Seribu Makna Buatku

Monday, July 13, 2009

percubaan pertama..

Shirt Colour: red
Song: Bunga-exist
Mood: hard to say
On my right: sos cili
On my left: my handphone


Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua rakan-rakan dan pembaca sekalian,sebelum aku memperkenalkan hasil karya aku ni,terlebih dahulu aku nak berterima kasih kepada semua yang sudi membaca ruangan blog aku yang xseberapa ini..jadi,untuk memeriahkan blog ini dan sebagai tanda terima kasih kepada semua,aku akan menerbitkan ruangan hasil karya aku sendiri yang tak seberapa ini..Actually,aku dah tulis cerita ni agak lama tetapi aku terpaksa berhenti buat seketika disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan..(kerja,belajar dan sebagainya..)yang menghalang aku untuk meneruskan salah satu minat aku..apapun,cerita yang bakal aku kongsikan bersama korang belum pernah lagi aku bagi kpd sesiapa untuk menilai dan aku masih lagi dalam usaha untuk menyiapkannya..aku tidak menjanjikan kepuasan pada korang tp apa yang aku bakal coretkan adalah yang terbaik aku cuba lakukan..Aku jugak harap korang bagi pandangan ataupun komen tak kiralah kritikan mahupun sebarang idea untuk aku memperbaiki kelemahan aku dalam penulisanku ini..

sekian terima kasih...

p/s: sesetengah bahasa yang terkandung dalam penulisan ini mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa kerana aku ingin menyesuaikannya dengan percakapan seharian..harap maklum


Sejernih Kasih..

Introduksi

Langit bukan sentiasa mendung,awan bukan sentiasa putih,begitulah juga lumrah hidup keluarga Mak Zainun sekeluarga yang setiap kali diuji Yang Maha Kuasa..Apa yang telah ditakdirkan untuknya diterima dengan pasrah..begitu juga dengan anak-anaknya yang saban hari semakin meningkat dewasa..Kisah perit ditinggalkan oleh suami suatu masa dahulu telah menjadi palitan pahit dalam dirinya..Namun apa yang berlaku telahpun ditulis,hari yang mendatang dilalui dengan penuh harapan..Kasih sayang yang dicurahkan Mak Zainun kepada anak-anaknya umpama menutupi kekurangan seorang anak yang tidak ber'ayah'....Namun ada sesuatu yang Mak Zainun sembunyikan sekian lama daripada anaknya..bukan tidak mahu berterus terang tetapi Mak Zainun menantikan masa yang sesuai untuk melakukan sedemikian..



Episod 1



“Assalamualaikum,Mak oh mak..Laila dah balik..!!” teriak Laila ketika sampai sahaja dimuka pintu rumah usang itu.”Waalaikumussalam,mak kat dapur ni,tengah sibuk potong sayur kangkung abang kamu petik tengahari tadi..adik-adik kamu mana?”.Balas Mak Zainun dari hujung dapur dapat didengari oleh Laila dengan agak jelas,lantas Laila meluru ke dapur dan bersalaman dengan ibunya.”Budak 2 dua orang tu kemana lagi kalau tak kat depan tanah lapang tu,nak main kejap katanya..bukannya tau nak balik terus..degil!"adu Laila.”Oh,tak apalah,biarlah diorang tu,nanti dah penat taulah diorang jalan nak balik ke rumah..hmm,macamana kelas tadi?.”Tanya Mak Zainun kepada anaknya itu.”Kelas macam biasa je mak..Cuma,macam biasalah,guru kelas dah tanya pasal yuran sekolah kat Laila..masa perjalanan nak balik dari sekolah dengan adik-adik pun diorang kata cikgu mereka pun ada tanya pasal yuran jugak.””Habis apa yang Laila kata pada cikgu?”.”Emm..Laila tak tahu nak cakap apa mak,Laila Cuma cakap buat masa ni mak belum ada duit untuk bayar yuran.Tak apalah mak,janganlah mak bimbang sangat ,nanti esok tengahari Laila tolong mak jual kuih,dapatlah tolong mak tambah duit sikit...Laila masuk bilik tukar baju dulu ye mak..”Jawab Laila tenang.Walaupun hanya berusia 12 tahun,namun Laila tahu keperitan yang ibunya tanggungi.Kesusahan hidup keluarganya sejak dia masih kecil lagi sudah mematangkan Laila berbanding kanak-kanak yang seusia dengannya.Dalam pada itu,Mak Zainun hanya dapat memerhatikan raut wajah anaknya itu yang bersungguh-sungguh mahu mengembirakan hatinya itu.Namun hati seorang ibu lebih tahu tentang apa yang sebenarnya dirasai dan ditanggungi oleh anaknya itu walaupun cuba dilitupi dengan riak senyuman.Mak Zainun tahu Laila seorang anak yang sangat tabah dan memahami erti kesusahan yang mereka sekeluarga hadapi,namun Mak Zainun seakan tidak merelakan Laila yang baru sahaja seusia itu,menanggung keperitan sebegitu.Kasut yang tidak pernah berganti,berbekal lempeng setiap hari,baju sekolah yang uzur, dan alam kanak-kanak Laila tidak seindah kanak-kanak lain.Pada awal pagi,ibunya akan ke tempat kerja , Laila lah yang akan membantu ibunya menguruskan rumah dan menjaga adik-adik.Di sebelah petang pula,Laila dan dua adiknya akan kesekolah.Habis waktu sekolah bukanlah waktu untuk Laila berehat atau bermain,Laila akan membantu ibunya membuat kuih untuk dihantar ke surau berdekatan.Waktu malam akan dimanfaatkan oleh Laila untuk mengulangkaji pelajaran.Begitulah rutin anaknya,Laila.Semua itu Laila lalui dengan tabah dan kuat,tanpa sedikitpun keluhan.Mak Zainun kadang-kadang hairan bagaimana anaknya sekecil itu mendapat kekuatan seperti itu.”Opocot gajah atas pokok!!”.Menungan Mak Zainun terhenti apabila terasa pinggangnya dicuit nakal.”Eh gajah atas pokok..”Mak Zainun melatah.”Hahahaha!!!..apalah mak ni,termenung macam ingat pakwe je..sampai Ucik dengan Ucu balik pun tak sedar.Mak Zainun baru tersedar,rupa-rupanya dia diusik oleh anak lelaki kecilnya,Johari yang lebih selesa dipanggil Ucik itu.”Mak..mak..nak tahu satu rahsia tak ,tadikan Ucu Nampak Ucik kenyit mata kat Aishah,anak Cikgu Ayu tu mak..ish,geli je Ucu tengok,kecik-kecik dah pandai nak mengorat..”Belum sempat Mak Zainun hendak berkata-kata,tiba-tiba Ucu mencelah atau nama penuhnya Nurlaili ,anak bongsu Mak Zainun dengan nada nakal. “Eleh,telipon buruk ni,pandai-pandai je buat story.Ingat mak nak percaye ke ape yang Ucu cakap tu ha?Karang tak pasal-pasal kena penyepak tiga rasa Ucik nanti!!”Ucik lantas mencelah aduan adiknya itu.”Mak..tengoklah Ucik tu,dia panggil Ucu telipon buruk..!!”rengek Laili sambil menarik-narik baju ibunya itu.”Eh,apa ni balik dah nak berkelahi pulak,mak tak suka lah anak mak gaduh-gaduh macamni..nanti mak panggil batu belah batu….””Tak nak!!..mak..janganlah cakap macam tu,nanti ucik ngan Ucu nak sayang siapa..”belum sempat Mak Zainun menghabiskan kata-katanya kedua-dua anaknya terus mendakapnya erat.”hu..hu..Ucu pun sama jugak,tak nak mak pergi kat batu belah batu bertingkap tu..hu..hu..”rengek Ucu dengan nada merayu.Mak Zainun hanya tersengih melihat gelagat kedua-dua anak kecilnya itu..cukup manja dan cukup disayangi oleh Mak Zainun.Bukan bermakna abang-abang dan kakaknya tidak disayangi oleh ibunya,tetapi gelagat dan kerenah kedua-dua anak kecilnya itu menjadi pengubat lara Mak Zainun.Kedua mereka lah yang membawa keceriaan dalam keluarga.Seorang tahun empat dan seorang lagi tahun dua yang bersekolah ditempat yang sama dengan Laila.Masing-masing masih terlalu mentah untuk memahami apa yang ditanggung oleh ibunya.Apa yang mereka tahu hanyalah suka dan seronok.Mak Zainun tidak mahu Ucik dan Ucu yang masih kecil itu tertekan dengan kemiskinan hidup yang mereka alami.Celik sahaja mata mengenali dunia,mereka hanya ada seorang ibu,tempat mereka berpaut dan bermanja, tidak sempat untuk merasai kasih sayang seorang ayah,tidak sempat untuk merasakan ciuman seorang ayah bahkan tidak berkesempatan untuk memanggil ‘ayah’ kepada seorang yang layak dipanggil sedemikian.”Dah,kalau tak mahu mak pergi batu belah batu bertangkup,jangan gaduh-gaduh lagi ye..”balas Mak Zainun sambil mengucup dahi kedua-dua pengarang jantungnya itu.
“Ele,mengadanya dua-dua budak hingus ni..dah-dah,pergi mandi cepat,dahla balik lewat..hish..apalah nak jadi dengan adik-adik akak ni..macam budak pakai lampin lagi je akak tengok..”Usik Laila kepada adiknya itu.”Ala akak ni,jeles la tu dia tak dapat peluk mak macam kita..uwekk!!”balas Ucik sambil mencebirkan bibir kearah kakaknya yang berdiri di muka pintu dapur itu.”Ele..akak tiap-tiap malam lepas Ucik dengan Ucu tidur,akak tidur peluk mak tau..korang mana tau..”balas Laila sambil tersenyum sinis kearah Johari.”Eh,sudahlah tu Laila,jangan diusik adik lagi,pergi bawak diorang mandi kat perigi cepat.Hari dah makin gelap ni,nanti dah gelap takut pulak nak mandi..semua jadi tok janggut pulak malam ni nanti.”Ujar Mak Zainun.”Baiklah mak..Ucik,Ucu jom cepat gi mandi,lepas tu kita boleh makan,mak ada masak special tau..sayur keledek masak lemak..kesukaan adik-adik hingusan akak ni..haha!!”ajak Laila sambil berseloroh.”Akak ni nak kena cubit agaknya..jom Ucik kita pergi mandi,akak tak payah teman,kitaorang beranilah..!”jawab Ucu dengan nada seakan merajuk.”Alamak,merajuk pulak Ucu akak ni..akak gurau jela..jomla akak teman ye..akak mintak maaf okay adik-adikku sayang..”pujuk Laila sambil menarik tangan kedua-dua adik kecilnya itu.Sungguhpun Laila suka menyakat adik-adiknya,namun hatinya sangat menyayangi kedua-duanya.Laila juga seperti memahami apa yang Mak Zainun cuba lakukan untuk memastikan adik-adiknya tidak merasai keperitan hidup mereka sekeluarga,Laila faham dan Laila sentiasa membiarkan adik itu bermanja dengan ibunya tanpa sekelumit perasaan cemburu walaupun dirinya sendiri juga memerlukan belaian manja seperti itu.Laila sentiasa beralah.Mak Zainun pula masih lagi menunggu kepulangan anak sulung dan keduanya pulang dari mengail di hujung kampung.Janji mereka mahu pulang sebelum hari gelap,namun sehingga sekarang batang hidung mereka masih belum muncul juga.Mak Zainun makin risau.”Manalah Along dengan Angah ni,tak balik-balik lagi ni..”Mak Zainun berkata-kata sendirian.Sejak ditinggalkan oleh suaminya 9 tahun yang lalu,along dan angah lah yang menjadi tulang belakang keluarga Mak Zainun.Along berumur 14 tahun dan angah pula 13 tahun,kedua-duanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan.Kedua-duanya juga seperti Laila,memahami dan bertanggungjawab.Walaupun dalam diri masing-masing terdapat ego yang tersendiri apabila sudah meningkat dewasa,namun kasih sayang dan didikan yang baik yang dicurahkan oleh Mak Zainun cukup untuk membentuk mereka menjadi insan yang berakhlak dan berbudi bahasa.

bersambung..



2 orang ketuk pintu:

lil' haikal said...

lagi?

jumaat_asar said...
This comment has been removed by the author.

Tuan Rumah

TEXTAREA_ID