Seribu Makna Buatku

Sunday, August 2, 2009

sejernih kasih(episod 5)

Shirt colour: Red
mood: penat
song: no song..
on my right: cawan putih
on my left: snowcap


"Man,Cikgu Razak panggil kau kat pejabat dia sekarang.."
Ujar Syafiq,rakan sekelas along.Memang dikalangan teman-temannya along lebih selesa dipanggil dengan panggilan Man sahaja.

"Cikgu Razak nak apa panggil aku?"soal along.Cikgu Razak merupakan guru disiplin sekolah dan juga merupakan guru tingkatan kelasnya.Setahu along dia tidak pernah melanggar peraturan sehingga terpaksa dipanggil oleh Cikgu Razak.

"Manalah aku tau..kau pergi jela.."jawab Syafiq.Along segera bangun dari tempat duduknya itu.Lempeng yang dibekalkan oleh Mak Zainun masih lagi bersisa.

"Baiklah..terima kasih.."ujar along dan terus beredar dari kantin sekolah itu.Kakinya terus melangkah menuju ke ruang pejabat guru berada di aras satu .Fikirannya masih lagi cuba untuk meneka mengapa dia dipanggil oleh Cikgu Razak.Setibanya along di muka pintu pejabat guru itu,dilihatnya Cikgu Razak sedang berbincang sesuatu dengan Cikgu Zaida,guru kaunseling sekolah itu.Apabila kehadiran along telah disedari,Cikgu Razak segera memanggilnya.

"Hah..Arman..sampai pun..duduklah,cikgu berdua ada perkara nak cakapkan pada awak."Sapa Cikgu Razak sambil tangannya menunjukkan kerusi yang bertentangan dengannya itu.Cikgu Zaida pula hanya memerhatikan along sambil tersenyum.Senyuman itu dibalas along sambil punggungnya direbahkan di kerusi itu.

"Ada apa cikgu?..emm..saya ada buat salah ke?"kata along perlahan.Memang sudah kebiasaan pelajar yang dipanggil oleh Cikgu Razak adalah disebabkan kesalahan disiplin.Tetapi kehadiran Cikgu Zaida yang turut bersama dengan Cikgu Razak disitu membuatkan along lebih tertanya-tanya.

"Eh,bukan..mana ada awak buat salah..begini sebenarnya..semalam ada seorang wanita daripada Kuala Lumpur datang berjumpa dengan cikgu..katanya,dia mahu mengambil awak menjadi anak angkatnya.Cikgu ada suruh dia ke rumah Arman sendiri,tetapi wanita tu cakap dia perlu segera pulang ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai kesempatan untuk mencari rumah awak.."Ujar Cikgu Razak.Along terdiam..lidahnya tiba-tiba kelu untuk bersuara.Wanita?Kuala Lumpur? dan yang paling memeranjatkannya, wanita itu ingin mengambilnya ,menjadi anak angkat.Setahu along dia tidak pernah mempunyai saudara mara mahupun kenalan yang menetap di Kuala Lumpur.Mak Zainun pun tidak pernah menceritakan apa-apa padanya sebelum ini.Sekarang along benar-benar terperanjat.Sama ada berita ini baik atau buruk,kedua-duanya along tidak pasti.Tetapi dia perlu berkata sesuatu.Kedua-dua gurunya masih sedang menunggu waktu untuk dia bersuara.

"Err..siapa wanita tu cikgu?..nama dia siapa?..hmm,kenapa tiba-tiba dia nak ambil saya menjadi anak angkatnya?"Along akhirnya bersuara.Pertanyaannya itu dirasakan berasas kerana dia mempunyai hak untuk mengetahui.

"Arman jangan risau,wanita itu bukannya bertujuan yang tidak baik...dia ada berkata,sudah lama dia mencari Arman..baru sekarang dia tahu yang Arman bersekolah disini.Wanita itu seorang ahli perniagaan,dan namanya kalau tak silap cikgu,Puan Saadiah binti Haji Ariffin.Dia pun ada tinggalkan nombor telefon pada cikgu..dia suruh cikgu berikan pada Arman.Dia kata,bila Arman dah bersedia nanti,telefon dia.."Jelas Cikgu Zaida kepada along.Sekeping kertas berwarna putih yang tertera nombor telefon itu dihulurkan kepada along.

"Baiklah,kamu boleh masuk kelas sekarang..kalau ada apa-apa masalah,bagitahu cikgu ya.."Sambung Cikgu Razak.

"Baiklah cikgu..terima kasih.."ujar along dan berlalu meninggalkan pejabat guru itu.Along masih terkejut dengan berita yang baru diterimanya.Segalanya dirasakan terlalu berat untuknya.Kata-kata Cikgu Zaida sebentar tadi masing terngiang-ngiang di telinganya.

"Sudah lama wanita itu mencari Arman.." apa maksudnya?kenapa wanita itu mencari dia?Sekiranya wanita itu ingin mengambilnya menjadi anak angkat kerana faktor kemiskinannya,ramai lagi rakan-rakannya turut ditimpa kesusahan.Mengapa mereka tidak dipilih?Mengapa dia yang wanita itu cari?Bagi along,dia tidak perlukan kasih sayang ibu atau bapa angkat kerana baginya cukuplah ibu kandungnya sahaja menjadi tempat dirinya menumpang kasih.Dia tidak mahu dirinya dilabel 'peminta sedekah' oleh rakan-rakannya sekiranya mereka tahu wanita yang ingin mengambilnya sebagai anak angkat itu merupakan orang yang kaya.Along tidak tahu apa yang harus dilakukannya dengan kertas yang tertera nombor telefon itu tetapi yang pasti dia tidak perlukan keluarga angkat.


.................................................

"Bapak kau tu penagih dadah tau tak??sebab tu lah dia tinggalkan mak kau..!!..hahaha,kesiannya nasib kau,jadi anak penagih dadah..ish..ish..ish.."Ujar Boboy kepada Laila yang sedang berjalan bersama adik-adiknya untuk ke sekolah itu.Boboy merupakan anak ketua kampung ditempat mereka tinggal dan sebaya dengan Laila.Memang Boboy dan rakan-rakannya suka menyakat Laila dan adik-adiknya.Ada sahaja yang Boboy tidak puas hati kepada Laila.

"Hi..hi..anak penagih dadah..hi..hi.."sambung Deli dan Jeli,rakan Boboy merangkap orang suruhannya.Sengaja ingin menambahkan sakit di hati Laila.Laila pula memegang erat tangan Ucik dan Ucu, menyuruh mereka agar meneruskan perjalanan dan menghiraukan sahaja perbuatan pengacau-pengacau itu.Ucik pula memandang Boboy dengan penuh tajam.Dahinya mengerut tanda hatinya mula sakit dengan ejekan Boboy dan teman-temannya.

"Kenapa dengan kau jantan lembik?..pandang aku macam tak puas hati je..?nak kena sepak ngan aku?"tambah Boboy dengan lagak samsengnya apabila dia melihat Ucik yang memandangnya dengan riak sebegitu.

"Kenapa dengan kau ni budak gemuk?apa masalah kau sebenarnya hah?cuba kau cakap.."bentak Ucik yang sudah tidak tahan dengan perangai Boboy.Tangannya sudah digenggam rapi sebagai tanda bersedia untuk apa juga yang bakal terjadi.Laila pula memberi isyarat kepada Ucik supaya diam dan mempedulikan ejekan mereka itu sahaja.Tangan adik-adiknya Laila masih tidak lepaskan.Langkah mereka masih diteruskan.Tetapi Ucu sudah pun mula menangis kerana bimbang mereka diapa-apakan oleh Boboy dan teman-temannya.

"Berani kau panggil aku gemuk ye budak lembik..kau ingat kau tu siapa hah..? bapak kau tu dah memang dasar penagih..kau tak tau ke?"ujar Boboy berang apabila merasakan dirinya terhina kerana dipanggil gemuk oleh Ucik.Dia turun dari basikalnya dan terus menerpa ke arah Ucik.Laila yang cuba menghalangnya, ditolaknya jatuh.Badannya yang besar itu segera menghampiri Ucik dan dilagakan ke tubuh Ucik.

"Hah..kalau berani kau nak buat apa?badan tak padan dengan kecik,lembik pulak tu..ada hati nak cari gaduh dengan aku..!!"herdik Boboy lalu ditumbuknya perut Ucik yang kecil itu tanpa Ucik sempat untuk melakukan apa-apa.Ucik akhirnya tersungkur dan jatuh kedalam semak dibelakangnya.Laila dan Ucu yang melihat kejadian itu terus berlari mendapatkan Ucik.

"Hahaha..padan muka kau..kan dah kena buku lima aku..carik la pasal lagi.."teriak boboy dan terus menaiki semula basikalnya.Deli dan Jeli hanya memerhati dan mentertawakan ucik yang dilihat mereka seperti anak ayam itu."Dah,jom kita tinggalkan adik-beradik penagih ni kat sini..padan muka..hahaha!!"Teriak Boboy lalu beredar meninggalkan tiga beradik itu di tepi semak,hatinya puas.Dalam pada itu,Ucik yang tadi terbaring mengumpulkan kudratnya untuk bangun sambil dibantu oleh Laila dan Ucu.Matanya hanya dapat dibuka kecil kerana menahan sakit akibat ditumbuk oleh Boboy tadi.

"Itulah Ucik,kan akak dah bagi amaran tadi,jangan dilayan ejekan diorang tu..pedulikan je..kan dah sakit kena penumbuk.."Ujar Laila sambil menepuk-nepuk seluar hitam Ucik yang terkena kotoran debu itu.

"hu..hu..hu..Kesian Ucik..sampai hati diorang buat kita macamtu..kita bukannya kacau diorang..kaki Ucu pun sakit kena tolak tadi kak..hu..hu.."tambah Ucu dengan nada tersekat-sekat kerana menangis.

"Hish..tak guna punya budak gemok..sakitnya hati Ucik ni..tengok la nanti.."kata Ucik dengan nada marah.Dia masih tidak puas hati.Boboy berhutang dengannya,dan hutang harus dibayar semula.

"Dah la tu Ucik..sabarlah ya,Ucik bukan tak tahu perangai Boboy tu macamana kan?..dahla,jom kita pergi sekolah cepat..dah lewat ni dik.."Laila cuba meredakan kemarahan Ucik.Dia tahu hati kaum seperti Ucik memang cepat panas.Setelah baju Ucik dibersihkan,mereka menyambung semula perjalanan ke sekolah.Ucik berjalan terhencot-hencot akibat menahan senak diperutnya yang masih belum surut.Tangan kedua-duanya Laila genggam erat.



bersambung...


0 orang ketuk pintu:

Tuan Rumah

TEXTAREA_ID