Seribu Makna Buatku

Thursday, November 19, 2009

Top 10 organisasi penjenayah otainakmampos!

Shirt colour: orange
mood: gelak berdekah-dekah
song: On love,In sadness-Jason Mraz
on my right: a mug
on my left: duit singgit2 ada 8 keping

Assalamualaikum w.b.t

Dulu aku pernah post top10 aktress terhebat malaya kan? ada baca tak..?kalau korg ada baca konpem hidup korg tgh bosan masa tu kan?macam bosan seorang pelacur tua yang menunggu pelanggan..lol.

So,kali ni aku nak post something similar mcm post aku sblm ni..tapi skop yang lain pulak..korang tau tak criminal organisation tu apa? maksud dia ialah "organisasi penjenayah"..*only direct translation can explain what its means ok!*

Ok..kira dari 10..

10. The Five Families

Lokasi: United States
Aktiviti jenayah: Bookmaking*betting*, "Ah-Long", cetak duit palsu, perjudian, edar dadah
Ketua mafia: Vincent Basciano, Nicholas Corozzo, Carmine Persico, Daniel Leo, Vittorio Amuso

Kenapa nama dia "five families"? sbb organisasi jahatmacamharam diorang ni beribu pejabat kat lima tempat sekitar NY; Bonanno,Colombo,Gambino,Genovese ngan Lucchese. Diorang ni dah rancang byk giler jenayah kt US sejak 1930s.Dalam byk2 "families" dorg ni,yang paling besar dan kuat ialah Genovese.


9.United Bamboo


Lokasi: Taiwan
Aktiviti jenayah: pengutip hutang,pembunuh upahan, "Ah-long", judi, rasuah
ketua:Dilaporkan tiada

Tengok muka pakcik kat gambar atas ni macam suci je kan..?cam sami yang habiskan masa2 terluang kat tokong..tapi sebenarnya,dia ni otainakmampos!group ni ada lebih kurang 10,000 ahli.Group dorg ni pun ada mcm "trademark" tsendiri utk ahli2 dia tau..ala,lebih kurang cam ahli 3-line,kumpulan samseng Cobra tula..so dgn adanya kod2 rahsia mcmtu,so dorg boleh taula samada kau ni ahli kumpulan dorg atau x..cool x?dalam hierarki sindiket ni,takde yang dipanggil "ketua" tau..agak pelik sikitlah sbb dorg lebih suka anggap semua ahli kumpulan ni sama rata n kedudukan..so,u're not owned me i'm not owned u!


8.Tijuana Cartel


Lokasi: Northern Mexico (Tijuana and Baja)
Aktiviti Jenayah: Pengedaran dadah, pembunuh upahan, rasuah, bisnes yg melibatkan jenayah
Ketua: Eduardo Arellano Felix

Lepas kejatuhan Colombian cartels(pertubuhan bebas/haram utk sekat pengeluaran dengan mengawal penghasilan dan pengagihan barangan keperluan ataupun servis kpd pengguna), wujudlah satu group mexican yang cuba utk rampas 'kekosongan' tmpt trsebut.Maka lahirlah beberapa group yg bernama Sinaloa cartel yg diketuai oleh Joaquin Guzman, Juarez cartel yg diketuai oleh Vicente Carrillo Fuentes, dan Tijuana cartel diketuai oleh Eduardo Arellano Felix.
yg cuba merebut kuasa.Antara ketiga2 kumpulan samseng ni,Tijuana cartel la yg paling ganas n perebutan ketiga2 kumpulan samseng ni telah mengorbankan byk nyawa (manusia+binatang).Satu lagi fakta, Tijuana cartel merasuah sebanyak US 1million seminggu utk stay in business.macam sial!


7.Dai Huen Jai


Lokasi: China
Jenayah: Pengedaran dadah, "Ah-long", Jual orang, samseng, cetak duit palsu, fraud, pelacuran.
Boss: Dipercayai tiada

Dai Huen Jai ni adalah "produk" drp Mao Zedong's Cultural Revolution,lepas kematian Mao,ramai bakal askar Red Guard dihantar utk kem latihan yang dahsyat gilababi.Ramai jugaklah ahli dorg yg menderita dan jadi lagi teruk lepas dorg join kem latihan ni ni.Kumpulan ni xda formal organisasi tapi dorg bergerak mcm "tikus padang pasir" dan kumpulan ni sgt widely known dkt Asia,Amerika n Australia.


6.Sicilian Mafia


Lokasi: Sicily
Jenayah: Jual dadah, political corruption, jual senjata api, pembunuh upahan, rosak hak milik awam, fraud, cetak duit palsu
Ketua: Matteo Messina Denaro (reputed)

Lepas baca artikel psl group ni teringat pulak movie assassin cam Desperado ngan Leon sbb group ni mmg professional dlm bab2 bunuh membunuh ni..kumpulan ni ada lebih kurang 100 "families" sejak kurun ke-19 lg! group mafia ni bkembang mcm pelesit lepas Lucky Luciano "eksport" mafia kat US tahun 1930s sampailah sekarang ada lebih kurang 2,500 american affiliates jadi ahli kumpulan mafia ni.


5. 14K

Lokasi: Hong Kong
Jenayah: Peras ugut, Bunuh, penculikan, perjudian,pelacuran, "Ah-Long", jual orang, cetak pemalsuan wang, sindiket dadah
Ketua: Tak diketahui

Aku xdpt byk sangat maklumat psl kumpulan ni,tp yang pastinya organisasi dorg ni antara yg terbesar kat Hong Kong dan jenayah dorg sume berprofile tinggi. Group ni jugak merebak kat bahagian Asia yang lain dan cuba utk menambahkan bilangan ahli drp Utara Amerika.


4. D-company


Lokasi: India ,United Arab Emirates
Jenayah: Senjata api, Penjualan dadah, puak pengganas, peras ugut, pemalsuan wang, assassination
Ketua: Dawood Ibrahim

Wow! ditangga ke-4 jatuh ke tangan organisasi yg diketuai oleh orang islam..emm,something interesting isn't it? Dawood Ibrahim ni pernah mengetuai pengeboman dahsyat dekat Bombay yg mengorbankan 257 orang dan mencederakan lebih kurang 700 org awam.Ibrahim ni jugak berstatus selebriti ok!..dia pernah berkecimpung dlm industri perfileman Bollywood.Merujuk kpd penasihat US,Ibrahim ni jugak ada kaitan dgn al-Qaida n Taliban dn bersembunyi kat Pakistan.Korg tau x cmane dia ni cuba menyembunyikan identiti dia? Plastic Surgery!



3. 'Ndrangheta

Lokasi: Calabria (Southern Italy)
Jenayah: Penjualan dadah,assassination, peras ugut
Ketua: "Horizontal hierarchy -- rule by assembly"

Dengan berpendapatan billions of dollars setahun dan 10,000 ahli,Italy's 'Ndrangheta merupakan organisasi penjenayah yang paling berkuasa terutama "cocaine trafficking" operation. Kumpulan ni siap keluarkan brand fast-food kat pasaran lagi!Satu lagi fakta,kumpulan ni mengukuhkan "kesetiaan" sesama ahli dorg dgn ikatan kekeluargaan ataupun dlm erti kata lain dorg ni sume sedara mara!



2. Yamaguchi-gumi

Lokasi: Kobe, Japan
Jenayah: Peras ugut, perjudian, senjata api, pelacuran, penjualan dadah,"Ah-Long"
Ketua: Shinobu Tsukasa (real name: Kenichi Shinoda)

Mesti antara korg pernah dengar nama Yamaguchi kan?tp jgn silap,dorg ni bkn pengasas barangan Gucci *lame,aku tau*. Organisasi ni diasaskan pd tahun 1915 dan sekarang dah berstatus sbg organisasi jahat yang paling berkuasa (yakuza) dan sangat merbahaya. Otai kumpulan ni ialah Kazuo Taoka. Dia ni sumpah jahatgilababi tapi crime-genius tau.Lepas kematian Kazuo, Shinobu Tsukasa pulak yang ambil alih kuasa pd tahun 2005.



1. Solntsevskaya bratva

Lokasi: Moscow, Russia
Jenayah: Peras ugut, Jual dadah, rompakan senjata api, rompakan barang2 artistik dan koleksi sejarah, assassination, pertukaran senjata api, penjualan bahan nuklear, pelacuran, pemilikan industri minyak
Boss: Sergei Mikhailov

Tidak sah lagi,senarai jenayah macam senarai barang nak beli kat kedai runcit Ah Kau..nuklear kot!! FBI siap letak title mafia ni sbg "the most dangerous people on earth"! macamsialbukan?
Founder kumpulan ni Sergei Mikhailov ialah seorang bussinessman Rusia yang sangat kaya dan sangat dikehendaki macam pembunuh Nurin Jazlin kt negara kita dulu.


So,inilah dia top10 criminal organisation in the world..tahniah buat Malaysia kerana tidak tersenarai..kpd samseng dan samdol malaysia,boleh cuba lagi tahun depan yer..!!


Resources:

  • http://en.wikipedia.org
  • www.foreignpolicy.com
  • http://news.bbc.co.uk
  • www.fbi.com
  • http://www.pbs.org
  • http://nymag.com
  • http://search.japantimes.co.jp
  • www.experiencefestival.com
  • http://findarticles.com
  • http://taiwanmatters.blogspot.com
  • http://gangstersinc.tripod.com
sekian.

p/s : terfikir,macamanalah "otai2" ni semua tidur malam.nyenyak ke diorang ni tidur ek?



1 orang ketuk pintu:

MOHAMAD FAIZ said...

haha. aku femes rupenye kat china~

Tuan Rumah

TEXTAREA_ID