Shirt colour: green
mood: extremely happy=)
song: -
on my right: mug
on my left: hp
Yay!jam sudah menunjukkan pukul 4.15 ptg pd tarikh 1September 2009 dimana pada detik yang sama 20 tahun lalu(1989-bg yg ada masalah utk mngira dgn pantas),seorang bayi yg agak2 comel beserta nguapan mulut yg agak besar telahpun selamat dilahirkn oleh seorang wanita yg berusia lewat 30-an itu..dilihatnya raut wajah anaknya itu sedalam-dalamnya,diseka air matanya yg seakan2 mnjemput kedatangan putera bongsunya itu kerana perasaan selamat melahirkan satu lagi nyawa kedunia ini adalah sesuatu yg diluar ungkapan kata seorang manusia melainkan yg merasainya sahaja..
2 hari kemudian;
Zaiton : Bang,nak letak nama apa anak kita ni?sekali tengok ada iras2 Jalaludin Hassan(zaman tu tgh hot dia ni..)..kasi nama dia Jalaludin jela bang ye..
Mohd Tanizzi : Ish awk ni,ada pulak nama Jalaludin nak bagi kt budak ni..tak stylo la..emm,abang ada idea ala2 Sapok Biki skrg ni..abg rasa dah ada nama nak bagi kat budak comel ni..
Zaiton : Yeke..apa dia bang?cakapla cepat..tak sabar nak dengar ni..
Mohd Tanizzi : Kita namakan dia Muhammad Jumaat nak?
Zaiton : Lah..(mulut agak ternganga mendengar nama trsebut..) td bukan main kata nama Jalaludin tak stylo,ni Jumaat ni bkn setakat tak stylo,ayah saya dgr pun boleh gelak tau..cam nama org zaman tentera Jepun je..tukarlah..next!
Mohd Tanizzi : Awk ni..kan dia ni lahir hari jumaat,so bagi jela nama dia jumaat..kan senang..lagipun nama jumaat kan maksudnya 'penghulu'
Zaiton : Tak mau lah nama tu..lagipun nnt budak ni jadi penghulu kampung je dah besar nnt ..sy nak dia jadi doktor ke..arkitek ke..emm,kalau tau,baik dari dulu abang ngan kakak2 dia kite letak nama hari jgk..cam abg long dia lahir hari selasa..xnak plak nama kan dia Mohd Selasa..yg ke2 tu,lahir hari sabtu..knp xnak letak nama sabtu je..akak dia kita bagi nama Siti Khamis..nak?
Mohd Tanizzi : emm,yela2..kita tukarlah..abis awk nak nama ape?
Zaiton : Muhammad pun dh ckup bang..kan mulia nama tu..
Mohd Tanizzi : aik,panjangnye nama..hmm,oklah,nanti abg pg daftarkan nama dia esok ye..
***selang 3 hari kemudian***
Mohd Tanizzi : Yang,ni surat beranak anak kita..(sambil menunjukkan salinan surat beranak putera barunya)
Zaiton : Apa?Muhammad Jumasri??..apasal awk letak nama Jumasri bang?xke pelik je bunyinye..kan saya kata nak Muhammad je..
Mohd Tanizzi : Hmm,saya tukar fikiran..sbb anak kita ni kan lahir hari jumaat.waktu asar..jadi,saya gabungkanlah jumaat dgn asar..jdlah JUM-ASRI..ha..jumasri la jdnye,,kreatif x sy??*sambil membuat muka separuh bangga..
Zaiton : Boleh pulak ye macamtu..emm,ikut awklah bang..dah buat pun sijilnya,nak tukar balik pun bkn boleh buat apa..jgn org silap tafsir igt anak kita ni org indon sudey..
Demikianlah alkisahnya di wad bersalin Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 1989 yg lalu..maka membesarlah putera ini hari demi hari..
kisah ini diceritakan semula oleh Zaiton binti Abdullah sbg bedtime story sewaktu aku kecik2 dulu..(*penceritaan mengikut sesuka hati penulis*)
19 tahun berselang...*Awas..more and more and more pics ahead*
p/s: terima kasih kawan2 sekalian krn anda semua telah menceriakan hari2 aku selama 20tahun aku dberi ksempatan utk hidup..terima kasih mama kerana melahirkanku dan semoga ulang tahun ke-20 ni dapat memberi seribu kemanisan utk aku terus menjadi seorang manusia yg berdikari dan matang...terima kasih semua..dan selamat hari lahir sekali lagi Muhammad Jumasri..
6 orang ketuk pintu:
Happy belated bday! ^-^
Hope yu'll find success in everything yu do~
thank u wani!!!same to u too~~
kenape gambar aku ikat tudung stail makcik tu jugak kau nak letak..haiyo..xpe2..disebabkan kau kawan aku, aku maafkan..hehehe
banyak gk gmbr aku kt sini kannnn wuhuhuhu
semoga Allah berkati hidup kau joe..
haha..mmglah byk gmbo ko sbb tiap kali aku nak bgambo,ko sering muncul dsebalik lensa kamera tanpa sempat aku berbuat apa2..*ini mmg ayat skema*
hahaha..
tq jureen..(best tak nama?..ada gaya mcm mkcik sket..huahuahua..)=)
happy belated birthday joe!
happy belated gak!!
Post a Comment