Seribu Makna Buatku

Saturday, July 25, 2009

sejernih kasih(episod 4)

Shirt colour: shirtless
mood: *buzy*(mood gak ke ni?)
song: seindah biasa-Dato' Siti
on my right: pasu kecik kaler biru
on my left: earphone

Ok..kepada pembaca setia siri 'Sejernih Kasih',aku nak ucapkn ribuan terima kasih n teruskn mengikuti kisah ini sebab banyak lagi yg bakal menanti..tunggu..!!



Hujan semakin lebat diikuti dentuman petir silih berganti.Angah masih tidak balik-balik lagi.Mak Zainun makin risau.Sejak keluar pergi menoreh getah bersama Pak Usop tadi,angah belum juga pulang.Setitis demi setitis air hujan menitik masuk kerumah kerana atap zink yang sudah tua itu berlubang.Tanpa disuruh,Laila menadah air yang menitik itu menggunakan sebuah mangkuk.Ucu dan Ucik pula masih dirumah Nek Som sejak petang tadi.

"Along.. tolong mak nak..ambil kain kanvas kat belakang ,tutup kayu api kat luar tu..nanti habis basah kayu api tu..!!"Jerit Mak Zainun kerana bunyi hujan yang menerpa atap zink itu terlalu kuat bunyinya.

"Baiklah mak..."arahan Mak Zainun itu segera disahut oleh along.Along tahu sekiranya kayu api itu dibasahi hujan maknanya ia tidak dapat digunakan lagi.Dia berlari ke belakang rumahnya,kain kanvas itu segera ditarik dan kayu api yang berlonggok itu ditutupnya dengan kain tersebut

"Assalamualaikum..."teriak satu suara dari depan rumah.

"Angah..waalaikumussalam.."along pasti itu suara adiknya.Tapi kali ini angah pulang tanpa basikalnya."Kenapa kau lambat balik Ngah?risau mak tau..kau pergi mana..basikal mana?"soal along.Dilihatnya angah seperti tidak berdaya.Badannya menggigil kesejukkan.

"Nan..ti..lah a..ngah ce..ri..ta.."Jawab angah tersekat-sekat dan terus naik kerumahnya dengan basah kuyup.

"Laila,ambilkan tuala untuk angah.."Ujar along sebaik melihat angah benar-benar seperti orang yang tidak berdaya itu.Along pasti sesuatu telah berlaku pada angah.

.......................................................


"Dah la Ngah..jangan menangis lagi ya..mungkin basikal tu bukan rezeki angah..nak buat macamana.."pujuk Mak Zainun pada angah yang teresak-esak menceritakan kehilangan basikalnya itu.

"Betul cakap mak tu angah,mungkin hari ni angah hilang harta yang angah sayang,esok lusa..angah dapat harta yang lagi berharga.."ujar Laila pula cuba untuk meredakan kesedihan abangnya.Angah terlalu sedih kerana basikal kesayangannya hilang sewaktu di pekan tadi.Selesai menoreh dan mendapat upah yang diberi oleh Pak Usop,angah terus ke pekan untuk menampal tayar basikalnya itu.Selepas menampal tayar,angah berhenti seketika di kedai untuk membeli aiskrim yang dijanjikan kepada adik-adiknya.Sejurus keluar dari kedai tersebut,basikal angah tidak lagi kelihatan.Puas dia mencari disekitar kawasan tersebut tetapi tidak berhasil.Disebabkan kehilangan basikalnya itu,angah terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 10 kilometer untuk pulang ke rumah.Semua aiskrim yang dibelinya terpaksa diminum kerana keletihan sewaktu perjalanannya itu.Nasibnya bertambah malang apabila hujan lebat turun mencurah-curah sewaktu dipertengahan jalan.Semuanya angah ceritakan kepada keluarganya satu demi satu.

"Pasal aiskrim tu takpelah angah,Ucu tak kisah pun tak dapat makan aiskrim tu..yang penting angah selamat balik umah..kan Ucik?"Sahut Ucu sambil matanya mengerling kearah Ucik.

"Betul..betul..betul.."jawab Ucik dengan nada manja itu.Angah yang tadinya menangis tersenyum kecil melihat telatah Ucik yang seakan-akan meniru aksi kartun kegemaran mereka sekeluarga 'Upin dan Ipin'."Ucik doakan siapa yang curik basikal angah tu nanti kena balasan.Harap-harap satu hari nanti basikal dia pulak hilang..biar dia rasa apa yang angah rasa..hish..jahat..basikal buruk pun nak curik.."sambung Ucik bersungguh-sungguh.

"Basikal buruk itulah yang banyak berjasa pada angah tau.Angah bawak kemana-mana basikal tu...ke sekolah,pergi surau,jumpa kawan..Ucik pun guna basikal buruk tu kalau nak bermain kan?tapi sekarang dah hilang kena curik.."kata angah hampa.Ucik pula tahu abangnya terasa apabila dia mengeluarkan perkataan 'basikal buruk' itu tadi."Ala angah,Ucik minta maaf...maksud Ucik bukan basikal abang tu yang buruk,tapi perangai orang yang mencuri tu buruk.."Ucik meminta maaf daripada abangnya.Angah pula tahu adiknya cuma bergurau dan tidak bermaksud untuk menyakiti hatinya.Nampaknya selepas ini angah terpaksa berjalan sejauh 5 kilometer untuk kesekolah.Walaupun tiada apa lagi yang mampu dia lakukan untuk mendapatkan semula basikal kesayangannya itu,namun angah tahu suatu hari dia pasti akan bertemu kembali dengan basikalnya itu.Sekurang-kurangnya angah kini tidak lagi bersedih selepas dipujuk oleh keluarganya.Hatinya kembali tenang.Angah bangun dari tempat duduknya dan meluru masuk ke bilik kecil dia bersama along.Duit upah tadi masih berbaki.Dimasukkannya duit itu ke dalam tabung.

"Fuh,dah hampir penuh tabung aku ni..lepas ni bolehlah beli kasut bola..yes!!"Angah berbisik sendirian.Sudah lama dia mengumpul hasrat untuk membeli kasut bola idamannya.Selama ini angah hanya bermain 'kaki ayam' sahaja.Hasratnya untuk menyertai pasukan bola sekolahnya turut dipendamkan sahaja kerana ketiadaan kasut yang sesuai.Angah memang meminati bola sejak kecil.Pantang sahaja ada kelapangan diwaktu petang,angah akan mengayuh basikalnya ke padang sekolah untuk bermain bola bersama teman-temannya.Malam itu angah tidur dengan perasaan sedih,peristiwa petang tadi benar-benar membuatkan fikirannya kusut.Namun angah tahu,semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.Dia redha.


Bersambung...


1 orang ketuk pintu:

lil' haikal said...

nnt r aku bc... yg ketiga x abes lagi...

Tuan Rumah

TEXTAREA_ID