Seribu Makna Buatku

Sunday, March 7, 2010

sejernih kasih (episod 8)

Shirt colour: -
mood: nothing much
song: -
on my right: hp
on my left: aircond remote


"Cukup tu angah..!!kau nak bagi mati budak ni ke..?"bentak along apabila melihat angah seperti orang yang sudah hilang akal itu.Dengan sekuat tenaganya,along menolak angah ke tepi.Boboy masih meraung menahan kesakitan.Dirinya dirasakan tidak mampu untuk bangun."Biar aku ajar budak ni along..kau tau tak apa yang budak gemuk ni buat kat adik-adik kita?..tau tak apa yang dia cakap pasal abah?!!"jerit angah,dia masih tidak puas hati.Mahu sahaja dia patah-patahkan tangan si Boboy kerana kebiadapannya selama ini.Dia mahu meneruskan sepakannya itu tetapi along segera menghalang."Dah la tu Ngah..jangan buat macamni..angah pun taukan kalau mak tau pasal ni mati kita nanti..along dah tau semuanya..Ucik yang bagitahu along..cukuplah tu,jom kita balik.."ujar along cuba untuk memujuk.Tangan angah ditariknya supaya segera mereka dapat beredar dari situ.Angah tidak dapat membuat apa-apa melainkan mengikut apa yang dikatakan oleh along.Angah tahu apa yang dikatakan along itu benar.Sekiranya Mak Zainun mengetahui tentang kejadian ini pasti dia akan berada dalam masalah besar.Tetapi walaubagaimanapun,angah tetap puas hati dapat 'mengajar' Boboy.Setelah dipujuk,kedua mereka pergi meninggalkan Boboy yang masih terbaring itu.Sebelum beredar,angah sempat memperingatkan Boboy agar tidak menganggu adik-adiknya lagi sekiranya tidak mahu pisang berbuah dua kali.Apabila kelibat angah dan along sudah tidak kelihatan lagi,Deli dan Jeli segera membantu Boboy untuk berdiri dengan mengangkatnya."Ah..jangan pegang aku..korang berdua memang tak guna..aku boleh bangun sendiri..baik korang berdua blah dari sini cepat sebelum korang pulak aku ajar..!!"marah Boboy kepada rakannya itu.Tanpa membantah,kedua mereka terus beredar dari situ sambil memandang antara satu sama lain.Boboy menyapu pakaiannya yang habis kotor terkena debu tanah itu.Seluruh anggota badannya dirasakan bisa."Aduh..sakitnya..nantilah kau anak penagih..aku report sama mak aku..kau taulah nanti langit tu tinggi ke rendah.."ujar Boboy sendirian sambil menguatkan dirinya untuk mengayuh basikal untuk pulang tetapi nyata usahanya itu gagal.Dia tidak mampu untuk mengayuh basikal kerana kedua-dua kakinya terasa amat lemah,lantas disorongnya sahaja basikal itu.

...................................................................

"Wah,sedapnya mak masak hari ni..betul-betul special ni mak.."puji Ucik apabila melihat ayam kari terhidang dihadapannya."Haah..memang mak masak special untuk Ucik ni sebab Ucik dah tolong mak jualkan kuih hari tu..jadi,ini sebagai tanda terima kasih mak pada anak mak ni..kalau Ucik selalu dapat tolong Kak Laila jual kuih,tiap-tiap hari mak boleh masak yang special-special tau..mana yang lain?pergi panggil Ucu dengan abang-abang lekas..nanti sejuk pulak makanan ni".Kata Mak Zainun kepada Ucik yang masih lagi menghidu-hidu makanan dihadapannya.Beberapa minit berselang,kesemua mereka sudahpun siap bersila dihadapan pinggan masing-masing.Dapur yang cuma berlantaikan papan tua itu masih mampu untuk menampung mereka sekeluarga untuk makan bersama-sama."Ucik,baca doa.."Ujar Along.Ucik hanya menurut.Memang sudah tugasnya untuk membaca doa setiap kali menjamu selera bersama.Laila pula sibuk menyenduk nasi untuk kesemua mereka dengan cermat.Malam itu tiada sebarang suara kedengaran memecah kesunyian mereka sekeluarga menjamu selera.Angah yang biasanya tidak suka dengan keadaan itu hanya membiarkan sahaja.Tiada apa yang perlu dicakapkan barangkali."Assalamualaikum..Kak Nun..oh Kak Nun..".Tiba-tiba satu sahutan daripada luar mengejutkan mereka sekeluarga.Mak Zainun tersentak.Hampir-hampir makanan yang baru ingin disuap ke mulut itu tercampak dari tangannya."Siapa lah tu agaknya..".Mak Zainun bingkas bangun dari tempat duduknya.Tidak mahu orang diluar ternanti-nanti.Dengan tangan yang tidak sempat dicuci,Mak Zainun menyelak engsel pintu dengan hati-hati."Waalaikumussalam....Oh..Liah,kau rupanya..terperanjat akak,naiklah atas,jemput makan sekali..akak dengan budak-budak tengah makan malam ni..Hah,Boboy pun ada sekali,naiklah rumah makcik nak.."Sahut Mak Zainun sejurus pintu dilapangkan.Liah dan anaknya si Boboy rupanya yang datang ke rumahnya.Mak Zainun mula mengesyaki sesuatu kerana Liah memang jarang datang ke rumahnya sebelum ini lebih-lebih lagi pada waktu-waktu begini.Mesti ada sesuatu yang telah berlaku.Dari riak wajah Liah dan Boboy,mereka bukan datang untuk melawat."Hmm..takpelah kak,saya datang ni pun sekejap je..macamnilah,Liah ni tak suka besarkan benda-benda kecik ni kak,tapi cuba akak tengok betul-betul kat anak saya,si Boboy ni.."Mak Zainun menapak menuruni anak tangga untuk merapati Boboy.Muka Boboy penuh dengan kesan lebam dan luka kecil.Jarinya pula berbalut kain putih.Mak Zainun tergamam."Ya Allah,apa dah jadi dengan Boboy?kenapa muka lebam-lebam ni?apa sebenarnya dah jadi ni Liah?"Mak Zainun bertanya.Cuba untuk mendapatkan kepastian."Akak jangan tanya saya,akak tanya anak akak tu..angah..apa dia dah buat kat Boboy ni ha..dah pandai nak jadi samseng kat kampung ni sampai anak orang semua dia nak kerjakan...ni nasib baik anak saya kak..kalau anak orang lain,dah lama si angah tu dah kena masuk lokap tau.."balas Liah dengan nada marah.Mukanya sinis memandang Mak Zainun.Mata Mak Zainun pula mula bergenang.Dia tidak percaya angah tergamak melakukan perkara sebegitu."Angah..dengar tak tu..kat depan tu..Mak boboy datanglah.."Bisik Ucik ke telinga angah."Angah tau...dahlah,Ucik makan je..tak baik curi dengar orang tua-tua tengah bercakap"Ujar angah,namun telinganya sudah dapat menangkap apa yang sedang berlaku.Di dalam hatinya,angah sudah dapat menduga kejadian ini pasti akan berlaku.Tapi hatinya masih lagi tenang kerana dia ada alasan kukuh mengapa dia bertindak begitu terhadap Boboy."Akak mintak maaf ye Liah..Boboy,mak cik minta maaf ya..angah tak sengaja buat macamtu kat Boboy agaknya..nanti taulah makcik nak ajar angah macamana.Boboy jangan risau.Lepas ni dia takkan berani buat macamtu kat Boboy lagi.."Ujar Mak Zainun dengan nada kesal dan merayu.Boboy tidak langsung memandang wajah Mak Zainun yang berkali-kali meminta maaf daripadanya itu.Baginya,perempuan dihadapannya itu memang seharusnya rasa bersalah dengan apa yang telah terjadi.Bagi Boboy,bukan dia yang memulakan segala apa yang telah berlaku."Hmm,oklah,kali ni Boboy maafkan,tapi kalau lain kali angah kacau Boboy,tengoklah...Boboy saja je taknak lawan dia tadi sebab Boboy tak suka gaduh-gaduh ni..Boboy ikut cakap Mak.."Balas Boboy dengan nada berpura-pura baik.Dia melirikkan senyuman ke arah ibunya selepas menghabiskan kata-katanya itu.Liah pula yang bangga dengan kata-kata yang diluahkan oleh Boboy itu terus mengusap kepala anaknya.Dihadapannya,Boboy memang seperti anak yang sangat baik dan sopan tanpa dia tahu sikap anaknya diluar penglihatannya."Dahla tu Boboy,jom kita balik..lambat dah kita ni..kata Boboy nak kasut bola baru kan?nanti tutup pulak kedai kat bandar tu.."Ujar Liah seakan-akan memanjakan seorang anak yang baru berusia 5 tahun."Yeah!kasut bola..hmm,jom-jom.."Sorak Boboy sambil terkinja-kinja."Oklah kak,saya balik dulu..jangan lupa nasihatkan anak-anak akak semua tu ya..saya taknak kejadian ni berulang..assalamualaikum.."Ujar Liah lalu menarik tangan Boboy untuk meninggalkan perkarangan teratak buruk Mak Zainun itu."Waalaikumussalam.."balas Mak Zainun sambil melihat kedua anak-beranak itu berlalu.Hati Mak Zainun kali ini benar-benar hancur.Dirasakannya seperti dia baru sahaja dianggap tidak tahu mendidik anak.Dia benar-benar kesal.Dengan perlahan kakinya menapak naik semula kerumahnya.

bersambung....

0 orang ketuk pintu:

Tuan Rumah

TEXTAREA_ID