Shirt colour: black
mood: tengah serabut.
song: kawan-UNIC
on my right: beg laptop
on my left: pintu
mood: tengah serabut.
song: kawan-UNIC
on my right: beg laptop
on my left: pintu
“Along,cepatlah,jomlah balik weh,aku dah penat ni..hari pun dah nak gelap,nanti mak risau pulak kalau lambat balik..”Angah merungut kepada abangnya sambil tali jorannya ditarik keluar.Matanya asyik melihat langit yang menanti gelap itu."Kau dapat berapa ekor Ngah?cukup ke lima ekor?kalau tak cukup jangan balik!"tegas along pula yang masih lagi tertumpu dengan mata kailnya itu."Ala,tiga ekor je aku dapat,ikan puasa hari ni..jom jela kita balik."Ujar Angah lagi."Hish,kau ni,tadi kata nak mengail sangat,sekarang merengek nak balik pulak..ikan tu bukannya puasa,umpan yang kau bagi tu kurus-kurus kelengkeng macam kau jugak,mana ikan nak makan..yela,jomla kita balik,cepat kemas kumpul ikan tu...aa..ngah..cis,tak guna kau tinggalkan aku sorang-sorang,tunggu kau kat rumah nanti.."Belum sempat Along menghabiskan kata-katanya,angah sudah pun memecut dengan basikalnya meninggalkan dirinya keseorangan di hutan itu."Membebel lagi,kan dah kena tinggal..padan muka!!"sahut angah dari jauh,suaranya masih boleh didengari dari tempat along berdiri.Dikutipnya ikan-ikan yang diperolehinya itu dan diikatnya dengan menggunakan akar seakan tali itu."Alhamdulillah,dapat jugak rezeki malam ni."Along berbisik sendirian.Basikalnya dikayuh dengan perlahan,mukanya terukir senyuman puas dengan hasil tangkapannya.
"Assalamualaikum mak..kami dah balik."Teriak angah dari luar rumahnya.Basikal buruk itu diletakkannya dibawah rumah. "Waalaikumussalam,dah balik pun..kenapa lambat sangat balik ni?risau mak tau..aik,alongnya mana?kenapa angah sorang je ni?"ujar Mak Zainun yang memerhatikan angah keseorangan dari jendela rumahnya itu."Along lembab,kena tinggal sorang-sorang..kejap lagi sampai la tu.."jawab angah dengan nada kepenatan."Ya Allah,kenapa main tinggal-tinggal pulak ni?kenapa angah tak tunggu along?hish budak bertuah ni..dah,pergi mandi cepat,dah senja ni,kejap lagi azan maghrib,tak sempat nak jemaah pulak."arah Mak Zainun."Baiklah mak."Angah terus meluru masuk ke dalam biliknya,diambilnya tuala yang tersangkut di belakang pintu.Punggungnya dilabuhkan ke tilam karana kakinya seakan berat untuk melangkah.Mungkin kerana kepenatan."Hah,sampai pun along..kenapa lambat sangat balik..?"ujar Mak Zainun sebaik sahaja along muncul dihadapannya.Basikal yang separuh usianya itu diletakkan bersebelahan basikal angah."Mak..tengok ni,along dapat banyak ikan..ada ikan keli,baung,anak seluang..hmm,bolehlah buat lauk untuk makan tengahari esok..goreng pon sodap.."seloroh along selamba sambil tersengih dihadapan ibunya.Dia tahu ibunya memang benar-benar bimbangkan mereka berdua."Yela,kalau ye pun,jangan la sampai senja baru nak balik ..basikal dah tak berlampu..nanti jadi apa-apa mak jugak yang susah hati tau.."ujar Mak Zainun."Minta maaf mak,along janji takkan balik lewat lagi.."Along menjawab dengan kepalanya ditundukkan."Mak..!!ikan 3 ekor yang besar tu angah yang dapat mak,along dapat semuanya kenit-kenit macam dia jugak.."Sahut angah dari dalam bilik,sengaja untuk mengusik abangnya."Eh,budak ni nak kena agaknya..dahlah tinggalkan along sorang-sorang tadi..nanti kau Ngah..nak bagi merasa luku along sikit.."Ucap along.Tangga rumahnya dipijak satu demi satu dan terus meluru ke dalam bilik.Mak Zainun hanya melihat telatah anaknya itu sambil kepalanya digeleng kecil."Dah,pergi mandi dua-dua cepat,hari dah malam ni..!!"jerit Mak Zainun apabila mendengar teriakan angah yang berlari dikejar oleh abangnya.
Selesai sahaja solat maghrib berjemaah yang seperti biasa diimamkan oleh Along,masing-masing ke dapur untuk makan malam.Laila dan ibunya sudah menghidangkan makanan."hmm,sedapnya bau.."ujar Ucu memulakan perbualan sambil membongkokkan badannya dan menghidu hidangan yang tersedia seperti baru malam itu hidangan sebegitu disediakan oleh ibu dan kakaknya."Ucu,tak eloklah bau makanan macam tu..nanti masuk bulu hidung tu dalam lauk nanti,takda siapa sanggup nak makan.."Tegur angah apabila menyaksikan tingkah laku adiknya itu.Malam itu mereka makan dengan berselera dan cukup sederhana.Nasi putih berlaukkan ikan kering,sayur keledek,telur dadar dan telur masin sudah memadai bagi mengisi perut mereka anak-beranak.Sayur keledek memang kesukaan Ucu dan Ucik,jadi memang benar malam itu ibunya memasak sesuatu yang istimewa seperti kata kakaknya tadi.Kehidupan keluarga Mak Zainun memang serba kekurangan,kadangkala mereka makan sekali sehari,lauk tengahari dibawa ke malam,apa yang ada itulah yang dapat disajikan.Pernah mereka hanya berlaukkan nasi dan air garam berserta kicap.Mereka masih berselera.Mak Zainun sentiasa memperingatkan kepada setiap anak-anaknya supaya sentiasa bersyukur kerana masih lagi bertuah mempunyai tempat berteduh dan mampu untuk mengisi perut kerana Mak Zainun tahu diluar sana terdapat ramai lagi keluarga yang menghadapi kesukaran hidup yang lebih perit dari mereka.Justeru,anak-anak Mak Zainun yang sentiasa memahami, tidak hairan tentang soal makan.Apa yang dimasak oleh ibu mereka akan dijamu tanpa sebarang rungutan."Mak,esok cuti sekolah,angah ingat nak pergi tolong Pak Usop potong getah kat ladang Haji Sani tu..Angah nak cari duit sebab nak tampal tayar basikal tu..dah bocor..nanti susah nak pergi sekolah pulak.Pak Usop kata nanti dia bagi upah..bolehkan mak?"Angah tiba-tiba bersuara seperti tidak suka waktu makan mereka seisi keluarga sunyi sepi."Angah laratke nak pergi menoreh getah..?setahu mak,angah tak pernah kerja potong-potong getah ni..nanti elok-elok nak tolong Pak Usop, lain pulak jadi pokok getah tu angah kerjakan..susah pulak dia nanti."ujar Mak Zainun yang tahu angah memang tidak langsung tahu cara yang betul untuk menoreh getah.Selama ini,along yang selalu mengikutinya pergi mengambil upah menoreh getah."Ala mak ni,jangan lah pandang rendah kat angah,lagipun Pak Usop kata nanti dia ajarkan macamana nak potong getah..bolehnya nanti.."Angah cuba untuk meyakinkan ibunya."Hmm..kalau angah dah cakap macamtu mak tak risaulah,angah pergilah..tapi ingat,nama pun tolong dan nak ambil upah,jangan curi tulang pulak nanti..kesian Pak Usop tu pulak buat kerja sorang-sorang nanti..esok sebelum pergi mak bekalkan lempeng kelapa ya.."Tambah Mak Zainun.Walaupun dia masih tidak yakin dengan kebolehan anaknya,tetapi dia tahu,angah memang seorang yang cepat belajar."Angah tahu ke nak bezakan pokok getah dengan pokok rambutan..Ucu takut angah tersilap potong pokok rambutan pulak..hehe.."Usik Ucu yang petah berkata-kata itu sambil diikuti gelak kecil adik-beradiknya yang lain."Oh..Ucu perli angah ya..takpe,nanti bila angah dah dapat upah tu nanti,angah taknak belanja Ucu aiskrim ladipop..angah belanja Ucik dengan Kak Laila je nanti.."Balas angah sambil mengerling ke arah Ucu yang masih tersengih kecil dengan usikkannya sendiri tadi."Ala angah,mana aci,Ucu nak jugak aiskrim ladipop..nak jugak..Ucu gurau je tadi.."Sengihan Ucu terhenti dan bertukar pujukan kepada abangnya."Aci kat kedai.."kata angah bergurau."Tau takut orang taknak belanja dia makan aiskrim..oklah,angah janji nanti angah belikan ya.."Sambung angah sambil melemparkan senyuman semanis janjinya kepada Ucu.Dia tidak mahu Ucu terus merajuk kerana angah tahu adiknya itu sukar untuk dipujuk.Selesai makan malam, Laila,Ucik dan Ucu bersiap untuk pergi mengaji dirumah Nek Som yang bersebelahan dengan rumah mereka.Nek Som tinggal bersama dengan anaknya,Amir yang sudah bujang berusia 21 tahun.Nek Som juga senasib dengan Mak Zainun kerana ketiadaan suami tetapi bukanlah kerana ditinggalkan,tetapi meniggal dunia.Suami Nek Som menghadap ilahi sewaktu Amir di tingkatan lima lagi kerana kemalangan ditempatnya berkerja.Semenjak itu Nek Som dan Amir tinggal berdua dirumah pusaka itu.Dia juga sudah menganggap anak Mak Zainun seperti cucu-cucunya sendiri memandangkan usianya yang sudah lanjut itu.Nek Som turut bersimpati dengan nasib keluarga itu.Kadangkala Nek Som menghantar lauk kepada Mak Zainun jika berlebih.Tetapi Nek Som juga hidup serba sederhana.Berbekalkan wang simpanan yang ditinggalkan suaminya dan mengambil upah menjahit pakaian,Nek Som menampung hidupnya dua beranak.Amir pula bekerja sambilan di kilang yang sama dengan Mak Zainun sebagai juruteknik kilang.Nek Som juga menjadi tempat Mak Zainun mengadu masalah dan meluahkan apa yang terbuku dihatinya.Pertalian mereka sudah lebih daripada sekadar jiran,tetapi seperti kakak dan adik.Nek Som sendiri yang menawarkan diri untuk mengajar anak-anak Mak Zainun mengaji baik daripada Along sehinggalah Ucu,kesemua mereka belajar mengaji dengan Nek Som.Along dan angah sudahpun khatam Al-Quran,yang tinggal hanyalah Laila dan adik-adiknya yang masih belum habis menamatkan 30 juzuk Al-Quran."Mak,Laila dengan adik-adik pergi mengaji dulu ya..assalamualaikum.."Ujar Laila yang sudahpun bersiap untuk ke rumah Nek Som."Yela..jalan baik-baik ya..waalaikumussalam."Balas Mak Zainun yang masih sibuk mengemas dapur lagi.Along dan angah pula sibuk memasang pelita di ruang depan rumahnya yang gelap gelita.Waktu begini mereka akan bersama-sama membuat kerja sekolah yang diberi guru ataupun mengulangkaji pelajaran.Bersuluhkan pelita yang ada,angah dan along khusyuk menelaah pelajaran.Tentang keselesaan,mereka tidak hiraukan,gigitan nyamuk mereka seakan kebal,begitulah yang dapat digambarkan betapa tabahnya anak-anak itu.Sama seperti ibunya.
bersambung..
3 orang ketuk pintu:
jap jap.. time nie ang umoq brapa weyh?
5thn?
haha..suke ati ang je..aku xde kena mengena ngan cite ni la ngong..cerita ini hanya rekaan semata2..
eh.. ingatkn ang crita pasai time ang kecik...
la
Post a Comment