Seribu Makna Buatku

Saturday, August 29, 2009

sejernih kasih(episod 6)

Shirt colour: grey
mood: sleepy
song: -
on my right: air freshner
on my left: printer



"Bangun semua..Assalamualaikum cikgu.."

Ucap Ucik sejurus apabila Cikgu Saroya masuk ke dalam kelasnya diikuti sahutan murid-murid yang lain.

"Waalaikumussalam..baiklah,semua boleh duduk"

balas Cikgu Saroya yang ayu tersenyum berpakaian baju kurung bercorak bunga melur itu.Cukup manis.Cikgu Saroya merupakan guru kelas Ucik sejaknya dari tahun satu.Jadi,memang Cikgu Saroya kenal benar dengan sikap Ucik yang lemah-lembut dan berdisiplin itu.Ucik merupakan murid kesayangannya,akan tetapi disimpannya sahaja daripada pengetahuan murid-murid yang lain kerana tidak mahu ada yang kecil hati.Cikgu Saroya juga sedia maklum tentang kehidupan Mak Zainun sekeluarga yang dihimpit kesukaran.Walaupun Ucik jarang berkongsi cerita mengenai keluarganya,namun Cikgu Saroya telah banyak mendengar cerita tentang nasib Ucik baik daripada penduduk kampung mahupun rakan sejawatnya yang sebahagiannya guru yang mengajar Laila dan Ucu.Ucik sudahpun dia anggap seperti anak saudaranya sendiri.Cikgu Saroya masih belum berkahwin.Usianya baru mencecah 25 tahun dan baginya biarlah dia menumpukan dahulu terhadap kariernya sebagai guru di sekolah itu.Soal kahwin adalah perkara yang belum lagi diputuskannya.

"Johari dan Saiful mari sini sekejap.."
panggil Cikgu Saroya dari tempat duduknya itu.Tanpa berlengah,Ucik dan Saiful segera kehadapan apabila nama mereka dipanggil.

"Awak berdua tolong cikgu ambilkan buku kerja untuk murid kelas ini di pejabat cikgu boleh tak?Ambil kesemua yang ada di atas meje cikgu tu ya.."
pinta Cikgu Saroya.

"Baiklah cikgu"kata Ucik sambil kepalanya diangguk.Dengan berlari kecil,dia dan Saiful berlari meninggalkan kelas.

"Baiklah murid-murid..hari ni cikgu nak edarkan buku kerja masing-masing..tetapi hanya kepada yang sudah bayar yuran sahaja..kepada sesiapa yang masih belum jelaskan yuran,minta ibu-bapa masing-masing laksanakan secepat mungkin.Kamu semua akan mula belajar tidak lama lagi..jadi kalau tak ada buku kerja susahlah nanti..faham?"
Jelas cikgu Saroya kepada murid-murid tahun 4 Bakti itu.

Semuanya mengangguk tanda faham dengan saranan guru mereka.Tidak lama selepas itu Ucik dan Saiful tiba sambil membawa buku-buku kerja seperti yang diminta oleh Cikgu Saroya.Setelah buku-buku itu diletakkan di lantai hadapan kelas itu,Ucik dan Saiful kembali ke tempat duduk masing-masing.

"Terima kasih Johari dan Saiful.."Ucap Cikgu Saroya.

"Baiklah..cikgu akan sebutkan nama satu persatu,siapa yang namanya cikgu sebutkan,sila datang kehadapan dan terus ambil buku dihapan ini ya..ambil ikut bilangan yang telah ditetapkan...Nuraini binti Ishak...Abdul Rahman bin Sulong..Muhammad Daniel Hakim bin Haikal...Siti Sarah binti Syukri.."panggil Cikgu Saroya seorang demi seorang.

Ucik pula hanya memerhatikan rakan-rakanya pergi mengutip buku masing-masing sambil kepalanya masih lagi teringatkan peristiwa ditumbuk oleh Boboy sewaktu perjalanannya ke sekolah tadi.Perasaan marahnya masih terbuku.

"Johari bin Abdul Khalid.."
tiba-tiba Ucik terdengar seakan-akan namanya dipanggil.
Dia terus bingkas bangun dari tempat duduknya dan mengutip buku yang berada dihadapannya.Dikiranya buku itu satu persatu bimbang dia akan terambil lebih daripada yang sepatutnya.Cikgu Saroya yang sedang duduk di kerusinya itu tiba-tiba memanggil Ucik.

"Emm..Johari,cikgu minta maaf ya,tapi Johari tak boleh ambil buku ini lagi sebab yuran johari tak dijelaskan lagi..nama yang cikgu panggil tadi Johari bin Abdul Khalid..awak Johari bin Abdul Khadir.."Jelas Cikgu Saroya.

"Oh,minta maaf cikgu..saya silap dengar tadi.."balas Ucik sambil meletakkan kembali buku itu ditempat asalnya.Dia tahu semua rakan-rakannya sedang memerhatikan dirinya.

"Aduh,malunya aku..ish,itulah mengelamun lagi.."Ujar Ucik didalam hatinya.Dia lupa bahawa ibunya belum lagi menjelaskan yuran sekolah.Mukanya merah akibat menahan rasa malu.Setelah buku itu diletakkannya semula,dia kembali duduk dikerusi.Semua rakan-rakannya sudah mengambil buku masing-masing dan sibuk mengisi nama mereka diatas buku tersebut,kecuali dia sahaja yang tidak mempunyai buku.Dengan perasaan sayu,Ucik melihat keseronokkan rakan-rakannya yang lain.Cikgu Saroya yang dari tadi memerhatikan Ucik,turut mengetahui apa yang dirasakan oleh anak kecil itu.

"Johari,mari sini sekejap.."panggil Cikgu Saroya.Ucik yang mendengar namanya dipanggil terus memandang ke arah Cikgu Saroya.Dia tidak mahu terus bangun kerana takut pisang berbuah dua kali.

"Awak..Johari Khadir..cikgu panggil awak..mari sini sebentar.."teriak Cikgu Sayora sekali lagi sambil tangannya melambai memanggil Ucik.Kali ini Ucik pasti memang nama dia yang dipanggil.Justeru,Ucik terus berjalan ke arah Cikgu Saroya.

"Ada apa-apa nak saya tolong lagi ke cikgu..?"soal Ucik.

"Eh..cikgu bukan nak minta tolong..waktu rehat nanti,cikgu nak belanja awak makan..sebagai tanda terima kasih pada awak sebab awak tolong cikgu tadi..hmm,ajak Saiful sekali ya..nanti cikgu tunggu kamu berdua ya..ingat tau.."ujar Cikgu Saroya jujur mahu menceriakan muridnya itu.

"Eh..tak apalah cikgu..mak saya ada bekalkan makanan.."sambung Ucik.Dia tidak mahu menyusahkan gurunya itu.

"Ala,tak apalah..cikgu ikhlas ni..datang saja ya nanti"ucap Cikgu Saroya lagi sambil mengukir senyuman ke arah Ucik yang berdiri dihadapannya itu."Dah,balik tempat kamu.."arah Cikgu Saroya.Ucik tidak dapat menolak pelawaan gurunya itu kerana dia tidak tahu alasan apa lagi yang harus diberikan.Tetapi yang pasti hatinya berbunga perasaan riang kerana makanan tengaharinya pada hari itu bukan lagi lempeng kelapa goreng tetapi pasti sesuatu yang lebih enak.

............................................


"Ini gaji akak untuk bulan ini..kiralah cukup atau tak.."
Ujar Miss Lim sebaik sahaja sampul berwarna coklat itu dihulurkan kepada Mak Zainun.

"Tak apa,saya percaya sama Miss Lim.."Ucap Mak Zainun sambil tersenyum.Mak Zainun tahu dia boleh mempercayai bosnya itu.Sudah 15 tahun Mak Zainun bekerja disitu dan sudah selama itulah dia mengenali Miss Lim.Kilang itu hak milik keluarga Miss Lim turun-temurun yang diwariskan oleh mendiang ayahnya.

"Eh,tak boleh macam itu akak..kita tak boleh percaya siapa-siapa dalam dunia ni seratus-peratus walaupun saudara kita.Saya tidaklah nak tipu akak yang sudah macam kakak saya,tetapi manalah tahu saya silap kira ke.."Ujar Miss Lim penuh jujur.Mak Zainun tahu apa yang dikatakan oleh bosnya itu memang benar.Sampul surat itu dikeluarkannya semula dari sakunya dan dibilangnya not RM100 itu satu persatu.

"Cukup Miss..terima kasih ya.."kata Mak Zainun sambil melemparkan senyuman kepada wanita cina yang masih berusia 40-an itu.

"Sama-sama..oh ya,minggu depan saya ada mau buat makan-makan di office ni..nak sambut anak saya yang baru pulang dari oversea...jadi,saya mau order kuih dari akak boleh?"sambung Miss Lim sebelum kaki Mak Zainun sempat melangkah.

"Oh..ya kah..?wah..Miss Lim banyak beruntung ada anak pandai macam itu..kalau nak order kuih saya boleh buatkan nanti..cakaplah berapa banyak Miss Lim mau.."ujar Mak Zainun.

"Ala..akak pun apa kurangnya..sekarang ni,anak akak masih kecil..tunggu mereka besar nanti..dapatlah akak hasilnya.."balas Miss Lim memuji.
"Hah..nanti akak buatkan saya kuih untuk dua ratus orang makan ya..kuih apa-apa pun boleh..bikin dua jenis cukuplah..boleh ya kak..ini duit RM100 saya kasi dulu,nanti selebihnya saya bayar selepas akak hantar kuih itu nanti..hmm,hari Rabu depan ya kak.."sambungnya.Not seratus itu dihulurkan.Mak Zainun mengambil wang itu sambil kepalanya dianggukan tanda setuju.

"Baiklah,hari Rabu nanti saya hantarkan."
Kata Mak Zainun dan terus berpaling meninggalkan pejabat itu.

"Eh,kak..jangan lupa ajak anak-anak akak datang sekali ya..makan-makan tu saya buat untuk semua pekerja disini termasuk akak sekeluarga."ujar Miss Lim sebelum membiarkan Mak Zainun berlalu pergi.

"Oh yeke..hmm,kalau takda aral,akak ajak anak-anak akak datang ya.."kata Mak Zainun sambil kembali mengukir senyuman ke arah bosnya itu.


Bersambung...


0 orang ketuk pintu:

Tuan Rumah

TEXTAREA_ID