Seribu Makna Buatku

Monday, October 26, 2009

Just a fan

Shirt colour: yellow
mood: tired
song: Please dont tell her- jason mraz
on my right: solid wall
on my left: door key


Hi everyone,

Do u want to know what i've found when i was surfing the internet??

tadaa..

Ok, i admit that i purposely searching for her IC on the internet..hahaha~~
Yes, this pic was taken far way back before she become a famous artist..u can look how different she's now..


a beautiful east-look princess i can say..

opps,

one more pic to go...

hahaha..mybe someday ppl will try looking for my ic too..:p

Nite everyone..



Friday, October 23, 2009

The Arrival (Intro)

Shirt colour: Black
mood: Busy
song: -
on my right: empty mug
on my left: door key


Assalamualaikum w.b.t..

Kali ni aku betul2 serius..menonton hampir kesemua 50 episod siri kajian ini yang dipanggil "The Arrival" betul2 membuka mata aku..aku sedar,sesuatu perlu dilaksanakan segera..

tapi..

minta maaf,aku kesuntukkan masa sekarang,bagi aku peluang utk belajar dulu..exam makin hampir..aku akan mula membuat pemerhatian yg lebih mendalam tentang isu ini..dan aku pasti akan berkongsi apa yang aku perolehi..sesuatu yang mungkin dapat mengubah hidup aku dan kamu sepenuhnya..maaf,bunyinya agak serius..tapi ya,ini memang serius!

bagi aku masa..

aku janji..satu persatu akan aku selidiki..

sekian...


Thursday, October 22, 2009

Pantun Melayu Mudah Lupa!!

Shirt colour: Orange
mood: Tired
song: Rindu serindu2nya : Spoon
on my right: highlighter hijau
on my left: mp4


Fuh!! penat..baru lepas bersukan bersama rakan2..time for blogging!..AKU NAK BERPANTUN laa..

Banyak udang banyak garam
Kalau nak cari udang jangan jumpa tokey garam


Sebab pulut santan binasa
Sebab pulut juga ketupat tak laku


Sudah garahu cendana pula
Bajet tau gaharu tu rupa macamane


Pinggan tak retak nasi tak dingin
Cepat-cepatlah pergi IKEA beli pinggan baru


Paku dulang paku serpih
Paku kuali paku pakis



Lain dulang lain kakinya
Asyik2 dulang..tukarlah belanga pulak



Lain hulu lain parang
Parang2 jangan main..bahaya!!


Dahulu parang sekarang besi
Memanglah parang daripada besi..samdol!!



Daripada cempedak biarlah nangka
Sebab nangka senang sikit nak cari


Tak tumbuh tak melata
Habis semak satu laman tumbuh rumput



Orang berbudi kita berbahasa
Orang bagi duit kita ambik


Kapal belayar dalam semak
Tapi kapal mainan la..gila apa kalo kapal betul2!!


Gendang gendut tali kecapi
Perut gendut sebab lebih minum air


Kayu bongkok di balik tiang
Tiang letrik ke tiang rumah?


Keli masuk ruan keluar
Masak keli jemput aku makan sekali!


Ada ubi ada batas
Tapi aritu lupa nak buat batas ubi..camana ek?


Siakap senohong, gelama ikan duri
Woi!


Pagi petang siang malam
Asyik2 muka kau je yang menyemak..



Satu dua tiga empat
One two three four!



Lima,enam,tujuh dan lapan
Aku ngidam nak makan lalapan!


Kura-kura dalam perahu
Takkan perahu dalam kura2 pulak..



Tua-tua keladi
Muda-muda bayam


Terima kasih daun keladi
Daun keladi dah habis..tukar daun bawang pulak!


Pat-pat nya-nya
Pandai sebut boleh jadi orang cina!


Dua tiga kucing belari
Mana nak sama si kucing belang
Puas cari mana kucing tu lari
Rupa2nya kat dalam lalang

kuang3!!

p/s : Dah habis merapu..masa untuk belajar pulak!!



Monday, October 19, 2009

Tahu Nak Malu..Malu Nak Tahu

Shirt colour: Red
mood: lazy tahap dewa pemalas
song: Bukalah hatimu : Umbrella
on my right: handphone
on my left: kunci umah

Ok..kali ni aku taknak cakap kosong lagi..aku nak kembali serius..taklah serius sangat..tapii boleh tahanlah seriusnya..cuma serius aku tidaklah sampai timbul urat kepala.senak dada.ok cukup.

Tahu Nak Malu :

Perasaan segan nak mampos secara spontan dan tanpa dipaksa.Perasaan spt ini biasanya lahir apabila anda merasakan diri anda sangat sampah dan sarap dipandangan orang lain walaupun anda sbnrnya tidak dipandang oleh sapa2.


Pengalaman aku : Prnah waktu tgh pekse PMR..waktu tu aku igt lagi, paper PI(Pend Islam)..tgh syok jwb paper..tiba2 ada bunyi yg kuat gila "GEDEBUK!!" daripada belakang..jd, scara logiknya,ktorg sume toleh r blakang..rupe2nya,ckg ktorg *perempuan yg belum kahwin dan boleh dikatakan cun* dah terbungkang jatuh kebelakang siap kena hempap ngan kerusi lagi..yang paling lawak, member dia yg kt sebelah bkn nak terus tlg angkat dia, tp join ktorg skali gelak..hahaha..lawak gila babi..bayangkan muka dia cmane masa tu..dia dhla kulit putih,blushing habislah..aku rasa dia tgh duk borak apetah ngan member dia,sampai kerusi boleh trbalik..haha..kesian2..


Malu Nak Tahu :

Sikap malu2 kucing yang tidak bertempat..orang yg dalam situasi diatas mungkin bajet dirinya dah tahu sesuatu yg org lain baru nak tahu..ataupun beliau mmg mempunyai keyakinan yg sangat seciput kerana mungkin apa yang beliau nk tahu tu mngkin akan dianggap ketinggalan zaman ataupn kelihatan mcm soklan bodoh budak drjah 1.


Pengalaman aku : Haa..yang ni baru je trjadi kt slh sorg membe aku..nak g amik keta kt umah sorg membe ni..ingatkan tau jalan,lama gila aku n sorg lagi tunggu kt village*tmpt kediaman* rupe2nya baru tau yg dorg ni sesat..tula! awl2 xnak tanya rumah membe sorg ni kat mana..terus blah cmtu je..kan dah sesat..puaslah ktorg tunggu smpi bjanggut..

p/s : orang kata post aku semua panjang2..betulke??haha..aku kan suka membebel..

Sunday, October 11, 2009

Kisah yang tidak berpenghujung..

Shirt colour: white
mood: blur
song: Sang penghibur : Padi
on my right: cermin muka
on my left: kuaci bunga


Bos : Anita, get ready semua prsiapan untuk outstation khamis depan ye...kita ada mesyuarat dalam seminggu..

Anita : Abang, khamis depan saya kena pergi outstation seminggu, abang tengok2 kan rumah ye..

Teman lelaki : Mimi, khamis depan isteri saya tiada kat rumah, u datang la kat rumah i..sunyilah..

Guru tuisyen : Emm..murid2,kelas pada hari khamis minggu depan saya batalkan sebab saya ada urusan lain...

Anak : Mummy, khamis minggu depan Joe takde kelas tuisyen..so,jomla kita satu family pergi bkelah...

Isteri : Bang, anak kita takde kelas hari khamis depan, kita dah lama janji dia nak bawak pergi berkelah..

Majikan : Sarah, tolong informkan pada Datuk Ramli yang mesyuarat khamis depan dengan syarikat dia terpaksa ditangguhkan sebab saya ada urusan lain bersama keluarga..

Setiausaha : Assalamualaikum Datuk Ramli, mesyuarat minggu depan Datuk Zamri terpaksa batalkan kerana beliau ada urusan lain bersama keluarga..

Bos : Anita, kita terpaksa batalkan outstation minggu depan tu sebab client ada urusan lain..

Anita : Abang, outstation minggu depan tu dibatalkan..So, bolehlah Anita luangkan masa dengan abang nanti..

Teman lelaki : Mimi..tak jadilah isteri i nak outstation, so plan kita tu cancel la..lain kali ye sayang..

Guru Tuisyen : Murid-murid sekalian, kelas pada hari khamis minggu hadapan akan berjalan seperti biasa ye..urusan cikgu tu sudahpun diselesaikan..

Anak : Mummy, khamis depan kelas macam biasa balik..so,tak dapatlah pergi berkelah..

Isteri : Bang, picnic tu kena cancel la..Joe ada kelas pulak hari Khamis ni..exam dia dah nak dekat tu..lain kali la kita bawak dia berkelah ye..

Majikan : Sarah..tolong informkan kepada Datuk Ramli yang mesyuarat khamis hadapan kita akan buat jalankan seperti biasa..

Setiausaha : Datuk Ramli, sorry to say that yang mesyuarat khamis depan need to be proceed as usual..



ahh..penat la nak taip..pepandaila korg imagine apa yg bakal tjd seterusnya..

Saturday, October 10, 2009

sejernih kasih (episod 7)

Shirt colour: grey
mood: segar-bugar
song: kau yang bernama seri-Handy Black
on my right: cermin muka
on my left: coco pillow

Lama betul aku tak post karya aku kt sini..alasannya,ye..kematian idea..ketandusan sebab..tapi,syukur alhamdulillah,akhirnya..dpt juga aku mnerbitkan sejernih kasih(episod 7) utk bacaan kalian..*yg sudi membaca*..aku mengaku,bukan bakat aku dalam bidang penulisan ni,aku cuma cuba-cuba..mengadaptasi kemampuan aku kpd sesuatu yang aku naif..terima kasih sekali lagi kepada kamu yg sudi membacanya dan lebih-lebih lagi kepada kamu yang menantikan kemunculan setiap episod..

Baiklah..teruskanlah pembacaanmu..


"Laila,mari tolong mak potong ayam ni nak.."teriak Mak Zainun memanggil Laila yang sedang sibuk membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah masing-masing."Mak beli ayam?..kenapa mak bazirkan duit beli ayam ni..?mak nak masak apa?"ujar Laila sebaik sahaja tiba diruang dapur.Dilihatnya Mak Zainun sedang meniup arang di dapur kayunya itu."Ni mesti mak baru dapat gaji kan?"teka Laila.Dia pasti tentu ibunya baru sahaja menerima wang gaji jika tidak masakan ibunya dapat membeli daging ayam yang mahal seperti itu.Sebulan sekali pun susah untuk mereka dapat menjamu daging ayam melainkan jika Nek Som yang menghantar lauk itu."Ala nak,bukan selalu mak dapat masak daging ayam untuk kamu adik-beradik..mak tahu,kamu semua tentu suka makan ayam masak kari kan?sekali sekala apa salahnya.."ucap Mak Zainun sebaik sahaja mendengar Laila berpendapat yang dirinya cuma membazirkan wang untuk membeli ayam untuk dimakan.Bagi Mak Zainun,memang sudah lama dia memasang niat untuk memasakkan makanan yang istimewa seperti itu kepada anak-anaknya.Kalau boleh,sebulan sekali mahu dimasaknya ayam untuk santapan mereka sekeluarga,tetapi apakan daya,Mak Zainun tidak mampu untuk lakukan sedemikian."Kesian mak tengok kamu semua setiap hari berlaukkan telur dan sayur goreng je.."sambung Mak Zainun."Ala mak ni..kami adik-beradik dah biasa la mak makan macam tu..bagi Laila,apa yang mak masak semua istimewa,semua sedap..bubur gaul dengan gula pun bagi Laila dah cukup mak.."ujar Laila lagi.Laila tahu niat ibunya itu ikhlas tetapi Laila tidak mahu ibunya terpaksa bersusah payah untuk mereka."Laila,mak tahu anak mak semua anak yang baik..sudahlah tu,Laila tolong mak potong ayam ni ya..Laila tahukan?mak nak keluar petik sayur kangkung kejap..nasi atas dapur ni Laila tolong tengokkan ya.."Ujar Mak Zainun sambil menunding jarinya ke arah nasi diatas dapur kayu itu.Laila mengangguk tanda faham.Ayam yang masih lagi berada didalam plastik itu dibawanya keluar untuk dibasuh.

.........................................................................................................


"Angah..nak tahu tak,pagi tadi kan Boboy dengan kawan-kawan dia tumbuk perut Ucik..Ucik jatuh,habis kotor seluar dia.."adu Ucu kepada abangnya itu."Hah?Boboy tumbuk Ucik?kenapa..?"soal Angah yang sedang duduk di anak tangga rumahnya itu."Tak tau kenapa..mula-mula dia ejek akak Laila..dia kata..emm..ayah kita penagih dadah..penagih dadah tu apa angah?"tanya Laila ingin tahu.Mata angah terbeliak apabila mendengar apa yang dikhabarkan oleh Ucu.Hatinya mula panas."Betulke apa yang Ucu cakap ni?betul Boboy cakap camtu?"soal angah lagi mahu kepastian."Betul ngah..Ucu tak tipu..angah tak caya gi la tanya Ucik ngan kak Laila.."sambung Ucu."Kalau mak tanya,cakap angah pergi kedai kejap tau.."angah bersuara deras.Dahinya mula berkerut tanda sakit hati dengan tindakan Boboy itu.Dengan pantas angah pergi meninggalkan Ucu keseorangan di situ."Eh angah..tunggulah kejap..angah tak bagitau lagi penagih dadah tu ape..Ucu nak tau.."belum sempat Ucu mahu bertanya,angah sudahpun hilang dari pandangannya."Kalau ye pun nak gi kedai,tunggulah Ucu nak pesan cokelat dulu..ish.."rungut Ucu lalu masuk ke dalam rumah.

......................................................................................................


"Mana budak gemuk ni..!!..memang nak kena dengan aku..berani kacau adik-adik aku ye..kau ingat engkau tu anak ketua kampung aku takut ke..!!"angah berkata-kata sendirian.Dipandangnya sekitar padang permainan itu kerana dia tahu waktu-waktu begini Boboy mesti akan ke situ untuk bermain ataupun membuang masa bersama kuncu-kuncunya. Sesuatu perlu diselesaikan sekarang juga. Angah memang pantang sekiranya adik-adiknya disentuh aapalagi dipukul oleh sesiapa sahaja. Sebenarnya angah sudah tidak tahan dengan sikap sesetengah penduduk kampung itu yang suka memandang hina keluarganya. Mereka gemar mengungkit kisah silam hidup ayahnya sewaktu tinggal menetap dikampung itu dahulu yang membuatkan angah benar-benar tidak dapat menahan sabar. Kerana itu jugalah angah lebih suka menyendiri berbanding berkawan dengan anak-anak penduduk di kampung itu. Baginya mereka semua hanya bermuka-muka sahaja. Di hadapan, semuanya nampak baik dan ikhlas untuk berkawan dengannya,akan tetapi dibelakang,dirinya dihina,dicemuh. Semuanya angah biarkan sahaja,dia tidak membenarkan dirinya melatah dengan ujian sekecil itu kerana ibunya selalu menasihatinya agar bersikap sabar dan matang apabila melakukan sesuatu.Tetapi hari itu dia sudah tidak dapat menahan sabar lagi. Bukan sekali dua,tetapi sudah banyak kali aduan yang angah terima tentang sikap Boboy yang biadap itu. Tidak lama selepas itu,kelibat Boboy dan pengikut setianya,Jeli dan Deli muncul dengan berbasikal menuruni bukit untuk ke padang permainan itu. Angah menanti dengan penuh sabar,masanya telah tiba.Tanpa berfikir panjang, dia berlari ke arah Boboy yang masih belum menyedari kehadirannya itu."Buk!!..buk!!.."sebiji penumbuk diikuti sepakan padu angah hinggap di badan gempal Boboy. Boboy yang tadi sedang seronok berbasikal bersama temannya kini sudah menyembah tanah. Dia tidak sempat untuk mengelak serangan angah."Aduh...weh celaka kau!!..apasal dengan kau ni angah?! tak pasal-pasal pukul aku ni kenapa?"bentak Boboy yang masih lagi terduduk di atas tanah kerana badannya masih belum mampu untuk berdiri akibat ditumbuk oleh angah tadi. Deli dan Jeli pula hanya mampu melihat kerana masih terkejut melihat ketua mereka dipukul. "Siapa angah?bila masa mak aku kahwin ngan bapak kau?bila masa kau tu jadi adik aku hah gemuk?..oh,lagi mau tanya kenapa aku pukul kau ye..dengan adik-adik aku kau beranilah nak kutuk-kutuk,nak pukul sebab badan kau macam badak sumbu,badan diorang kecik-kecik..hah ni,badan kita nak dekat sama saiz ni..marilah kalau berani..!!"herdik angah sambil tercungap-cungap menahan rasa marahnya. Dadanya turun naik. Hatinya masih belum puas. Boboy pula cuba untuk bangun sambil dibantu oleh Deli dan Jeli. "Korang berdua baik jangan masuk campur,aku nak settle ngan badak ni dulu,pastu aku settlekan korang,tapir-tapir peliharaan badak ni pulak..."sambung angah sambil matanya tajam memberi amaran kepada Deli dan Jeli. Kedua mereka serta-merta melepaskan lengan Boboy yang tadinya dipengang kuat. Mereka memang takut dengan angah kerana mereka sedia maklum dengan kudrat angah yang memang jauh lebih kuat berbanding mereka berdua. Boboy pula kini sudah berdiri.Badannya sudah siap memasang kuda-kuda sebagai tanda ingin menyahut cabaran angah itu. Dia tidak mahu digelar pengecut jika lari meninggalkan tempat itu walau hatinya sudah mula dihurung perasaan takut. Semua kanak-kanak yang berada di padang permainan itu tercegat menyaksikan apa yang berlaku. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka dan ada juga yang beredar dari situ kerana tidak mahu menjadi saksi kejadian. "hiii..yaaakk!!"jerit Boboy sambil berlari ke arah angah.Badannya dibongkokkan seperti seekor badak yang ingin menyondol mangsanya. Angah yang dari tadi sudah bersedia berjaya mengelak dirinya daripada disondol oleh Boboy. Akibatnya,Boboy tersungkur jatuh ke dalam semak sambil mulutnya termakan rumput melekat pada mulutnya. "Puiihh!!..tak guna kau setan..!!"Ujar Boboy sambil meludahkan rumput yang termasuk ke dalam mulutnya itu. Angah hanya tertawa melihat aksi budak bebadan gempal itu. "Hahaha..sebijik macam badak jatuh semak..!!"sinis angah. Dia terus menghampiri Boboy dan menyepaknya bertubi-tubi.Boboy hanya mampu menahan sepakan angah dengan tangannya dirapatkan ke muka. Hati angah memang terlalu sakit. Memang inilah saat yang dinanti-nantikan olehnya selama ini. Baginya,orang seperti Boboy harus diajar."Angah.....!!!"tiba-tiba satu teriakan hinggap di corong telinganya.Angah menoleh ke belakang,along sedang berlari meluru ke arahnya.


Bersambung...


p/s : episod seterusnya insyaallah akan aku post bulan depan..sebulan sekali ok kan??emm,jgn ragu2 utk memberi kritikan ataupun komen trhadap hasil karya yg seciput ini..sekian~~


Thursday, October 8, 2009

WWE vs W*F

Shirt colour: grey
mood: serabai
song: sunyi
on my right: red marker pen
on my left: choki2

Semalam lpas main badminton dengan adli n azam,ktorg lepak kt Usmania..tokey kedai tu yakni berwarganegara seorang pakistan*kot* tgh sibuk layan WWE smackdown..bkn main khusyuk lg dia tgk tyangan tsbt smpi nyamuk yg bjuta2 mengerumuni kedai dia pun, dia xsedar..

Aku,azam n adli plak, sambil borak ter"join" la skali tgk gusti tu..hempap sana-sini,golek bdn org mcm steamroll,terbang cam ninja dr atas ke bwh..mcm2 lagi la aksi superhero cekodok basi yg dpaparkan..ktorg?apelagi..mengutuk habis2san smua adegan2 tsebut..*xsangka rupe2nya ktorg sekepala mmboikot WWE..*

Rage..jom rage..WWE!!

Kenapa kita patut menukar title WWE kpd WTF??

Pengadil/refree yg ter"obvious" fake :
  • Dari aku kecik smpi la ke dh tua bangkak ni,org yg aku pling xsuke berada diatas gelanggang ialah pengadil..sebok dowh..bukan dia boleh buat apepun,badan mamat yg bgusti tu bkali ganda gedabak dr dia..kononnya klu salah seorang ahli gusti ni langgar peraturan, dia akn brtindak utk marah2,warning kalau x pun suruh prlawanan tu brhenti..biasanya dia akan tengking2 penggusti tsebut scara brdepan sambil kepala trpaksa didongakkan*sbbnya lagi skali krn penggusti itu tak trcapai saizku melainkan klu pggusti trsebut Chris Benoiit ataupun Kurt Angel* laaaaaassstt result dia,pengadil tu gerenti kena penumbuk sjibik xpun kepala kena laga ngan kepala..haa,amik kau..menggelupurlah si polan tsebut..dia akan terbaring*brpura2 pengsan* kt atas gelanggang itu sehinggalah org jahat *akupun xtau mcmana ada pihak jahat n baik dlm arena gusti ni..* tiba2 melipat org baik utk finishing battle tu..tiba2 pengadil akan trsedar cam tsedar dr mimpi ngeri dan terus kira 1..2..3..ting3x!!..maka org jahat tu pun menang la secara otomatik wlupun sblm tu*masa ref tgh brlakon pengsan* org jahat tu dh kena pelangkong kaw2 ngan "hero" dlm battle tsebut..Wadefak!!
Ref baru sedar lepas kena tibai skali..sedar2 je trus finishing mode..masa utk mngira!!


Finishing mode separa normal :

  • Masa kecik2 dulu aku part finishing stunt aku paling suka.. setiap penggusti mcm The Rock,Triple H ataupun Stonecold akan ada finishing style masing2..siap ada nama lagi..Chop slam laa kuetiaw backhand laa*aku reka*.."Do u smell what The Rock is cookin' " tu jela yg aku igt smpi skrg..tp gile apa finishing moment smpi 10min..pihak yg kena belasah tgh terbaring boleh sgt sempat bangun kot..yela,ayat trademark 1min+ aksi luar tabii*finishing style* paling kurang 10min*ok melampau*..klu korg igt lagi,The Rock mesti akn tanggalkan sarung tangan dia,pusing2 mcm kipas heli selama 1min,pastu lempar kt audience yg menyalak2 kt bwh stage,tu belum lagi dia blegar2 kedepan kebalakang sume..org yg dh "ditakdirkan" kalah tu plak pura2 xboleh bangun..reda jela mlm tu dia d'arahkan' utk kalah..caitt..poodah!!

Kerusi sebagai medium mnghentak yg bkesan :

  • Haa..ni satu lagi sebahagian aksi yg disajikan utk peminat2 WWF..takat tumbuk2 sepak2 hempap2 xcool lagi brader,nak tambah ksedapan menibai dan melenyek musuh,kerusi mnjadi medium plihan utk terus merebahkan beliau..klu aku tngok,kbiasaannya kerusi2 ini akan diambil oleh penggusti drp tempat duduk commentator kalao xpun,manager dia yg pki kot hitam kemas bertali leher akan mncampakkan kerusi kpd penggusti belaannya dan terus lari trkedek2 konon2 camera x catchup apa yg dia baru buat td..haprak nak mampos..prsoalannya,knp msti kerusi?knp bukan pasu bunga ke takpun campak je refree yg comel2 tu kt phak lawan..senang..xyah susah2 nak turun g amik kerusi..dramatic sgt la tu kunun..caitttt!
Kerusi oh kerusi..

Melompat lebih tinggi :

  • Panjat tali kt edge gelanggang sangaaaatlaa disukai oleh penggusti2 bergaji nyawa ini..apekes ko nak panjat2 tali pastu terbang ala2 u jump i jump smbil mndepakan tangan bai..last2 org yg kat bawah tu jugak yg hentam ko balik..peratusan utk aksi itu berjaya ialah 33.3% sbb org yg kt bwah tu mungkin brjaya utk mengelak dgn bergolek comel ataupun org yg kt bwh akan menaikkan lutut atau telapak kaki utk siap siaga mnapakkan kakinya kedada mamat yg terbang ibarat burung serindit itu..last2 ko yg senak..baik je masa opponent tu tgh longlai ko bagi penyepak bertubi2 atau sekeh2 kepala dia*sekeh sakit dowh* yg sudah pasti akan mnghasilkan 100% probability kaedah itu akan bkesan..dogol cekodok!!

org atas : jadi ke x..jadi ke x..mtk2 la jadik,mampos aku klu xjadi..
org bawah : bajet terbang macho la sgt ye..siap kau,aku kasi makan tapak kaki aku ni..


Awas!! aksi anda dirakam :


  • W*F ini bkn saja memaparkan adegan yg lucu digelanggang malah rncangan ini juga memaparkan adegan disebalik tabir ala2 pakatan jahat oleh sesuatu pihak..perasan x?kononnya,video tu merakamkan prbualan2 yg merakamkan niat jahat utk menghentam sorg penggusti dr pihak yg lain..yg sengalnya,video2 yg sepatutnya confidential ni mstilah xkan dpt dirakam dgn mudah..mksud aku,klu dia guna contohnya cctv ke,ataupun mic yg trsembunyi ke,logikla..mknenye,adegan tu mmg xdirancang dan rahsia..ni tdk,camera plak mmg scara live ataupun dirakam oleh jurukamera yg brlegar2 sgt brdekatan dgn org yg tgh bersubahat ni siap blh zoom dpn2 muka lagi..org dungu je yg percaya adegan tu real dan bukan di"fake"kan..kan dah kantoi!!

Tumbuk bertubi2 tetapi masih kebal:

  • Ni satu lagi fake yg sangatla fake dlm W*F ni..kalo ikut logik akal la kan..brape lama ko buleh tahan kalo org tumbuk batang idung kau ataupun mnyepak abdomen penting kau spt ketiak,punggung ataupun yg *itu*..paling lama aku bagi 5kali penumbuk konpem dah menitik darah dh weh..ko jgnla bayangkan ko mnumbuk ahli gusti tu plak,konpemla 20x ko tibai perut dia,xkan ade kesan pny..mcm dorg brgaduh same2 kuat,saiz hampir2 sama,so samela mcm korg btumbuk ngan org yg sama kuat ngan ko n sama jantina..mesti xkan tahan lama pnyla..tp kalo kita tengok W*F ni,dia tumbuk opponent tu nak dekat puluh2 kali,tp cam xde kesan je..tumbuk plak tu pki bare hand n pnumbuk tu plak hinggap kat anggota badan yg bare jugak..so, sangatla pelik aku tgk kekebalan mereka2 ini..luar biasa..sepak plak pki boot..sakit badan brader,tp dorg x..cam xde kesan je..konfius aku konfius..

Fancy dress:

  • Aku rasa satu masa nanti WWE ni xmustahil akan mnjadi platform utk pereka2 fashion utk mndapatkan ilham mereka pakaian2 akrobatik ataupun apa juga jenis format pakaian..aku xsuruh korg tgk apa yg dorg pki,sbb aku rasa apa yg dorg pki tu mmg sesuai la kot dgn sukan gusti ni..xkan korg nak btumbuk pki jeans plak,kain batik ke,kain pelekat ke,mau tertanggal masa tgh battle nnt..tp apa yg aku cuba nk ckp ialah mngenai fesyen pkaian dorg tu..kaler nak fancy2,ijau muda la,kaler gold..pki topeng la,siap ada yg pki kain ikat kat leher pastu labuh kat belakang ala2 warrior zaman King Edward..xleh blah..aku rasa lagi elok kalau xde aksesori2 yg mnyesakkan nafas mcmni..buang2..!!
kaler habis jambuu..ksian aku tgk fesyen mamat debab tu,cam mumia pn ada sbb trbelit2..

p/s : kla, dah penat mengutuk..bkn apa,aku masa kecik2 pun suka je tgk WWE ni pulak tu klu ada stonecold n the rock..minat habisla..cuma makin lama makin obvious kepenipuan WWE ni..so aku declare "clash" ngan citer ni..hahaha..aku xsuka,klu ada yg fan WWE mtk mahap la yer..gua mmg nak rage WWE ckup2..wakaka~~

tadaa~~




Monday, October 5, 2009

Kata Ganda

Shirt colour: shirtless
mood: burpp~~
song:Run- Leona lewis
on my right: tisu
on my left: headphone

Kadang-kadang terfikir, mcamanalah kalau aku hidup tanpa mama..xnak!! Ya Allah,aku rela kau cabut nyawaku dulu..

Hampir-hampir aku terlupa yang xzam cuma tinggal 3minggu je lagi..blajo joe..blajor..

Seakan-akan aku tak percaya yg aku dpt perform kt BINTANG MALL..korg pernah ke??wakaka~~

Biasa-biasa aku akan ada idea nak membebel kat blog ni,tp idea dah makin ilang..bila xde kt dpan pc,rasa mcm byk je yg nak tulis,tp bile pc kt dpan mata,lesap.ilang.nothing!

Jarang-jarang aku dapat berjumpa dengan dia tp bila aku dekat dgn dia, aku rasa sedih.brsalah.dilema.dah2..pegila kau mat jiwang,aku skrg xde masa utk sume tu..

Sikit-sikit perasaan resah ni hilang bila teringatkan Dia..

Lama-lama pk, baru aku sdar yg aku banyaaaaaaaaaakkk sgt buat silap dgn orang..

Moga-moga nanti dapatlah aku tunaikan harapan semua org yang berharap pada aku..tapi....

Jangan-jangan dia yang curik mp3 aku!!...argh..tension ni..tension..tp xnak tduh sape2..

Harap-harap aku dapat jumpa balik dgn kwn2 lama yg dah trpisah..che mohd zafri,sahil amri..emm,rmi lagi..

Doa-doa korang sume hidup lagi *dtujukan buat mereka yg diatas*

Sambil-sambil menulis ni,best gak klu dengar mzik instrumental..hehe..jap ea..k,dah pasang..

Daa-daa-duum *beat lagu la..*

Bosan-bosan smlm,ajak aiman,zureen,hakam,miqdad,ajis,syafiq makan tghari kt umah..dorg tlg masak..sorry kpd yg tdk diajak..rmi yg xde masa tu..village sunyi sgtt..

Balik-balik cerita pasal rasuah..tangkap basah..lari dari rumah..jahil sgt dah ke manusia ni..??

Cuba-cuba nak kenal dgn sorg budak ni..tp segann..OMG joe..haha,lantakla..dia comel..xlawa..comel je..nak tegur takut..apekah??

Sangat-sangat sedih sbb xdpt join open house kat umah wani sbb trlibat dgn cultural day kat Bintang masa tu..bestnyer dgr dorg mkn2 kt sana..tp kat booth pun best gak..haha,mcm2 prkara yg spontan jadik..*akn dceritakan kemudian*

Susah-susah je jiha ajak makan supper td..aku xpernah suka bubur..tp bubur mlm td yg paling "umphh" prnah aku makan..thanks Jiha n Dila sbb rjin masak..lupe nak curik resipi td..hahaha,xleh blah~

ok-ok, ckuplah stakat ni..masa utk tidur..

bye-bye=)

jap-jap ada gambar sket..

diorang2 yg mnjayakan cultural day..thank u~~

Ye..saya bangga mnjadi anak melayu~~

tak tau kenapa gmbar ni perlu ada

I Malaysia!!

p/s : ada-ada je aku merepek tgh2 malam ni kan..dah2,g tdo!!

Friday, October 2, 2009

Tajuk ni panjang gila sbb sje nk buat rekod title yg paling pjg dn nk tau berapa max pktaan yg blh gna utk bt tjuk entry, rpe2nya takat ni je yg blh

Shirt colour: white
mood: tired
song:World filled with love-craig david
on my right: air nescafe
on my left: calculator

wakakaka~~

memang takde kije..

kla, byk nak story ni,tp xde masa,

so kita cite lain masa ea..bye2..!!

p/s : yes, post yg ringkas!!


Tuan Rumah

TEXTAREA_ID