Seribu Makna Buatku

Wednesday, July 22, 2009

sejernih kasih(episod 3)

Shirt colour: grey
mood: sad.=(
song: bitter heart-zee avi
on my right: hp
on my left: earphone



"Nak potong getah bukan susah Ngah..Angah tengok macamana Pak Usop buat ni.."ujar Pak Usop kepada angah yang berdiri disebelahnya.Mata pemotong ditakuk ke pokok getah itu dan ditariknya mengikut alur pokok sehinggalah mencecah ke corong aluminium yang tertancap didada pokok.Tidak lama kemudian setitik demi setitik susu getah menuju masuk ke dalam mangkuk getah yang tersangkut dileher pokok itu.Angah memerhati dengan penuh khusyuk."Hah..macamnilah..senang je kan?..ala,angah buat perlahan-lahan nanti lama-lama mahirlah.."sambung Pak Usop."Alaa..senang je tu Pak Usop..angah ingatkan susah sangat..angah boleh buat ni.."ujar angah dengan yakin sambil tersenyum ke arah Pak Usop."Hah,baguslah kalau angah cakap macamtu..hmm..angah toreh pokok kat baris depan ni,Pak Usop kat barisan belakang tu hah..banyak pokok kat belakang tu yang tak bertoreh..kalau ada apa-apa panggil Pak Usop ya..hati-hati dengan mata pisau ni,tajam.."nasihat Pak Usop lalu berlalu meninggalkan angah di situ."Don't worry Pak Usop,semuanya angah settlekan nanti."jawab angah cuba untuk menyedapkan hati orang tua itu.Tidak lama selepas Pak Usop beredar,angah pun memulakan kerjanya dengan penuh tertib.Segala apa yang ditunjukkan oleh Pak Usop tadi ditirunya dengan penuh berhati-hati.Didalam fikirannya cuma teringatkan wang upah yang bakal diterimanya apabila selesai kerja itu nanti.Tayar basikalnya perlu ditampal,jika tidak dia terpaksa berjalan kaki sejauh 5 kilometer dari rumahnya untuk kesekolah.


"Kuih...kuih...kuih..kuih.."teriak Laila sambil berjalan disekitar kampung itu.Bakul yang sarat dengan kuih-muih yang dibuat oleh Mak Zainun itu dijinjitnya kuat.Masih tiada siapa yang mahu membeli kuih itu.Matahari yang menegak di atas kepalanya dihiraukan begitu sahaja.Apa yang Laila pasti,kesemua kuih itu harus terjual sebelum kakinya melangkah pulang."Akak,Ucik rasa orang banyak tengah tidurlah..kan waktu-waktu macamni biasanya mak suruh kita tidur..Ucik rasa diorang pun macamtu jugak.."ujar Ucik yang turut bersama mengikuti kakaknya menjaja kuih disekitar perkampungan itu.Tangan kanannya rapi mengengam baju kakaknya itu sambil berjalan."Sabar dik..kejap lagi adalah tu.."balas Laila."Dik,mari sini..."tiba-tiba Laila terdengar seseorang memanggil mereka.Tanpa menunggu,Laila dan Ucik segera menuju ke arah perempuan yang memanggil mereka itu yang berdiri dipintu rumahnya."Barangkali orang nak beli kuih ni agaknya..alhamdulillah"bisik Laila didalam hati."Akak nak beli kuih..?soal Laila sebaik sahaja perempuan itu berada dihadapannya."Kuih apa yang ada dalam bakul tu?"balas perempuan itu,seakan berminat untuk membeli."Ada kuih keria,karipap,donut..hmm..kuih cek mek molek pun ada kak..akak nak mana satu?biar saya bungkuskan."Jawab Laila bersungguh-sungguh.Ucik dari tadi hanya memerhatikan tingkah kakaknya sahaja.Dia tidak pandai bagaimana mahu berurusan seperti kakaknya itu.Ucik masih belajar."Hmm..bagi akak kuih keria dua ringgit,karipap tu bagi tiga ringgit ya."Perempuan muda itu akhirnya membuat keputusan.Tanpa menunggu,Laila pun membungkuskan kuih seperti yang diminta oleh perempuan itu."Ini duitnya ya.."kata perempuan itu sambil menghulurkan wang kepada Laila.Wang itu dikira Laila dengan cermat."Satu..dua..tiga..empat..lima...cukup..terima kasih kak.."ujar Laila sambil lima keping duit kertas satu ringgit itu dimasukkan ke dalam sakunya.Laila dan Ucik meneruskan perjalanan mereka menjaja kuih-muih itu.Rezeki mereka murah pada hari itu kerana kesemua kuih-muih itu terjual juga akhirnya."Syukur dik,semuanya dah habis..mesti mak suka nanti.."Ujar Laila sambil melihat bakulnya yang tadi berisi penuh dengan kuih-muih akhirnya kosong.Wajahnya terukir senyuman."Yeye..dah habis..jom kita balik kak..Ucik nak balik tengok cerita kartun kat rumah Nek Som ni..jom kak.."kata Ucik yang terlompat-lompat kesukaan sambil baju kakaknya itu ditarik tanda mahu mengajaknya pulang kerumah segera.Ucik tahu hati kakaknya kini sudah lega kerana kesemua kuihnya laku dijual."Hish,tak habis-habis kartun..perangai pun macam kartun..yela..yela..jom kita balik.Mak pun mesti tengah tunggu kita ni."jawab Laila.Kedua beradik itu pun terus berjalan pulang dengan hati yang gembira.Sangat gembira.


" You punya mak ada rumah tak adey?"Tanya Aci Mala kepada along.Aci Mala ialah seorang tokey kedai runcit dikawasan Mak Zainun tinggal."Mak saya kerjalah aci..dia tak ada kat rumah..kenapa aci?"soal along sambil meletakkan susu dan botol kicap itu dimeja kaunter untuk dikira."Tak ada apa,aci cuma mau adey kasitau sama adey punya emak,ini dua bulan punya hutang bila mau bayar..itu saja."jawab Aci Mala sambil mengeluarkan buku 555 bersaiz tapak tangan itu dari peti duitnya.Di atas buku kecil tersebut tertera nama Zainun."Oh,itu macamkah aci..berapa itu hutang semua?"Along bertanya."Adey kasi tengok sendiri..ini dia.."jawab Aci Mala sambil buku kecil itu diserahkan kepada along untuk dilihatnya sendiri.Along membelek buku kecil itu,dilihatnya semua hutang-hutang ibunya dikedai tersebut yang tidak berbayar selama 2 bulan.Kesemuanya RM 575."Kalau tak boleh bayar semua,bayar sedikitpun aci tada kisah."sambung Aci Mala lagi."Hmm..baiklah aci,nanti saya cakap sama mak saya ya..ini barang aci tolong kira berapa..masuk buku juga ya aci.."jawab along tenang.Sesudah barang yang hendak dibelinya itu dibungkus,along beredar keluar dari kedai runcit kampung itu.Basikalnya dikayuh menuju ke rumah.Pesanan Aci Mala tadi harus dia sampaikan kepada ibunya walaupun berat.Along tahu ibunya terpaksa berhutang bagi menampung perbelanjaan sehariah hidup mereka sekeluarga.Dengan berpendapatan RM400 sebulan dan tidak menentu itu,Ibunya sedaya upaya cuba untuk membelanjakannya dengan cermat.Rumah usang yang mereka diami itu pun disewa RM150 pada awalnya.Tetapi atas simpati daripada tuan rumah,dia bersetuju untuk menurunkan harga sewa RM100 sebulan.Along lebih mengerti berbanding adik-adiknya yang lain apa yang dirasai ibunya.Along tahu,ibunya mahukan dia berjaya dalam pelajaran kerana ilmulah yang dapat menjamin masa depan mereka nanti dan adik-adiknya dapat mencontohi langkahnya apabila berjaya kelak.Basikal itu dikayuh semakin laju kerana along dapat merasakan setitik demi setitik air hujan mula menerpa kulitnya.Entah bila langit yang tadi cerah bertukar mendung pun along tidak perasan."Aduh,nak hujan pulak..tadi cerah je aku tengok..haish.."along berkata sendirian.Kayuhannya menjadi semakin pantas.Dia tidak mahu pulang dengan basah kuyup dek kerana bermandikan hujan.Lusa dia akan bersekolah,jadi dia tidak mahu terpaksa ambil cuti sakit akibat demam kerana terkena hujan.


bersambung..


p/s: kisah ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan hidup sesiapa mahupun si penulis..harap maklum..


0 orang ketuk pintu:

Tuan Rumah

TEXTAREA_ID