Seribu Makna Buatku

Thursday, October 22, 2009

Pantun Melayu Mudah Lupa!!

Shirt colour: Orange
mood: Tired
song: Rindu serindu2nya : Spoon
on my right: highlighter hijau
on my left: mp4


Fuh!! penat..baru lepas bersukan bersama rakan2..time for blogging!..AKU NAK BERPANTUN laa..

Banyak udang banyak garam
Kalau nak cari udang jangan jumpa tokey garam


Sebab pulut santan binasa
Sebab pulut juga ketupat tak laku


Sudah garahu cendana pula
Bajet tau gaharu tu rupa macamane


Pinggan tak retak nasi tak dingin
Cepat-cepatlah pergi IKEA beli pinggan baru


Paku dulang paku serpih
Paku kuali paku pakis



Lain dulang lain kakinya
Asyik2 dulang..tukarlah belanga pulak



Lain hulu lain parang
Parang2 jangan main..bahaya!!


Dahulu parang sekarang besi
Memanglah parang daripada besi..samdol!!



Daripada cempedak biarlah nangka
Sebab nangka senang sikit nak cari


Tak tumbuh tak melata
Habis semak satu laman tumbuh rumput



Orang berbudi kita berbahasa
Orang bagi duit kita ambik


Kapal belayar dalam semak
Tapi kapal mainan la..gila apa kalo kapal betul2!!


Gendang gendut tali kecapi
Perut gendut sebab lebih minum air


Kayu bongkok di balik tiang
Tiang letrik ke tiang rumah?


Keli masuk ruan keluar
Masak keli jemput aku makan sekali!


Ada ubi ada batas
Tapi aritu lupa nak buat batas ubi..camana ek?


Siakap senohong, gelama ikan duri
Woi!


Pagi petang siang malam
Asyik2 muka kau je yang menyemak..



Satu dua tiga empat
One two three four!



Lima,enam,tujuh dan lapan
Aku ngidam nak makan lalapan!


Kura-kura dalam perahu
Takkan perahu dalam kura2 pulak..



Tua-tua keladi
Muda-muda bayam


Terima kasih daun keladi
Daun keladi dah habis..tukar daun bawang pulak!


Pat-pat nya-nya
Pandai sebut boleh jadi orang cina!


Dua tiga kucing belari
Mana nak sama si kucing belang
Puas cari mana kucing tu lari
Rupa2nya kat dalam lalang

kuang3!!

p/s : Dah habis merapu..masa untuk belajar pulak!!



2 orang ketuk pintu:

a.j. said...

best mee hailam?

jumaat_asar said...

hahah..best2..tp xdpt buat byk,kalo x dah blh bagi ayub rasa..=)

Tuan Rumah

TEXTAREA_ID