Seribu Makna Buatku

Saturday, August 29, 2009

Merdeka...takutnya!

Shirt colour: white
mood: sleepy
song: -
on my right: mug
on my left: kilometrico

Waa...kurang dari 36jam*agak lama jugaklah nak convert days to hours ni..* negara bertuah kita akan menyambut kemerdekaan yg ke 52..So,aku nk nyanyi lagu hepy besday to my beloved country..sing along okay..
Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Malaysia..
Happy birthday to you..
*diikuti dgn percikan bunga api dan dentuman mercun secara maya*

Hooray..!!xsangka,aku masih lagi bernyawa*aminn..* utk mnyambut ulang tahun kelahiran ibu pertiwi aku tahun ni..insyaallah(sbb still ade sehari lagi..)..So bersempena ulang tahun merdeka ni kan..aku nk post something yg berkaitan dgn kemerdekaan..fulamak aii joe*clap clap*

Tapi....

Aku xnak citer apa yang best ataupun apa yang kita harus kita nanti2kan bila tiba waktu sambutan kemerdekaan samada seminggu,sehari ataupun semasa merdeka sbb aku tau,kebanyakkn 'blogger' pd waktu2 mcmni akn mengepost sesuatu tajuk yg mungkin akn menyedapkn hati sbb hari kemerdekaan adalah utk bersuka-ria*tak sure kena ade tanda sempang/- ke tak..* dan utk mnaikkan rasa suka bila tiba hari kemerdekaan..

Aku nak kasitau korg apa yang aku rasa kita harus takuti atau berjaga2 bila tiba hari merdeka..*seelok2nya,seminggu sebelum merdeka ye..*
Apa yang aku tulis ni konpem dan secara sahnya aku xciplak secara haram drpd mana2 media cetak mahupun elektronik okay,,ini semua hanyalah pendapat aku semata2 brdasarkan pemerhatian aku selama...... 3 hari je.

1.Pusat membeli-belah
-aku sarankan,terutamanya kpd golongan wanita spt Kak Tipah,Mak Jah supaya tidak mengunjungi pasar2 raya ataupun kedai2 perabot sepanjang minggu sblm merdeka sehinggalah kira2 2minggu pas tarikh 31Ogos krn dikhuatiri akn boros berbelanja kt tempat2 sebegini..aku pun xpaham apa simbolik merdeka dgn jualan runtuh brg2 cam kipas,pasu bunga,peti ais dan kemungkinan,korg xpayah susah2 nak beli langsir nak sangkut kat umah sbb time merdeka berlambak kedai kasi free bendera pelbagai saiz..babu jual karpet pun dah tau mgunakan peluang Hari Kemerdekaan dgn menjual karpet secara pukal dgn harga yg murah..akibatnya,Kak Munah dan Cik Rosnah saling brlumba2 utk mendapatkn karpet trcantik lalu trpaksalah berhutang..si babu pun dptlah peluang utk dtg kerumah Cik Rosnah berkali2 sbb nak mntk duit utang..takutkan??

2.Dataran Merdeka/Dataran Putrajaya/Dataran....
-sudah semestinya,tempat2 mcmni pasti akn dikunjungi oleh kaum keluarga setibanya detik 12.00am,31ogos stiap tahun..klu macam aku dulu,time2 mcmnilah nak lepak dgn kawan2 g dataran merdeka..xpun g putrajaya..best,macam2 ada..klu org2 yang berniaga pulak,sama sibuk macam kat bazaar ramadhan..budak2 kecik berlari bsepah2,dgn mak bapak cari port yang baik nak tengok bunga api nnt..dan yg paling org tunggu2 iaitu konsert mlm merdeka ..sume berhimpit2 nak tengok psembahan artis2 trkenal..dan perkara yang paling ditakuti masa tu ialah time2 mcmtulah slalu ada kes anak hilanglah..keta kat parking lot kena curilah..dompet kena seluklah..perempuan pulak ada yg kena rabalah..xketinggalan jugak ada couple2 yang ditahan sbb buat benda yg xsenonoh masa org tgh sibuk sambut merdeka..mcmni ke budaya kita sambut kemerdekaan weh??apa penghayatannya?yg kita tau,31ogos cuti umum..itu jer..

3. pukul 2 a.m, 31ogos
-Hah..waktu2 macamni rata2 orang dah balik rumah masing2 lepas habis sambut detik 12mlm kt tempat2 awam..semua tempat kembali sunyi..suasana jadi lapang..tapi yang memang menakutkan aku ialah 'najis2' yang ditinggalkan oleh warga Malaysia yg tadinya baru melaung2kan MERDEKA!! lebih kurang 7x.Nak tau najis apa?hah.ni dia..

sakitkan mata kalau tengok 'najis2' malam merdeka ni?xboleh bayangkan cmana tanggapan pelancong asing klu tgk sume ni..sob3..
belum habis lagi..malam masih muda..pukul 2pagi mcmni,mat2 rempit baru bangun tido..mata sume segar bugar time2 mcmni..apalagi..time utk racinglah..sempena merdeka..tak gentle la kalo xberlumba..biasanya,kumpulan2 'hati kering' ni akan bkerumun lepak kat tepi2 bahu jalan sembang2 malam merdeka la agaknya..awek sorang satu mungkin..pastu kalo ada 2grp mat rempit,mesti akn mula buat kecoh,sbb masing2 nak tunjuk belang..sume tak takut mati gamaknya..tp dlm rempit2 tu ada gakla sket smgt patriotik dorg ni..bendera Malaysia paling kurang mesti ada satu tertancap kt belakang moto dorg ni..tp setakat mana dorg paham tentang makna merdeka tu,aku pun xtau..korg tnylah sndiri..bknnya aku ni nak hina dorg sume ni..tp sbb org2 mcmnilah semua org melayu terutamanya dipandang 'slack' oleh kaum2 lain,sbb yela,sume sedia maklum rata2 mat rempit hati kering ni sumenya dr kalangan org melayu,kalo x,orang xkanlah panggil "Mat" btl x?xde plak org nak panggil "Baiyaa rempit" ke,"Ah Seng rempit"ke..that's the reason..

4.Hantu bendera..
-Kalau setiap kali nak merdeka,benda yang paling obvious kita nampak kat mana2 tempat ialah kempen kibarkan Jalur Gemilang..masa tu,sapa paling banyak bendera secara gear automatiknya akan dikatakan Patriotisme dia 1st class honour..
Betul,secara praktikalnya,benda ni memang akan membuahkan kesan positif sbb mungkin dgn cara ni trdapat org yg baru sedar yg bendera Malaysia rupa2nya ada 14jalur,dan rupa2nya bendera Malaysia ngan bendera Wilayah Persekutuan K.L lebih kurang sama pattern dia..dan budak2 kecik pun bolehlah belajar mengenal bendera dgn membeli cokelat yg brbutir2 kecik yg dletakkan bsama2 dgn bendera plastik ..dulu harga 20sen satu,skrg mungkin dh naik hrga kot..tapi apa yang aku takutkan ialah nasib Jalur Gemilang ni lepas seminggu sambutan kemerdekaan..agak2 korg kat mana dorg campak kn ek?mcm yg gmbar kt atas ni..nak kata dia simpan,tiap2 taun aku tengok tukar baru..sama gak klu kt bangunan2 yg tinggi2..tiap2 taun saiz kain makin besar sbb nak pecah rekod bendera terbesar tahun lepas..so,bendera yang lama tu simpan mana?mungkin dh tmasuk kat timbunan sampah,dibakar,diletakkn ddlm stor shingga bsawang ataupn mungkin ada yg dah dikitar semula menjadi baju yg anda sedang pakai sekarang!!

5.Pertahankan kemerdekaan
-ini ialah perkara yang paling harus kita takutkan sekali apabila mnjelangnya hari kemerdekaan setiap tahun..iaitu,mempertahankannya!!..korg pernah dengar tak ayat lebih kurang mcmni..*aku dh lupa aku dgr dr mana*
Bagi sesebuah negara yang ingin membebaskan diri daripada belenggu penjajahan ,ia mungkin terpaksa mengambil masa selama beratus-ratus tahun,tetapi untuk kembali dijajah,ia pastinya dapat dilaksanakan dalam masa sehari

cuba kita sama2 fikirkan ayat kat atas ni dn cuba kita kaitkan dengan apa yang berlaku didalam negara kita ni khususnya.xpayah sibuk2 nak ambil contoh negara lain,negara kita sekarang ni pun dah mula goyah sbb diri kita sndiri..ya..aku dan kau..kita semua..aku sayang kemerdekaan ni..aku sayang tanahair ni..jadi takkan sesekali aku akn biarkannya djajah semula..jgnlah biarkan sambutan kemerdekaan negara pd tahun ini sekali lagi hanya sekadar laungan MERDEKA !! semata2..

sekian..

p/s:Kalau boleh lepas baca post ni,pasang lagu negaraku dan nyanyi sorg2..kalo takut kantoi ngan member,pakai earphone ok..lepas tu korg mesti akn rasa benar2 cintakan Malaysia.!!


sejernih kasih(episod 6)

Shirt colour: grey
mood: sleepy
song: -
on my right: air freshner
on my left: printer



"Bangun semua..Assalamualaikum cikgu.."

Ucap Ucik sejurus apabila Cikgu Saroya masuk ke dalam kelasnya diikuti sahutan murid-murid yang lain.

"Waalaikumussalam..baiklah,semua boleh duduk"

balas Cikgu Saroya yang ayu tersenyum berpakaian baju kurung bercorak bunga melur itu.Cukup manis.Cikgu Saroya merupakan guru kelas Ucik sejaknya dari tahun satu.Jadi,memang Cikgu Saroya kenal benar dengan sikap Ucik yang lemah-lembut dan berdisiplin itu.Ucik merupakan murid kesayangannya,akan tetapi disimpannya sahaja daripada pengetahuan murid-murid yang lain kerana tidak mahu ada yang kecil hati.Cikgu Saroya juga sedia maklum tentang kehidupan Mak Zainun sekeluarga yang dihimpit kesukaran.Walaupun Ucik jarang berkongsi cerita mengenai keluarganya,namun Cikgu Saroya telah banyak mendengar cerita tentang nasib Ucik baik daripada penduduk kampung mahupun rakan sejawatnya yang sebahagiannya guru yang mengajar Laila dan Ucu.Ucik sudahpun dia anggap seperti anak saudaranya sendiri.Cikgu Saroya masih belum berkahwin.Usianya baru mencecah 25 tahun dan baginya biarlah dia menumpukan dahulu terhadap kariernya sebagai guru di sekolah itu.Soal kahwin adalah perkara yang belum lagi diputuskannya.

"Johari dan Saiful mari sini sekejap.."
panggil Cikgu Saroya dari tempat duduknya itu.Tanpa berlengah,Ucik dan Saiful segera kehadapan apabila nama mereka dipanggil.

"Awak berdua tolong cikgu ambilkan buku kerja untuk murid kelas ini di pejabat cikgu boleh tak?Ambil kesemua yang ada di atas meje cikgu tu ya.."
pinta Cikgu Saroya.

"Baiklah cikgu"kata Ucik sambil kepalanya diangguk.Dengan berlari kecil,dia dan Saiful berlari meninggalkan kelas.

"Baiklah murid-murid..hari ni cikgu nak edarkan buku kerja masing-masing..tetapi hanya kepada yang sudah bayar yuran sahaja..kepada sesiapa yang masih belum jelaskan yuran,minta ibu-bapa masing-masing laksanakan secepat mungkin.Kamu semua akan mula belajar tidak lama lagi..jadi kalau tak ada buku kerja susahlah nanti..faham?"
Jelas cikgu Saroya kepada murid-murid tahun 4 Bakti itu.

Semuanya mengangguk tanda faham dengan saranan guru mereka.Tidak lama selepas itu Ucik dan Saiful tiba sambil membawa buku-buku kerja seperti yang diminta oleh Cikgu Saroya.Setelah buku-buku itu diletakkan di lantai hadapan kelas itu,Ucik dan Saiful kembali ke tempat duduk masing-masing.

"Terima kasih Johari dan Saiful.."Ucap Cikgu Saroya.

"Baiklah..cikgu akan sebutkan nama satu persatu,siapa yang namanya cikgu sebutkan,sila datang kehadapan dan terus ambil buku dihapan ini ya..ambil ikut bilangan yang telah ditetapkan...Nuraini binti Ishak...Abdul Rahman bin Sulong..Muhammad Daniel Hakim bin Haikal...Siti Sarah binti Syukri.."panggil Cikgu Saroya seorang demi seorang.

Ucik pula hanya memerhatikan rakan-rakanya pergi mengutip buku masing-masing sambil kepalanya masih lagi teringatkan peristiwa ditumbuk oleh Boboy sewaktu perjalanannya ke sekolah tadi.Perasaan marahnya masih terbuku.

"Johari bin Abdul Khalid.."
tiba-tiba Ucik terdengar seakan-akan namanya dipanggil.
Dia terus bingkas bangun dari tempat duduknya dan mengutip buku yang berada dihadapannya.Dikiranya buku itu satu persatu bimbang dia akan terambil lebih daripada yang sepatutnya.Cikgu Saroya yang sedang duduk di kerusinya itu tiba-tiba memanggil Ucik.

"Emm..Johari,cikgu minta maaf ya,tapi Johari tak boleh ambil buku ini lagi sebab yuran johari tak dijelaskan lagi..nama yang cikgu panggil tadi Johari bin Abdul Khalid..awak Johari bin Abdul Khadir.."Jelas Cikgu Saroya.

"Oh,minta maaf cikgu..saya silap dengar tadi.."balas Ucik sambil meletakkan kembali buku itu ditempat asalnya.Dia tahu semua rakan-rakannya sedang memerhatikan dirinya.

"Aduh,malunya aku..ish,itulah mengelamun lagi.."Ujar Ucik didalam hatinya.Dia lupa bahawa ibunya belum lagi menjelaskan yuran sekolah.Mukanya merah akibat menahan rasa malu.Setelah buku itu diletakkannya semula,dia kembali duduk dikerusi.Semua rakan-rakannya sudah mengambil buku masing-masing dan sibuk mengisi nama mereka diatas buku tersebut,kecuali dia sahaja yang tidak mempunyai buku.Dengan perasaan sayu,Ucik melihat keseronokkan rakan-rakannya yang lain.Cikgu Saroya yang dari tadi memerhatikan Ucik,turut mengetahui apa yang dirasakan oleh anak kecil itu.

"Johari,mari sini sekejap.."panggil Cikgu Saroya.Ucik yang mendengar namanya dipanggil terus memandang ke arah Cikgu Saroya.Dia tidak mahu terus bangun kerana takut pisang berbuah dua kali.

"Awak..Johari Khadir..cikgu panggil awak..mari sini sebentar.."teriak Cikgu Sayora sekali lagi sambil tangannya melambai memanggil Ucik.Kali ini Ucik pasti memang nama dia yang dipanggil.Justeru,Ucik terus berjalan ke arah Cikgu Saroya.

"Ada apa-apa nak saya tolong lagi ke cikgu..?"soal Ucik.

"Eh..cikgu bukan nak minta tolong..waktu rehat nanti,cikgu nak belanja awak makan..sebagai tanda terima kasih pada awak sebab awak tolong cikgu tadi..hmm,ajak Saiful sekali ya..nanti cikgu tunggu kamu berdua ya..ingat tau.."ujar Cikgu Saroya jujur mahu menceriakan muridnya itu.

"Eh..tak apalah cikgu..mak saya ada bekalkan makanan.."sambung Ucik.Dia tidak mahu menyusahkan gurunya itu.

"Ala,tak apalah..cikgu ikhlas ni..datang saja ya nanti"ucap Cikgu Saroya lagi sambil mengukir senyuman ke arah Ucik yang berdiri dihadapannya itu."Dah,balik tempat kamu.."arah Cikgu Saroya.Ucik tidak dapat menolak pelawaan gurunya itu kerana dia tidak tahu alasan apa lagi yang harus diberikan.Tetapi yang pasti hatinya berbunga perasaan riang kerana makanan tengaharinya pada hari itu bukan lagi lempeng kelapa goreng tetapi pasti sesuatu yang lebih enak.

............................................


"Ini gaji akak untuk bulan ini..kiralah cukup atau tak.."
Ujar Miss Lim sebaik sahaja sampul berwarna coklat itu dihulurkan kepada Mak Zainun.

"Tak apa,saya percaya sama Miss Lim.."Ucap Mak Zainun sambil tersenyum.Mak Zainun tahu dia boleh mempercayai bosnya itu.Sudah 15 tahun Mak Zainun bekerja disitu dan sudah selama itulah dia mengenali Miss Lim.Kilang itu hak milik keluarga Miss Lim turun-temurun yang diwariskan oleh mendiang ayahnya.

"Eh,tak boleh macam itu akak..kita tak boleh percaya siapa-siapa dalam dunia ni seratus-peratus walaupun saudara kita.Saya tidaklah nak tipu akak yang sudah macam kakak saya,tetapi manalah tahu saya silap kira ke.."Ujar Miss Lim penuh jujur.Mak Zainun tahu apa yang dikatakan oleh bosnya itu memang benar.Sampul surat itu dikeluarkannya semula dari sakunya dan dibilangnya not RM100 itu satu persatu.

"Cukup Miss..terima kasih ya.."kata Mak Zainun sambil melemparkan senyuman kepada wanita cina yang masih berusia 40-an itu.

"Sama-sama..oh ya,minggu depan saya ada mau buat makan-makan di office ni..nak sambut anak saya yang baru pulang dari oversea...jadi,saya mau order kuih dari akak boleh?"sambung Miss Lim sebelum kaki Mak Zainun sempat melangkah.

"Oh..ya kah..?wah..Miss Lim banyak beruntung ada anak pandai macam itu..kalau nak order kuih saya boleh buatkan nanti..cakaplah berapa banyak Miss Lim mau.."ujar Mak Zainun.

"Ala..akak pun apa kurangnya..sekarang ni,anak akak masih kecil..tunggu mereka besar nanti..dapatlah akak hasilnya.."balas Miss Lim memuji.
"Hah..nanti akak buatkan saya kuih untuk dua ratus orang makan ya..kuih apa-apa pun boleh..bikin dua jenis cukuplah..boleh ya kak..ini duit RM100 saya kasi dulu,nanti selebihnya saya bayar selepas akak hantar kuih itu nanti..hmm,hari Rabu depan ya kak.."sambungnya.Not seratus itu dihulurkan.Mak Zainun mengambil wang itu sambil kepalanya dianggukan tanda setuju.

"Baiklah,hari Rabu nanti saya hantarkan."
Kata Mak Zainun dan terus berpaling meninggalkan pejabat itu.

"Eh,kak..jangan lupa ajak anak-anak akak datang sekali ya..makan-makan tu saya buat untuk semua pekerja disini termasuk akak sekeluarga."ujar Miss Lim sebelum membiarkan Mak Zainun berlalu pergi.

"Oh yeke..hmm,kalau takda aral,akak ajak anak-anak akak datang ya.."kata Mak Zainun sambil kembali mengukir senyuman ke arah bosnya itu.


Bersambung...


Saturday, August 22, 2009

90/10

Shirt colour: grey
mood: senang hati:)
song: -
on my right: air mineral
on my left: hphone

Sebelum mula,aku pun nak ucapkn Selamat Berpuasa buat semua muslimin dan muslimat,bukak puasa memang nikmat..giler rhymes sial!!

Hah..nak kongsi ilmu sikit ni..g ta'alim semalam..best rupanya..byk pengajaran tp mula2 masa salam kena laga2 pipi tu rasa cam 'pelik' skit sbb xpenah laga2 pipi ngan mana2 jantina sebelum ni kecuali ngan mak..tu pun masa kecik2 dulu..tp dorg kata itu sebagai tanda persaudaraan sesama islam..so,xde hal la..

Memang nak kongsi ni..sbb mcm yg miqdad cakap mase jd mc,ilmu yg dapat tu mstlah kena kongsi dgn rakan2..so rasanya,share kat sni pun ok la kot..org yg bkunjung pun dh ramai*hehe..timekasih=)*..penat gak klu nk g ketuk umah sorg2,share psl topik semalam..hehe..yg paling penting,mcmlah ada org sudi nk dengar aku ni bagi ceramah..mesti cam.."OMG,joe cerita benda2 camni..??ntah blh pcaya ke x.." ataupun mungkin akn ade yg ckp cmni.."talk to the hand.." dll..

Woi..dah2 la tu membebel..nk share apa ni??

Ok2..aku mula..3..2..1..emm,well,aku nk share psl 90/10..haa..apa mksud 90/10 ni??jeng3..ok,biar aku terangkan..
90% apa yang berlaku dlm kehidupan kita ni adalah dlam kwlan kita n 10% lagi diluar kawalan kita,i.e yg kita xboleh elakkn drp berlaku..
..pcaya x?ok,biar aku terangkn lagi..

  • kita tak boleh nak halang seekor kucing yg sedang melintas jalan masa kita sedang memandu...ataupun
  • kita tak boleh nak buat apa2 kalau baju kita habis kotor sbb kena percikan lopak air selepas sebuah kereta lalu bersebelahan kita...
tapi...

Apa yang akan berlaku lepas tu akan ditentukan oleh diri kita sendiri dan tindakan yg bakal kita lakukan tu yang akan menentukan "jalan" hidup kita yg seterusnya..

Ok..consider this situation below..

Aku tengah sibuk buat assignment yg menyumbang 20% markah utk final nnt n due pukul 9 pagi esok!..tengah tension2 wat assignment yg susah tahap gaban ni,tiba2 dtg plak sekor kucing kesayangan aku melompat kat atas meja stdy aku,pastu langgar mug yang tengah berisi air teh panas kat sebelah aku..(sudah pasti aku xboleh halang air ddlm mug tu drpd tumpah..btl x?..tapi..apa yang bakal aku lakukan lepas tu akn tentukan selebihnya..) Aku naik angin sbb satu2nya buku rujukan yg aku ada masa tu habis basah sbb kena air panas tu..laptop aku terus xboleh on sbb air panas tu tumpah kt laptop tu jgk..n tangan aku melecur sikit sbb kena percikan air panas td..

tindakan 1

Aku pun terus kejar kucing aku tu..pukul habis2san...lepas geramm..n aku terus g marah adik aku sebab xtolong jaga kucing tu drp masuk kedlm bilik aku..emosi aku terus terganggu sbb td tengah tension wt assignment n skrg bcampur marah thadap kucing n adik aku..adik aku pun menangis n terus mengadu kat mak aku..mak aku terus marah aku balik..n aku terus xpk panjang n lawan cakap mak aku balik..aku terus xboleh sambung keja n masuk bilik terus tdo..esok pagi aku xdpt anta assignment..lecturer xnak terima sape2 yg hntar lewat..so aku miss 20% mrkah camtu je..last2 final exam aku fail sbb hilang 20 markah sblmni..sbb aku ni scholar petronas,elaun aku kena sekat sbb aku xlepas cut-off point..hidup aku terus menjadi celaka selama 1 semester gara2 seekor kucing!!

tindakan 2

Perlahan2 aku tarik nafas dulu..aku pandang kucing aku tadi..aku tau aku sayangkan kucing aku tu sbb dah bela 4taun..aku g usap kepala kucing tu n g letak dia kat luar bilik..mmg salah aku sbb xtutup pintu!aku g dapur untuk cuci tangan aku yg melecur tu..aku g jumpa adik aku n pesan kt dia spy lain kali jgn bagi kucing tu merayau masuk dlm bilik aku time aku stdy..adik aku mintak maaf n terus bagi aku pinjam laptop dia untuk on9 n siapkn assignment aku tu td sbb laptop aku dh xboleh guna...adik aku pun buatkan aku air teh sbb nak pujuk aku balik..yess..kerja aku siap..fuhh..akhirnya..aku pun dpt hantar assignment tu on time..n alhamdulillah,aku dpt full mark!!n tanpa disangka2 final exam aku dpt HD sbb assignment aku tu btl2 membantu..mak aku bangga n belikan aku laptop baru!!woo...!!scholar aku pun xkena sekat n hidup aku bahagia selepas tu gara2 seekor kucing!!


Ok..nmpak x skrg?dua2 situasi kt atas ni bermula dengan situasi yang sama..masa yang sama,tapi ending yg berbeza..korg tau kn yg mana best n yg mana xbest..So,itulah yg aku cuba maksudkn dgn 90/10 tu td..yg kita xboleh halang td cuma sikit je..tp yg selebihnya tu sume diatas kawaln n kehendak diri kita sendiri..=)wassalam..~~

Nak jalan yang macam ni ke...

Ataupun yang ni...??


p/s:Itulah yg serba sedikit ilmu yg aku dpt masa ta'alim smlm..best2..n minggu depan Insyaallah nak pergi lagi!!


Tuesday, August 18, 2009

Aliens.In.America

Shirt colour: black
mood: baru habis gelak..
song: sampai menutup mata-Acha
on my right: an empty mug
on my left: wallet

Ok guys..belum smpi 24jam,blog ini sekali lagi aku update..hehehe*gelak ala2 si bisu sambil lagu sampai menutup mata mnjadi background music*..~~

Ok lagi skali,kembali pd tujuan aku tulis entry ni.aku pun xtau knp aku xleh kawal 'nafsu' utk mnge'post' entry ni..actually,smlm aku baru je habis tengok all of the 18 episode AIA..so krn aku tidak mahu mnjadi selfish sbb menyimpan satu khazanah citer kelakar haram spt ini,so aku nk kongsi dgn korg sume,especially peminat citer lawak/komedi sekalian..inilah cerita mesti-tonton korg sepanjang tution free week selama seminggu ini..*to student Curtin* or sape2 juga yg sedang dilanda kebosanan hidup spt seekor cicak yg ketiadaan ekor krn dipijak oleh seekor tupai yang bapuk*apekenemengenenyeni??*..

well,tajuk citer ni spt title post aku tu..so,utk singkatkn,aku panggil AIA jela k..emm,citer ni best giler dowh..*thanks to amer syafiq yg mperkenalkn comedy yg superb ni kat aku..*..klu korg 1st tgk tajuk citer dia pun dah rasa cam apehal lak citer alien leh jadi lawak lak ni..giler konfius kn?well..pengarah citer ni Andy Fickman mmg blh dipuji sbb pilih title yg blh mendatangkn tanda tanya thadap org2 sengal cam aku ni..

Ok,citer ni sbnrnya mengisahkn kisah sorg budak american-college-boy yg blh dikatakan nerdy yg hidup dia selalu ditimpa mslh sbb asyik kena buli,xpames dsbgnya..kire hidup dia ni sucks giler r..pastu dia ni langsung xboleh harap buat apepun sbb ape yg dia buat sumenya jd cam sampah...tp 1 je kebolehan dia yg orglen xtau*smpilah episod 14@15* barulah mak n ayah dia tau yg dia ade kebolehan tu-melukis..-ni dia pelakonnya..


Dan Byrd: Justin Tolchuck

Jadi,disebabkn dia ni selalu kena buli n kena hempuk ngn senior,mak dia pun *agak hot mak dia ni..hehe*
Amy Pietz: Franny Tolchuck

trylah discuss ngn ckg sekolah tmpt dia belajar ni..n lastly cikgu dia cadangkan spy mak dia-Franny Tolchuck- ni ambil anak angkat ataupn sng ckp exchange student program dr negara lain utk kwn ngn anak dia ni n spy boleh lindungi Justin masa kt skolah..Franny setuju..so dia pun xsabarlah tunggu kedatangn exchange stdent tu..mak dia harapkn bakal ank angkat dia tu student dr Germany yg macho,tinggi n gagah r..tp sbb ada mslh teknikal ke ape,last2 budak dari pakistan ni yg dtg...tadaa~~

Adhir Kalyan: Raja Musharaff


Nama budak pakistan ni Raja..yes,dia muslim yg dtg join program exchange student tu..so,dia ni la "Aliens in America" tu..at first entire family dia esp mak dia mmg xsetuju sbb apehal lak budak pakistan ni yg jadi anak angkat dia..mula2 mak dia nak anta balik Raja ke Pakistan,tapi xjadi sbb mak dia dpt tahu Raja anak yatim piatu n xde family kat sana..*mak dia ni baik jgk r..*,so..bermulalah kisah hidup "alien" ni kat America..same school n class dgn Justin..korg blh imagine x apa yg bakal tjadi kat Justin n Raja masa kt sekolah?..haha..giler kesian dorg kena kutuk macam2 n Justin mula2 xsuka ngan Raja ni sbb dia ni cam penambah masalah kt dia je..tp lama kelamaan,dorg ni jadi tambah akrab sbb Raja ni sgt baik,jujur,naif budaknya..


Ok..kenapa korg kena tgk cerita ni:
  • cerita ni simple tp ada pengajaran..base on reality cmane org America khususnya menilai penganut agama islam yg nampak ekstrimis mcm Raja ni..klu dgr rasa cam tense je citer ni kn?jgn risau,director dia still ada sensitivity dlm bkarya..n paling penting,humour mmg ada tiap2 episod..
  • kalau korg nak bayangkan macamana kalau korg menjadi anak angkat kpd keluarga mat salleh,so belajar drp citer ni..
  • Citer ni ada byk terapkan unsur ajaran islam yg betul cthnya,Raja ni xpernah tinggalkan solat 5 waktu,jaga mata,hati,n dia sgt berbudi pekerti..n klu korg nak tgk org putih yg semestinya beragama kristian masuk dalam masjid,korg kena tgk citer ni..ekslusif!
  • komedi ni sesuai utk sume peringkat umur..tp ade la skit2 adegan separa lucah dan pengucapan2 yg kureng bermoral dlm citer ni..so,pepandai sendirilah ok..
  • Wlupun masa permulaan cerita ni cam agak hambar sket*ini yg aku rasa la..*tp lepas episod 2 dan seterusnya,korg akn jadi addicted cam aku,yg xleh nak stop dr tgk cerita ni smpi habis..
  • Ada 18 episod semuanya,n tiap2 episod dlm 2omin..so blh r nak habiskan dlm masa seminggu..
  • Aku ada full episod cerita ni..kalau korg nak*sesiapa yg brhampiran dgnku* blh dtg bwk thumbdrive masing2 or ext.hard disc...jgn lupa!subtitle sume ade ok..emm,kalau sesiapa yg jauh tu..korg blh try dload kat sini try r usha...
  • Yang pastinya..cerita ni LAWAK!!!! tahap dewa cipan...xcaya tgk r sendiri..~~
Raja selalu kena anggap terrorist kat dlm kelas dia..tapi dia tetap 'cool' n jenis yg sabar..tp dia ni ada gak r wat lawak cam giler..cool..n,dlm citer ni,Raja fall in love dgn sorg pompuan ni..nk tau?tgk episod yg ke 15 ok..?


Inilah keluarga Tolchuck..
  • Scott Patterson: Gary Tolchuck(ayah Justin)
  • Lindsey Shaw: Claire Tolchuck(akak Justin)

  • -Akak Justin kalau korg nak tau antara 'hotties' kat skolah Justin ni..n kalau masa kt skolah,akak dia akn cuba sedaya upaya utk xnak org tau yg dorg ni adik beradik sbb takut popularity dia tcemar..giler jahatkan?tp dlm masa yg sama,ada jgk masa dorg berdua ni jadi kamceng cam akak dia selalu prlukan bantuan Justin utk masuk umah ikut tingkap bilik dia sbb Claire slalu curi keluar umah n balik tengah malam n Justin pun kdg2 prlukn nasihat Claire cmane nk jadi lelaki yg cool cam orglen..emm,camtula..

    Ok..kalau korg sume nak tau lebih lanjut ttg citer ni..korg try g website ni..ok..enjoy!!!

    p/s: jgn risau,gunakan masa siang utk stdy n mlm stdy smpi pukul 10mlm masa tuition free week ni..n pas kul 10,korg wat r air chocolate panas ke..vico ke..n pasang air-cond kat dlm bilik,korg lyn r tgk citer ni..konpem layan ahh..*mcm yg aku slalu buat..*hehe..



    Monday, August 17, 2009

    ANSARA charity dinner..

    Shirt colour: grey
    mood: penat
    song: fatamorgana-Hijjaz
    on my right: wallet
    on my left: printer

    Hmm...let me make this post short with words,coz i believe dh ada org bosan dgn post yg panjang2 ni..tapi i know u guys mesti suka belek2 gambar ataupun tgk video kn?sbb mesej yg nk smpikn lagi cepat n directly tul x??

    Ok,to be brief,this is what have happened last saturday,15 august..baru je lagi ni.actually,event ni ialah khas utk budak2 bekas pelajar MRSM or nama group ni ANSARA...tapi,aku djemput sekadar utk mengisi tentatif program diorang yg ketiadaan persembahan pd malam itu..so sbb nak tlg kawan,aku pun setujulah wlupun sbnrnya mlm tu aku nk g konsert amal Ramli Sarip kt bndr Miri mlm tu..sob3..kla,jom usha..

    Budak ini sungguh comel especially yg kt depan belah kanan tu..rasa cam nk cubittt je pipi dia..


    Nini,Azmir dan Islah yg sgt komited mengendalikan majlis tersebut..well done guys!!


    kanak2 riang*termasuklah yg tunjuk peace kt belakang tu..*

    Srikandi ANSARA yg hadir pd malam itu..


    Dendangan Nusantara~Abg Ipin,Aswad n Syabil giler hebat!!


    hehe..of course i am the one who singing there laa....


    Ok..sebelum korg klik utk menonton video ni..adalah dimaklumkan bahawa audionya agak dasyat sedikit krn gangguan makhluk2 halus yg mengelilingi si perakamnya..hope u'll enjoy this clip~~



    *sudah ada pihak yg brminat utk mnjadi manager kumpulan kami..hehehe~~*


    p/s: wlupun penat skit mlm tu n kehabisan suara sbb mndendangkn 3 buah lagu serentak,tapi akhirnya berbaloi sbb mkanan yg dijamu mlm tu best sgtttt...tnylah jue or sape2 yg mkn semeja dgn aku..sume aku tibai..hahha..btw,hope there will be non-Mara punya association plak kt Curtin pasni,so bolehlah buat event yg gempak2 mcmni plak..*hehe..xde niat nk sabotaj ANSARA ok...*

    Saturday, August 15, 2009

    what woman want??

    Shirt colour: light green
    mood: as usual..
    song: mustika-mnasir
    on my right: pasu bunga kecil
    on my left: songs lyrics


    Hey friends..let's read this...n to womens..dun deny this..it's in your blood anyway..~~

    It’s not difficult to make a woman happy. A man only needs to be:

    1. a friend
    2. a companion
    3. a lover
    4. a brother
    5. a father
    6. a master
    7. a chef
    8. an electrician
    9. a carpenter
    10. a plumber
    11. a mechanic
    12. a decorator
    13. a stylist
    14. a sexologist
    15. a gynecologist
    16. a psychologist
    17. a pest exterminator
    18. a psychiatrist
    19. a healer
    20. a good listener
    21. an organizer
    22. a good father
    23. very clean
    24. sympathetic
    25. athletic
    26. warm
    27. attentive
    28. gallant
    29. intelligent
    30. funny
    31. creative
    32. tender
    33. strong
    34. understanding
    35. tolerant
    36. prudent
    37. ambitious
    38. capable
    39. courageous
    40. determined
    41. true
    42. dependable
    43. passionate
    44. compassionate

    WITHOUT FORGETTING TO:

    45. give her compliments regularly
    46. love shopping
    47. be honest
    48. be very rich
    49. not stress her out
    50. not look at other girls

    AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

    51. give her lots of attention, but expect little yourself
    52. give her lots of time, especially time for herself
    53. give her lots of space, never worrying about where she goes

    IT IS VERY IMPORTANT:

    54. Never to forget:

    * birthdays
    * anniversaries
    * arrangements she makes

    HOW TO MAKE A MAN HAPPY

    1. Show up na**d
    2. Bring food

    i got this 'brilliant' stuff from a website...really fun!!hahaha..btw..this merely true!!.



    Friday, August 14, 2009

    Haa..haa..tak tau..................

    Shirt colour: black
    mood: emm..
    song: Kepadamu kekasih-jamal,mnasir,hattan
    on my right: botol air
    on my left: kalkulator saintifik

    Assalamualaikum w.b.t..weh,korg ni dh solat ke belum?kalau dh baguslah..tp kalau belum..baik korg g solat dulu,pastu sambung r baca post ni ok..sbbnyer..pedih dowh azab org yg tinggalkn solat ni..



    DOSA ORANG YG MENINGGALKAN SOLAT FARDU

    SUBUH
    Dia akan disiksa 60 tahun di dalam Neraka

    ZUHUR
    Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam

    ASAR
    Dosanya seperti dia meruntuhkan Ka'abah

    MAGHRIB
    Dosanya seperti dia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau dengan bapanya (jika perempuan)

    ISYAK
    Allah tidak redha dia hidup di bumi Allah ini dan digesa dia mencari bumi lain.

    " Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk Neraka Saqar? Mereka menjawab : Kami tidak termasuk dari gilongan orang2 yang bersolat. (Surah Al-Mudathsir : 42-43)



    RAHSIA SOLAT

    Kita solat lima waktu sehari semalam jadi,korg tau tak setiap perbuatan yang kita buat semasa solat sebenarnya ada rahsia tau...ni aku baru google..

    1. Niat sembahyang :-Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat

    2. Berdiri betul :-Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur

    3. Takbiratul Ihram:-Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur

    4. Fatihah:-Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur

    5. Rukuk:- Sebagai tikar kita didalam kubur

    6. Iktidal:- Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur

    7. Sujud:- Memagar kita ketika menyebarangi titian sirotul mustaqim

    8. Duduk antara Dua Sujud:-Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

    9. Duduk antara Dua Sujud (akhir):- Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar

    10. Tahiyat akhir:- Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukan oleh mungkar & nangkir didalam kubur.

    11. Selawat Nabi:- Sebagai pendinding api neraka didlam kubur

    12. Salam:- Memelihara kita didalam kubur

    13. Tertib:- Akan pertemuan kita dengan Allah yang keempat.

    Ok..makanya,kalau blh,jgnlah kita abaikn tanggungjawab yg penting kt atas ni..kita ni kan hamba..so,kenalah kita patuh kpd suruhan Tuan kita..klu x,macamana hidup kita nk dpt berkat kn..aku mengingatkn ni utk diri aku sndiri dn korg semua yg beragama islam...kitakan semua bersaudara...

    p/s : I want to grab this opportunity to wish all muslims out there..no matter wherever u are(hopefully there'll be foreigner readers read this..) with Happy Ramadhan Al-Mubarak..hopefully we can use this merciful month as a time to improve ourself to become a better muslim and muslimah..and if you not completed the 'task' given during this month(without a reliable reason),please don't claim yourself as a person who also celebrating Aidilfitri because you're not deserve it!




    Monday, August 10, 2009

    I Lost Hope..

    Shirt colour: yellow
    mood: i'm full
    song: Plane-jason Mraz
    on my right: wallet
    on my left: songs lyrics


    • I still waiting for my job application result..seems like i've miss the post i wanted..*sigh*..nvr mind,at least i've done my part..money is not my priority nw..monthly allowance still enuf for nw..though,i still want the job coz i try so hard to get it=(
    • I want to thank someone who helped me alot during my 'heart-broken' feelings which i face rite now..i know you can't do anything about it,but yes,u still there when i need ur shoulder to cry on..thanks alot pal..u know who u are=)
    • I keep asking myself where's the part that went wrong untill someone who suppose to be by my side when i need it dissapeared..i know tht i might have done some mistakes at some part..but at least tell me coz i dun knw which part it is=(
    • I called mama n ibu yesterday..i tell them i already knw how to cook several meals rite nw..they kinda shocked at first coz they know i'm really lazy at home and plus,i even dunno how to differentiate between salt and sugar untill i taste it..(isn't this the only way to classify them??)..
    • I really glad to hear mama n ibu voices from the phone..yes i am!..i just realise they must've missed me so much since i nvr called them from the 2nd day my step at Miri after finishing my semester holidays..what a bad son i am..hurmm
    • I see her online this evening..i really happy..so i buzz her ym,n i write something to ask about her health n saying that i missed her so much..no reply..quiet..then few minutes later she signed out from ym..then i called her..i get it..but she didn't answer my phone..i dunno y..mybe she's buzy joe..calm down..let her manage herself first n after that she will get u back..
    • I dunno how to get rid of my laziness to study rite nw..i already dload all stuff from MOODLE,but this fingers just lazy to click the open button to read those stuff..lecture notes,assignments,lab work..harghh...*sleepy*
    • I guess there's no singing practice today coz now the time almost 11pm..it should be at 9pm as discussed bfore..
    • I want to thank to all coz u guys rocks my night ysterday n the dy before..village gathering n CIS sportsday..eventhough my Wonderpets team didn't manage to get the prize,but we actually have accomplished our mission whereby to won the volleyball match..so no big deal to not won the tug-of-war and street soccer tournament coz we know we sucks at it except for a few of us..hehehe..sorry,i dun have camera to take a shot except with this n70 hp..unfortunately,my phone didn't work during sportsday n blur during nite..(village gathering..)hello,it's only 2mp okay..so dun't expect too much from this 2nd hnd hphone..
    • I think that would be enough for tonight..gonna watch the bigbang theory rite now..thanks to our new 'roomates'-amer syafiq- who brings all this 'brilliant' stuff from his external hrdisc..
    p/s: I hope for a miracle tomorrow..night everyone!!

    Sunday, August 9, 2009

    The Time Machine..

    Shirt colour: Red
    mood: sedih=(
    song: Hotel California..
    on my right: hp
    on my left: pengetip kuku..



    Masa kecik2 dulu...

    1.kalo hari ujan aku igt ada gergasi besar tgl kt atas langit tgh mandi..serius!

    2.kalo nk bagi surat cinta kt sseorang msti ada tulis..
    p/s:pecah kaca pecah gelas,dh baca harap balas..tulisan lak akn lagi cantik drpd wt karangan BM..

    3.Ni time raya plak..kn klu g ziarah kubur dpt duit raya kn?so mula2 aku igtkn org yg 'tgl' kt dlm kubur tu yg bagi duit..cmni,tadah je tgn,doa skit2,tutup mata..ting!..duit dh ada kt depan mata..haha..gila r imaginasi aku..pastu klu member tny knp aku dpt lebih aku akn ckp.."aku doa panjang,jadi org dlm kubur tu bglah byk..korg doa pendek2,jd dia bglah sikit je..sume pcaya dowh!!

    4.Aku pnh tny kwn aku,cmane kita ni blh wujud..(giler coolkn?kcik2 dh nk pk soal tu..)so kwn aku pun g r tny mak dia..nk tau x mak dia ckp ape?mak dia ckp..sbb mkn nasi pengantin..so,kalo tiap2 kali g kenduri mane2 ke,mst ktorg pkse mak ktorg mkn nasi pengantin,duduk sblh pengantin..sbb nak adik!

    5.Aku fobia tgk kucing kena langgar..kucing jer..kalo menda lain cam siput ke,ayam ke,anjing ke.,tenggiling ke..aku xkesah..asalkn bkn kucing..

    5.Slalu kena marah ngn mak sbb bila mkn pki tgn kiri n basuh "cenonet" pki tgn kanan..kidal..tp tulis xkidal pun..pelik dowh!

    6.Kalau sblm mkn aku bkn cuci tgn je..aku mst cuci muka,tgn ngan basuh kaki..xtau nape..tp mesti wajib!dh kebiasaan..tp skg xdah..=)

    7.Sanggup bgn seawal mungkin hr sabtu ngn ahad,tercongok dpn tv sbb nk tgk telitabie(btl x eja?) ngn sesame street smbil nynyi2 lagu opening cite tu..dulu hafal,siap ngan tarian skali..tp xtau r sejak bila aku dh lupa..ha,lagi satu jgn lupa,cita dragon ball,kul 9pg di tv2..klu aku xdpt tgk cita tu aku akn mrh mak aku sbb xkejutkn aku..gila jahattknn??

    8.Liat nak bgn g skolah,mandi plak air kolah yg sejuk tahap baban..pastu sblm mandi,amik masa 5-10 min nak ilangkn rasa mamai..bdiri atau mncangkung kt lubang tandas..tabiat!!

    9.Mmg xpuas hati klu g jln2 kt town,pastu nmpak bdk2 yg sebaya aku bwk mainan besar2 kuar dr shopping complex tu..ada bwk patung power rangers la..askar men perang2..xkesah lah apa pun..mesti aku menyalak ngn mak aku pastu,mtk yg lagi besar dr diorg..kejam..kejam..

    10.Gigi susu aku pnh tpacak 90drjah kt atas kepala adik aku..masa tu nak men superman lwn catwoman..tragis dowh..sedar2 gigi ilang...!!

    11.Suka dgr bedtime story drpd mak aku..tp bkn cite cam cinderella ke,snowhite ke,robin hood ke..tp cite2 P.ramlee..bujang lapok la..musang berjanggut lah..kasim selamat la..sbb mak aku mmg lyn cita2 cmtu..So,terima jelakn??

    12.Mulut aku pnh kena 'soletip'(sori,bhs pasar dsini..)..sbb mulut aku xreti diam kt dlm kelas masa skolah rendah..ckg dh habis tension dh ngn aku ni..hahaha..

    13.aku nakal,aku suka sakat pompuan..aku paling suka kejar dorg,pastu tarik tudung dorg dr belakang..ada smpi trcabut tdung r,koyak r..aku n bberapa member la..ada yg nangis2..pastu report kt ayah..pastu,bila ayah dorg dtg,aku cabut r dr kelas...haha..xpenah dpt tangkap aku ni..hihi~~

    14.Aku suka buat bisness kt kelas..mcm2 aku jual..aku terer lwn pamadam tau..pastu byk r aku dpt,btimbun2..then aku jual 20sen..masa tu 20sen mcm 50sen skg..so,kaya lah aku...pastu korg tau x kertas minyak..yg boleh tekap2 tu..ala,kertas tu transperent,so tekaplah gmbar robotcop(tgh pames mase tu..),gmbr mickey mouse..pastu siap,jual..laku dowh..bile pk2 balik,giler kesian kwn2 aku yg beli lukisan tu,,krtas minyak tu pun wat sendiri je..amik kertas a4 biasa(tp biasanya,koyakkn buku skolah je..) pastu sapukn ngn minyak masak..nah..jd r kertas minyak..korg cubalah!..

    15.Aku penah kena tipu ngn abg aku..cmni..masa ngah jln kaki nk g skolah ngn dia..aku nmpak dr jauh ada dua keping duit kertas..masa tu aku darjah 1..tau kaler duit je..tp nilai dia aku xtau..so aku lari r nak kutip duit tu..satu kaler ijau,satu merah(rm5 ngn rm10)..aku bkn main suka lah masa tu..dlm otak kepala blh beli aiskrim ngn asam boy drp mkcik yg kalau time abis skolah,msti dia tpacak kt depan gate jual cekedi ngn jajan..tp biasanya aku xbelipun sbb xde duit...sob3..ok,patu abg aku pun(mase tu dia drjah 6) kelentong lah aku..dia ckp duit 5inggit lg besar dr 10inggit..aku ni pun yg masih suci otak kepala prcayalah ckp dia..lgipun duit rm10 tu dh ada conteng2 skit..so nmpak cam xlawa..jd aku kasilah rm10 tu kt abg aku,aku amik r rm5 tu bwk g skolah ngan hati yg hepi tp xtau aku telahpun ditipu!!


    p/s:ha..tula mase kecik2 dulu..sewel,innocent,nakal,bla..bla..bla..n chumel..itulah aku..bila igt2 balik,rasa cam nak jd dak kecik balik..sbb aku xpndi menipu,xpndi nak ayat awek,xpndi nk curi tulang..tp skrg.hmm..xnak ckplah..korg pun sama gak!!hehehe..


    Friday, August 7, 2009

    4 hari tidak ke Cahaya Taufik Restaurant..

    Shirt colour: Red
    mood: cam biasa kot..
    song: no song..
    on my right: botol air mineral
    on my left: kunci rumah


    Betul! dah 4 hari aku xpergi CTR dh...(baru 4 hari dh kecoh..hehe)..ala,bkn malas nak pergi,tp sbnrnya,aku dlm usaha nak berjimat utk sem ni..sbb nk kumpul duit utk cuti final yr nnt..blh pergi jln2..hehe..so,aku,kash n ajis pun bsepakat utk masak kt rumah sndiri..5710

    -Nak dpendekkan cerita,semua ni start hari Ahad lepas..aku,kash n ajis prgi beli brg2 dapur n pralatan nak masak..rice cooker,pisau,periuk,kuali,sudu,mangkuk..n byk lagi lah,tmasuk jgk brg2 mentah utk masak..smgt bkobar2 dh ni utk mula masak..ktorg g naik kete Jue(thanks) n smpai je kat e-mart,ktorg pun carilah bhn yg dkehendaki..

    -So,masa mula2 nk masak tu,puas pk,betul ke x decision ni..pndi ke x aku masak..masa 1st day tu,Ajis n Kash pergi Canada Hill,so tgl aku sorg2 jela utk masak..takpe,jgn risau,sumenye ok..sblm diorg balik,aku dh masak nasi goreng,telur dadar n ikan sardin masak lemak..huhu..pakai cmpak je bahan2 tu..dh lama xpotong bawang,cili,masak nasi..hehe..tp xpe,lama2 nnt oklah..

    -itu kisah 1st day,bila ajis n kash makan masakan yg xseberapa tu,n diorg bg respon yg positif,aku pun lega..at least xdelah aku masak terlebih garam ke,hangus ke..semuanya ok..
    So,2nd day pulak aku msk lagi sbb kelas aku hr selasa habis awl gak..apa ek aku msk..haa..sayur masak lemak lagi...(kesian ajis sbb xtahan asyik mkn kuah lemak je..)..pastu,hari ke-3 plak dh up skit..aku dh pandai masak ikan goreng berlada n mix vege..nasib baiklah aku dpt bantuan drpd lmn web ni...hehe,klu sesiapa yg baru nak cuba belajar masak mcm aku ni,korg trylah tgk website ni..really useful okay..n byk choices mknan yg ada..

    -Hmm,so,today-khamis 6ogos,skali lagi aku dh belajar resipi baru..hehe..iaitu,nasi lemak,telur masak sambal n sayur campur lemak kuning..hihihi..lemak jugak sbb santan byk sgt..jadi,utk tatapan korg,inilah hasil masakan aku selama proses pembelajaran aku selama 4 hari ni..

    tadaa..



    telur sambal+sayur lemak kuning+nasi lemak



    dari sudut 132 drjah..hehe


    Makanan sudah trhidang,apalagi,makan time!!


    Nasib baik mlm ni tiba2 dpt idea nak ambil gmbar kenang2an masakan aku..3hari yg lepas,xde masa nak ambik gmbar2 mcmni..dah hidang,terus ngap jer..hehe..btw,aku xtaulah aku masak ni sedap ke x,tp dr lidah aku yg normal ni rasa,hmm.blh bagi 3/5 kot..hehe..oklah tu bg seorang noob mcm aku ni kn...

    p/s:sbnrnya,aku dh xtau nak masak apa,dh xde idea..korg ada apa2 cdgn x nak masak apa lg?
    asyik2 lemak jer..bosan gak..hehe..

    Sunday, August 2, 2009

    Usaha nak cari duit lebih dan isi masa lapang..

    Shirt colour: Red
    mood: penat
    song: no song..
    on my right: cawan putih
    on my left: snowcap

    Sebenarnya,aku dah lama plan nak cari kerja part-time mula dari sem lepas lagi,tapi masalahnya,sem lepas jadual aku agak pack jugak lah,so..trpaksa lah aku pendamkn niat aku tu je..tp sem ni,alhamdulillah la..aku just ambil 3 unit je..n semuanya aku rasa xlah membebankn sgt mcm sem lepas..(semua ni gara2 ptukaran kos aku from geofizik to Mechanical engineering..)..malas la aku nk bgtau sbb apa aku tukar kos..hmm,ok..back to topic..jd,disebabkn kelapangan yg ada pd sem ni,aku xnaklah membazir masa,jadi malas..mmglah skrg ni bkn keutamaan aku utk cari duit sbb scholar pet mmg dah cukup..cumanya aku nak rasa pengalamn berkerja sbg seorang pembantu pengurus(Administrative Assistant)..

    Ok camni,sbnrnya,aku dpt tau ada kekosongan kerja kt campus drpd Curtin website ni,
    So aku pun rasa nak cubalah dptkan kerja mcm yg aku ckp td tu..aku pun siap2knlah suma dokumen yg diorang nk tu..kalau korg prnah nmpak aku cam sibuk je ulang alik g kampus tu,sbnrnya,benda ni lah yg aku tgh uruskan..aku nak cuba sendiri..xnak susahkan sapa2..lgipun,kalau xcuba,manalah tau kan..due date kne anta borang application plak 31hb july..3 hari je sblm aku dpt tau ada kekosongan kerja kt kampus ni..cmanalah xgelabahkn..

    Sebenarnya,banyak betul ujian utk aku dapatkan kerja ni..aku pun xtau r cmana aku blh dpt semangat nk teruskan jugak..ok cmni,mula2 aku plan nak apply scra online je..sbb kt website tu dia kata blh mohon online..sblm nak dpt panggilan utk temuduga,applicants kna buat Curriculum Vitae,cover letter n kena isi appilcation form tu lengkap..so aku pun buatlah..


    Application Form

    Cover letter



    Curriculum Vitae



    Actually,aku tak pandai nak buat cover letter ngan curriculum vitae ni..tp aku xrisau sgt sbb teknologi skrg yg ada byk dpt tolongaku utk settlekn mslh ni..so aku pun google la nak tgk sample 2 dokumen ni..oh,macamni..macamtu..pastu aku pun buatlah ikut contoh yg ada...tp masalah pulak sbb english aku ni xlah 'cool' sgt..nak wat ayt2 professional ni aku xpandai..so aku pun mtk tlg la Zureen utk tolong aku cek cover letter aku tuh..tp sebelum aku bg zureen utk tolong 'up'kn surat aku tu sbnrnya aku dah dpt 1st ujian dlu..cmni,aku dah taip cover letter kt pc aku ni..guna office word yg aku dah sedia maklum sgt bermasalah..korg tau x betapa susahnya org dungu BI mcm aku ni nak siapkn cover letter tu?bila dah siap,nak save..tup2 office word tu bt hal..xleh save,n terus restart..nak cari surat yg aku dh taip td tu mmg xjumpa lah sbb office word tu x recover automatik..argh!tension..rasa nak nangis pun ada jgk..

    Ok,itu baru satu..keesokan harinya pulak..aku dh siap2 nak sbmit semua form yg aku dh siap buat tu ikut website curtin..tp ujian ke2 pulak time ni..tiba2 form application aku tu xdpt nak submit kt situ..aku pun xtau knp..cover letter n curriculum vitae aku dpt send..xde mslh,tp application form ni wat hal plak..bila nak browse je,dia ckp form aku ni xikut format yg dia nk..i.e; pdf,xls,rtf or doc..aku pun pelik gak knp xleh anta sbb form tu mmg dlm format xls pun..arghh..bengang!esok dh due date,tp form xanta lagi ni..cmne nak buat..so aku pun pergilah mtk tlg syafiq jasmim(tq sgt=)) utk tukarkn format dokumen aku tu sbb aku xtau cmana nk tukar..itulah mslhnya org xpndi IT ni,tp xpa,aku belajar,syafiq pun tukarlah dlm format pdf..yeah,aku berjaya..masalah selesai..dlm prjalanan nk balik dr umah bilik miqdad(06) nk ke rumah aku(10),aku hepi sgt..mslh dh selesai n aku dh blh send this document NOW!..smpi je blik n nak anta je form tu suma..nah,lagi sekali dia reject..alasan sama..W**!!bengang nye aku..apa masalh sbnrnya ni..aku try nk dekat 10kali submit that form,tp mmg xbguna gak..sabar2..aku ckp dlm hati myb semua ujian ni nk duga semangat aku nk dpt kerja..so lastly aku wat keputusan nk hantar semua form ni by hand esok..mesti kena esok(jumaat,31july)..jd aku kenalah dptkn hardcopy of these documents..printer kt bilik aku xde ink,so aku pun mtk r tolong Mau utk print semua document ni..(thanks bro..)..dah..semuanya aku dh print,sijil2 yg berkaitan pun aku print gak sbg backup..so,aku tdo mlm tu dgn harapan pagi esok aku dpt hantar semua dokumen ni dgn cpt sblm pkul 12.00 tghari..


    S***!aku terlambat plak bangun..dah pukul 11.00 pg..bas nak g kampus kul 11.30 n aku hny ade 30min je utk hntar form tu..aduh..sempatke..aku pun dgn cepat,mandi lembu..siap2,tunggu bas..lama plak tunggu bas..dlm jadual 11.30,tp dtg 11.45..lgi 15 min je aku ada..masa tu aku berdoa jela semuanya sempat..Human resource department aku xtau plak..satu hal lg..adesh!
    smpi je bas kt depan campus,aku pun berlari r..tergesa2 nak kejar time..bas plak nak gerak g smayang jumaat..kesian sape2 yg tegur aku time tu(Amin,Nazri..sape lg ntah aku xingt..).. aku xdpt nak layan diorang sbb i'm really lack of time masa tu..really sorry=(..
    sampai je kat library,aku tanya la akak jaga kaunter tu mana human resource department..dia pun bgtaulah kne naik lif kat luar library tu,naik tingkat 2..aku pun lari r nak cepatkan..masa nak kejar lif tu sbb pintu dia trbukak,belum sempat aku nak masuk.."eh..eh..awak ni student ke?" sorg mkcik guard ni tny aku.."Ye saya.."aku jawab.."awak nak pergi mana?student xboleh guna lif ni..""Saya nak cepat ni mkcik!saya dah lambat..saya nak pergi human resource department sbb hntr form ni.."aku pun tunjuklah dokumen kt tgn aku tu.."Xboleh..awak kena tinggal form tu kat sini..""Ya Allah!!"aku jerit balik kat makcik tu spontan..aku wat muka tension kt dia..tp dia boleh plak tersenyum je kat aku..aduh,bengang giler!tp nasib aku hormat kat dia..kalau x,peduli r nak ikut cakap dia time2 desperate cmni..so,aku pun tinggalkan jela form tu kt post guard depan library tu dgn harapan dia dpt hantar form tu sblm pkul 12.00 tghari..kalau x,hmm..sia2 jela semua usaha aku ni..pas aku dah bagi form tu kat ptugas tu,aku tiba2 rasa bersalah plak kt mkcik guard tu sbb aku dh termarah dia tadi..so,aku pun angkat tgn kt dia..n cakap "Sorry ye mkcik"..n dia pun senyum balik kat aku n angkt tgn..lega..semuanya dah habis..yg aku tau,aku hntar form tu kira2 pkul 11.58pgi..2min sblm due date..lega..

    p/s: Jadi,harap2nya usaha aku kali ni semuanya berbaloi..aku xmengharap sgt nk kerja..sbb apa yg aku dah buat ni pun aku dh cukup puas hati..sekurang2nya aku dh tau cmane nak wat cover letter,curriculum vitae..bla bla bla..yg sblm ni aku mmg xpandai..dpt xdpt kerja tu lain cerita..aku harap korg doakanlah aku dpt kerja tu ek..nanti aku boleh belanja kwn2 semua minum!hehe..=)

    sejernih kasih(episod 5)

    Shirt colour: Red
    mood: penat
    song: no song..
    on my right: cawan putih
    on my left: snowcap


    "Man,Cikgu Razak panggil kau kat pejabat dia sekarang.."
    Ujar Syafiq,rakan sekelas along.Memang dikalangan teman-temannya along lebih selesa dipanggil dengan panggilan Man sahaja.

    "Cikgu Razak nak apa panggil aku?"soal along.Cikgu Razak merupakan guru disiplin sekolah dan juga merupakan guru tingkatan kelasnya.Setahu along dia tidak pernah melanggar peraturan sehingga terpaksa dipanggil oleh Cikgu Razak.

    "Manalah aku tau..kau pergi jela.."jawab Syafiq.Along segera bangun dari tempat duduknya itu.Lempeng yang dibekalkan oleh Mak Zainun masih lagi bersisa.

    "Baiklah..terima kasih.."ujar along dan terus beredar dari kantin sekolah itu.Kakinya terus melangkah menuju ke ruang pejabat guru berada di aras satu .Fikirannya masih lagi cuba untuk meneka mengapa dia dipanggil oleh Cikgu Razak.Setibanya along di muka pintu pejabat guru itu,dilihatnya Cikgu Razak sedang berbincang sesuatu dengan Cikgu Zaida,guru kaunseling sekolah itu.Apabila kehadiran along telah disedari,Cikgu Razak segera memanggilnya.

    "Hah..Arman..sampai pun..duduklah,cikgu berdua ada perkara nak cakapkan pada awak."Sapa Cikgu Razak sambil tangannya menunjukkan kerusi yang bertentangan dengannya itu.Cikgu Zaida pula hanya memerhatikan along sambil tersenyum.Senyuman itu dibalas along sambil punggungnya direbahkan di kerusi itu.

    "Ada apa cikgu?..emm..saya ada buat salah ke?"kata along perlahan.Memang sudah kebiasaan pelajar yang dipanggil oleh Cikgu Razak adalah disebabkan kesalahan disiplin.Tetapi kehadiran Cikgu Zaida yang turut bersama dengan Cikgu Razak disitu membuatkan along lebih tertanya-tanya.

    "Eh,bukan..mana ada awak buat salah..begini sebenarnya..semalam ada seorang wanita daripada Kuala Lumpur datang berjumpa dengan cikgu..katanya,dia mahu mengambil awak menjadi anak angkatnya.Cikgu ada suruh dia ke rumah Arman sendiri,tetapi wanita tu cakap dia perlu segera pulang ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai kesempatan untuk mencari rumah awak.."Ujar Cikgu Razak.Along terdiam..lidahnya tiba-tiba kelu untuk bersuara.Wanita?Kuala Lumpur? dan yang paling memeranjatkannya, wanita itu ingin mengambilnya ,menjadi anak angkat.Setahu along dia tidak pernah mempunyai saudara mara mahupun kenalan yang menetap di Kuala Lumpur.Mak Zainun pun tidak pernah menceritakan apa-apa padanya sebelum ini.Sekarang along benar-benar terperanjat.Sama ada berita ini baik atau buruk,kedua-duanya along tidak pasti.Tetapi dia perlu berkata sesuatu.Kedua-dua gurunya masih sedang menunggu waktu untuk dia bersuara.

    "Err..siapa wanita tu cikgu?..nama dia siapa?..hmm,kenapa tiba-tiba dia nak ambil saya menjadi anak angkatnya?"Along akhirnya bersuara.Pertanyaannya itu dirasakan berasas kerana dia mempunyai hak untuk mengetahui.

    "Arman jangan risau,wanita itu bukannya bertujuan yang tidak baik...dia ada berkata,sudah lama dia mencari Arman..baru sekarang dia tahu yang Arman bersekolah disini.Wanita itu seorang ahli perniagaan,dan namanya kalau tak silap cikgu,Puan Saadiah binti Haji Ariffin.Dia pun ada tinggalkan nombor telefon pada cikgu..dia suruh cikgu berikan pada Arman.Dia kata,bila Arman dah bersedia nanti,telefon dia.."Jelas Cikgu Zaida kepada along.Sekeping kertas berwarna putih yang tertera nombor telefon itu dihulurkan kepada along.

    "Baiklah,kamu boleh masuk kelas sekarang..kalau ada apa-apa masalah,bagitahu cikgu ya.."Sambung Cikgu Razak.

    "Baiklah cikgu..terima kasih.."ujar along dan berlalu meninggalkan pejabat guru itu.Along masih terkejut dengan berita yang baru diterimanya.Segalanya dirasakan terlalu berat untuknya.Kata-kata Cikgu Zaida sebentar tadi masing terngiang-ngiang di telinganya.

    "Sudah lama wanita itu mencari Arman.." apa maksudnya?kenapa wanita itu mencari dia?Sekiranya wanita itu ingin mengambilnya menjadi anak angkat kerana faktor kemiskinannya,ramai lagi rakan-rakannya turut ditimpa kesusahan.Mengapa mereka tidak dipilih?Mengapa dia yang wanita itu cari?Bagi along,dia tidak perlukan kasih sayang ibu atau bapa angkat kerana baginya cukuplah ibu kandungnya sahaja menjadi tempat dirinya menumpang kasih.Dia tidak mahu dirinya dilabel 'peminta sedekah' oleh rakan-rakannya sekiranya mereka tahu wanita yang ingin mengambilnya sebagai anak angkat itu merupakan orang yang kaya.Along tidak tahu apa yang harus dilakukannya dengan kertas yang tertera nombor telefon itu tetapi yang pasti dia tidak perlukan keluarga angkat.


    .................................................

    "Bapak kau tu penagih dadah tau tak??sebab tu lah dia tinggalkan mak kau..!!..hahaha,kesiannya nasib kau,jadi anak penagih dadah..ish..ish..ish.."Ujar Boboy kepada Laila yang sedang berjalan bersama adik-adiknya untuk ke sekolah itu.Boboy merupakan anak ketua kampung ditempat mereka tinggal dan sebaya dengan Laila.Memang Boboy dan rakan-rakannya suka menyakat Laila dan adik-adiknya.Ada sahaja yang Boboy tidak puas hati kepada Laila.

    "Hi..hi..anak penagih dadah..hi..hi.."sambung Deli dan Jeli,rakan Boboy merangkap orang suruhannya.Sengaja ingin menambahkan sakit di hati Laila.Laila pula memegang erat tangan Ucik dan Ucu, menyuruh mereka agar meneruskan perjalanan dan menghiraukan sahaja perbuatan pengacau-pengacau itu.Ucik pula memandang Boboy dengan penuh tajam.Dahinya mengerut tanda hatinya mula sakit dengan ejekan Boboy dan teman-temannya.

    "Kenapa dengan kau jantan lembik?..pandang aku macam tak puas hati je..?nak kena sepak ngan aku?"tambah Boboy dengan lagak samsengnya apabila dia melihat Ucik yang memandangnya dengan riak sebegitu.

    "Kenapa dengan kau ni budak gemuk?apa masalah kau sebenarnya hah?cuba kau cakap.."bentak Ucik yang sudah tidak tahan dengan perangai Boboy.Tangannya sudah digenggam rapi sebagai tanda bersedia untuk apa juga yang bakal terjadi.Laila pula memberi isyarat kepada Ucik supaya diam dan mempedulikan ejekan mereka itu sahaja.Tangan adik-adiknya Laila masih tidak lepaskan.Langkah mereka masih diteruskan.Tetapi Ucu sudah pun mula menangis kerana bimbang mereka diapa-apakan oleh Boboy dan teman-temannya.

    "Berani kau panggil aku gemuk ye budak lembik..kau ingat kau tu siapa hah..? bapak kau tu dah memang dasar penagih..kau tak tau ke?"ujar Boboy berang apabila merasakan dirinya terhina kerana dipanggil gemuk oleh Ucik.Dia turun dari basikalnya dan terus menerpa ke arah Ucik.Laila yang cuba menghalangnya, ditolaknya jatuh.Badannya yang besar itu segera menghampiri Ucik dan dilagakan ke tubuh Ucik.

    "Hah..kalau berani kau nak buat apa?badan tak padan dengan kecik,lembik pulak tu..ada hati nak cari gaduh dengan aku..!!"herdik Boboy lalu ditumbuknya perut Ucik yang kecil itu tanpa Ucik sempat untuk melakukan apa-apa.Ucik akhirnya tersungkur dan jatuh kedalam semak dibelakangnya.Laila dan Ucu yang melihat kejadian itu terus berlari mendapatkan Ucik.

    "Hahaha..padan muka kau..kan dah kena buku lima aku..carik la pasal lagi.."teriak boboy dan terus menaiki semula basikalnya.Deli dan Jeli hanya memerhati dan mentertawakan ucik yang dilihat mereka seperti anak ayam itu."Dah,jom kita tinggalkan adik-beradik penagih ni kat sini..padan muka..hahaha!!"Teriak Boboy lalu beredar meninggalkan tiga beradik itu di tepi semak,hatinya puas.Dalam pada itu,Ucik yang tadi terbaring mengumpulkan kudratnya untuk bangun sambil dibantu oleh Laila dan Ucu.Matanya hanya dapat dibuka kecil kerana menahan sakit akibat ditumbuk oleh Boboy tadi.

    "Itulah Ucik,kan akak dah bagi amaran tadi,jangan dilayan ejekan diorang tu..pedulikan je..kan dah sakit kena penumbuk.."Ujar Laila sambil menepuk-nepuk seluar hitam Ucik yang terkena kotoran debu itu.

    "hu..hu..hu..Kesian Ucik..sampai hati diorang buat kita macamtu..kita bukannya kacau diorang..kaki Ucu pun sakit kena tolak tadi kak..hu..hu.."tambah Ucu dengan nada tersekat-sekat kerana menangis.

    "Hish..tak guna punya budak gemok..sakitnya hati Ucik ni..tengok la nanti.."kata Ucik dengan nada marah.Dia masih tidak puas hati.Boboy berhutang dengannya,dan hutang harus dibayar semula.

    "Dah la tu Ucik..sabarlah ya,Ucik bukan tak tahu perangai Boboy tu macamana kan?..dahla,jom kita pergi sekolah cepat..dah lewat ni dik.."Laila cuba meredakan kemarahan Ucik.Dia tahu hati kaum seperti Ucik memang cepat panas.Setelah baju Ucik dibersihkan,mereka menyambung semula perjalanan ke sekolah.Ucik berjalan terhencot-hencot akibat menahan senak diperutnya yang masih belum surut.Tangan kedua-duanya Laila genggam erat.



    bersambung...


    Tuan Rumah

    TEXTAREA_ID