mood: segar-bugar
song: kau yang bernama seri-Handy Black
on my right: cermin muka
on my left: coco pillow
Lama betul aku tak post karya aku kt sini..alasannya,ye..kematian idea..ketandusan sebab..tapi,syukur alhamdulillah,akhirnya..dpt juga aku mnerbitkan sejernih kasih(episod 7) utk bacaan kalian..*yg sudi membaca*..aku mengaku,bukan bakat aku dalam bidang penulisan ni,aku cuma cuba-cuba..mengadaptasi kemampuan aku kpd sesuatu yang aku naif..terima kasih sekali lagi kepada kamu yg sudi membacanya dan lebih-lebih lagi kepada kamu yang menantikan kemunculan setiap episod..
Baiklah..teruskanlah pembacaanmu..
"Laila,mari tolong mak potong ayam ni nak.."teriak Mak Zainun memanggil Laila yang sedang sibuk membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah masing-masing."Mak beli ayam?..kenapa mak bazirkan duit beli ayam ni..?mak nak masak apa?"ujar Laila sebaik sahaja tiba diruang dapur.Dilihatnya Mak Zainun sedang meniup arang di dapur kayunya itu."Ni mesti mak baru dapat gaji kan?"teka Laila.Dia pasti tentu ibunya baru sahaja menerima wang gaji jika tidak masakan ibunya dapat membeli daging ayam yang mahal seperti itu.Sebulan sekali pun susah untuk mereka dapat menjamu daging ayam melainkan jika Nek Som yang menghantar lauk itu."Ala nak,bukan selalu mak dapat masak daging ayam untuk kamu adik-beradik..mak tahu,kamu semua tentu suka makan ayam masak kari kan?sekali sekala apa salahnya.."ucap Mak Zainun sebaik sahaja mendengar Laila berpendapat yang dirinya cuma membazirkan wang untuk membeli ayam untuk dimakan.Bagi Mak Zainun,memang sudah lama dia memasang niat untuk memasakkan makanan yang istimewa seperti itu kepada anak-anaknya.Kalau boleh,sebulan sekali mahu dimasaknya ayam untuk santapan mereka sekeluarga,tetapi apakan daya,Mak Zainun tidak mampu untuk lakukan sedemikian."Kesian mak tengok kamu semua setiap hari berlaukkan telur dan sayur goreng je.."sambung Mak Zainun."Ala mak ni..kami adik-beradik dah biasa la mak makan macam tu..bagi Laila,apa yang mak masak semua istimewa,semua sedap..bubur gaul dengan gula pun bagi Laila dah cukup mak.."ujar Laila lagi.Laila tahu niat ibunya itu ikhlas tetapi Laila tidak mahu ibunya terpaksa bersusah payah untuk mereka."Laila,mak tahu anak mak semua anak yang baik..sudahlah tu,Laila tolong mak potong ayam ni ya..Laila tahukan?mak nak keluar petik sayur kangkung kejap..nasi atas dapur ni Laila tolong tengokkan ya.."Ujar Mak Zainun sambil menunding jarinya ke arah nasi diatas dapur kayu itu.Laila mengangguk tanda faham.Ayam yang masih lagi berada didalam plastik itu dibawanya keluar untuk dibasuh.
.........................................................................................................
"Angah..nak tahu tak,pagi tadi kan Boboy dengan kawan-kawan dia tumbuk perut Ucik..Ucik jatuh,habis kotor seluar dia.."adu Ucu kepada abangnya itu."Hah?Boboy tumbuk Ucik?kenapa..?"soal Angah yang sedang duduk di anak tangga rumahnya itu."Tak tau kenapa..mula-mula dia ejek akak Laila..dia kata..emm..ayah kita penagih dadah..penagih dadah tu apa angah?"tanya Laila ingin tahu.Mata angah terbeliak apabila mendengar apa yang dikhabarkan oleh Ucu.Hatinya mula panas."Betulke apa yang Ucu cakap ni?betul Boboy cakap camtu?"soal angah lagi mahu kepastian."Betul ngah..Ucu tak tipu..angah tak caya gi la tanya Ucik ngan kak Laila.."sambung Ucu."Kalau mak tanya,cakap angah pergi kedai kejap tau.."angah bersuara deras.Dahinya mula berkerut tanda sakit hati dengan tindakan Boboy itu.Dengan pantas angah pergi meninggalkan Ucu keseorangan di situ."Eh angah..tunggulah kejap..angah tak bagitau lagi penagih dadah tu ape..Ucu nak tau.."belum sempat Ucu mahu bertanya,angah sudahpun hilang dari pandangannya."Kalau ye pun nak gi kedai,tunggulah Ucu nak pesan cokelat dulu..ish.."rungut Ucu lalu masuk ke dalam rumah.
......................................................................................................
"Mana budak gemuk ni..!!..memang nak kena dengan aku..berani kacau adik-adik aku ye..kau ingat engkau tu anak ketua kampung aku takut ke..!!"angah berkata-kata sendirian.Dipandangnya sekitar padang permainan itu kerana dia tahu waktu-waktu begini Boboy mesti akan ke situ untuk bermain ataupun membuang masa bersama kuncu-kuncunya. Sesuatu perlu diselesaikan sekarang juga. Angah memang pantang sekiranya adik-adiknya disentuh aapalagi dipukul oleh sesiapa sahaja. Sebenarnya angah sudah tidak tahan dengan sikap sesetengah penduduk kampung itu yang suka memandang hina keluarganya. Mereka gemar mengungkit kisah silam hidup ayahnya sewaktu tinggal menetap dikampung itu dahulu yang membuatkan angah benar-benar tidak dapat menahan sabar. Kerana itu jugalah angah lebih suka menyendiri berbanding berkawan dengan anak-anak penduduk di kampung itu. Baginya mereka semua hanya bermuka-muka sahaja. Di hadapan, semuanya nampak baik dan ikhlas untuk berkawan dengannya,akan tetapi dibelakang,dirinya dihina,dicemuh. Semuanya angah biarkan sahaja,dia tidak membenarkan dirinya melatah dengan ujian sekecil itu kerana ibunya selalu menasihatinya agar bersikap sabar dan matang apabila melakukan sesuatu.Tetapi hari itu dia sudah tidak dapat menahan sabar lagi. Bukan sekali dua,tetapi sudah banyak kali aduan yang angah terima tentang sikap Boboy yang biadap itu. Tidak lama selepas itu,kelibat Boboy dan pengikut setianya,Jeli dan Deli muncul dengan berbasikal menuruni bukit untuk ke padang permainan itu. Angah menanti dengan penuh sabar,masanya telah tiba.Tanpa berfikir panjang, dia berlari ke arah Boboy yang masih belum menyedari kehadirannya itu."Buk!!..buk!!.."sebiji penumbuk diikuti sepakan padu angah hinggap di badan gempal Boboy. Boboy yang tadi sedang seronok berbasikal bersama temannya kini sudah menyembah tanah. Dia tidak sempat untuk mengelak serangan angah."Aduh...weh celaka kau!!..apasal dengan kau ni angah?! tak pasal-pasal pukul aku ni kenapa?"bentak Boboy yang masih lagi terduduk di atas tanah kerana badannya masih belum mampu untuk berdiri akibat ditumbuk oleh angah tadi. Deli dan Jeli pula hanya mampu melihat kerana masih terkejut melihat ketua mereka dipukul. "Siapa angah?bila masa mak aku kahwin ngan bapak kau?bila masa kau tu jadi adik aku hah gemuk?..oh,lagi mau tanya kenapa aku pukul kau ye..dengan adik-adik aku kau beranilah nak kutuk-kutuk,nak pukul sebab badan kau macam badak sumbu,badan diorang kecik-kecik..hah ni,badan kita nak dekat sama saiz ni..marilah kalau berani..!!"herdik angah sambil tercungap-cungap menahan rasa marahnya. Dadanya turun naik. Hatinya masih belum puas. Boboy pula cuba untuk bangun sambil dibantu oleh Deli dan Jeli. "Korang berdua baik jangan masuk campur,aku nak settle ngan badak ni dulu,pastu aku settlekan korang,tapir-tapir peliharaan badak ni pulak..."sambung angah sambil matanya tajam memberi amaran kepada Deli dan Jeli. Kedua mereka serta-merta melepaskan lengan Boboy yang tadinya dipengang kuat. Mereka memang takut dengan angah kerana mereka sedia maklum dengan kudrat angah yang memang jauh lebih kuat berbanding mereka berdua. Boboy pula kini sudah berdiri.Badannya sudah siap memasang kuda-kuda sebagai tanda ingin menyahut cabaran angah itu. Dia tidak mahu digelar pengecut jika lari meninggalkan tempat itu walau hatinya sudah mula dihurung perasaan takut. Semua kanak-kanak yang berada di padang permainan itu tercegat menyaksikan apa yang berlaku. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka dan ada juga yang beredar dari situ kerana tidak mahu menjadi saksi kejadian. "hiii..yaaakk!!"jerit Boboy sambil berlari ke arah angah.Badannya dibongkokkan seperti seekor badak yang ingin menyondol mangsanya. Angah yang dari tadi sudah bersedia berjaya mengelak dirinya daripada disondol oleh Boboy. Akibatnya,Boboy tersungkur jatuh ke dalam semak sambil mulutnya termakan rumput melekat pada mulutnya. "Puiihh!!..tak guna kau setan..!!"Ujar Boboy sambil meludahkan rumput yang termasuk ke dalam mulutnya itu. Angah hanya tertawa melihat aksi budak bebadan gempal itu. "Hahaha..sebijik macam badak jatuh semak..!!"sinis angah. Dia terus menghampiri Boboy dan menyepaknya bertubi-tubi.Boboy hanya mampu menahan sepakan angah dengan tangannya dirapatkan ke muka. Hati angah memang terlalu sakit. Memang inilah saat yang dinanti-nantikan olehnya selama ini. Baginya,orang seperti Boboy harus diajar."Angah.....!!!"tiba-tiba satu teriakan hinggap di corong telinganya.Angah menoleh ke belakang,along sedang berlari meluru ke arahnya.
Bersambung...
p/s : episod seterusnya insyaallah akan aku post bulan depan..sebulan sekali ok kan??emm,jgn ragu2 utk memberi kritikan ataupun komen trhadap hasil karya yg seciput ini..sekian~~
0 orang ketuk pintu:
Post a Comment