trus r kt dato' siti..
kwkwkwkw
hahahha...i likeeeeeeeeee ^_________^
Post a Comment