Seribu Makna Buatku

Friday, July 24, 2009

top 10 aktres terhebat malaya..

Shirt colour: white
mood: exhausted
song: bad day-daniel powter
on my right: air masak 1 liter
on my left: aircond remote


Bosan x?bosankan?kash xbalik lagi..aku xde keje nak buat so,buat2lah ade keje sikit..so apekate aku memperkenalkan pd korg senarai aktres kt Malaysia ni yg lakonan dorg boleh dipuji..aku tau ade di antara korg yg xlayan cite melayu kn?yela..asyik2 pelakon barat je yang kita bangga2kan..sekali-sekala cuba kita nilai pulak bakat 'rumpun' kite sndiri..amacam? so,aku tolonglah promotekn diorang ni kat korg..n ranking ni pun aku wat berdasarkn pndangn aku sndiri sbg penonton n penilai..cewahh..oh ya.sebelum terlupa,barisan pelakon yg aku senaraikn ni dnilai dari sekitar 1989-sekarang..so,let's check it out..

10.Aida Aris

hah..mesti ade antara korg hny ingat nama dia je kn?tapi rupa dia korg mesti ade yg xingt..ok,bagi aku kalau die ni berlakon,ekspresi muka dia mmg kena n tepat..aku suka kalau tengok dia ni berlakon..ok,nama sebenar dia ni Siti Rohaida bt Mat Aris..n kalau korg nk tgk antara drama best lakonan Aida Aris korg msti kne tonton cite Suratan Kasih masa tahun 1996 yg Jamal abdillah ade berlakon skali tu..cubalah tengok..

9.Rita Rudaini


Ok..knl x dia ni?mst kenal kn?ala,yg slalu jdik heroin Rosyam Nor tu..aku rasa dh 6 kali slot Samarinda kt tv3 tu amik dia jdik pelakon heroin..kdg2 bosan gak..tp dia ni aku blh ckp seorang aktres yg berbakat..aku letak dia kt tangga ke-9

8.Dynaz

Hah..sekali pandang dia ni nmpak cam pelakon Hong Kong kn?jgn silap,dia ni sbnrnya salah seorang aktres yg sedang meningkt naik..walaupun dia ni agak baru dlm dunia lakonan,tp dia dh dpt anugerah pelakon popular mase ABPBH 2007 klu xslp..antara drama yg dia pnh berlakon ialah Kaizer.agak lame jgk r cite tu tp aku suke tgk cite tu sbb ade die jdik heroin..Cool giler..hmm,lg satu,dia ni agak seksi orgnyer...hehehe..

7.Lisdawati


Nama sbnr dia ni,Nisdawati bt Nazaruddin tp org lg kenal die ngan nama Lisdawati..aku mmg suka sgt ngan lakonan dia ni dlm filem Kl Menjerit(2002)..mmg sentap habis r..dia ni pon salah sorg pelakon yg mudah untuk menitiskan air mata..aku pun xtau cmane die leh buat cmtu..


6.Siti Shahrizah(Eja)


Mesti ada antara korg xsetuju aku letak dia ni dlm ranking top-10 aku ni..tp btlke korg dh tengok lakonan dia?kalau betul korg dh tengok,korg mesti akn setuju ngan aku..dia ni mmg berbakat..watak2 dia sume protagonis..dia ni xsesuai jd jahat sbb muka dia lembut sgt..drama yg boleh membuatkn korg nangis tgk dia berlakon ialah Masih ada Cinta..dia ni pun pnh gak tercalon dlm pencalonan akhir ABPBH



ok..sekarang jom kita tgk siapa yg berada di tangga top-5..yeah!!

5.Sofea Jane

Ingat x dgn Sofea Jane?..aku knl dia ni waktu aku kecik lagi..yes,dia mmg idola aku..first time masa dia berlakon dlm cite Perempuan Isteri dan ...,wow..mmg mantap..berkesan..mesej yg cuba disampaikn oleh pengarah mmg smpai sbb lakonan yg mantap daripd dia ni..kalau korg nak tau,nama penuh dia Sofea Jane bt Hisham n dia lahir kat Westminster Hospital, London, England..patutlah muka dia ade iras2 mat salleh kn?tp apapun,kita mmg boleh berbangga dgn mutu lakonan dia..I love U Sofea..


4.Vanida Imran


Inilah dia perempuan melayu terakhir malaya..haha..igt x dulu org panggil die dgn gelaran tu sbb dia jadi heroin filem Perempuan Melayu Terakhir masa tahun 1999..masa tu umur aku baru 10 tahun..apa yang aku boleh cakapkn tentang dia ni,kalau dia berlakon mst ada 'aura' n cita tu msti top..watak2 yg dia selalu ambil lak biasanya mst jadi perempuan baik yang ternoda..haha..kalau xpun mst jd perempuan misteri dlm cita ala-ala berhantu..muka dia mst jadi potret la,lukisan org kt tepi jalan la..aku pun xtau nape tp lakonan dia ni boleh bagi 9/10 la..


3.Noorkhiriyah

Hah,jgn terkejut pulak aku letak dia ni kt tangga ke-3..bagi aku dia ni sgt talented dlm lakonan.Bagi je watak apa2 kat dia,org gila ke,kaya ke,miskin ke,janda ke bla..bla..bla..sume dia boleh bawak..confirm!!aku salute lah kat beliau ni sbb walaupun dia xbanyak dpt berlakon filem sbb byk pihak ckp yg muka dia ni mmg sesuai utk drama je..tp dia tetap kuat semangat..kalau korg nak tau dia ni asal drpd Raub n aku percaya,satu hari nnt dia mst akn dinobatkn primadona drama melayu..


2.Nasha Aziz

Ok..tahniah diucapkan kpd beliau krn berjaya berada di-ranking ke2 dlm hati aku..huahuahua..(bkn sng tau)..bg aku pakej dia ni lengkap sbg seorang personaliti tv..em,yela,korang tgk r..good looking,tinggi,talented n dia ni humble gak orgnya..baguslah macamtu..muka dia ni pulak susah nak kuar drama tv ni..xmainlah..kalau korg nak tgk dia berlakon kna la beli vcd ataupun tgk wayang la sbb muka dia slalu kuar filem je..beruntungkan?


1.Erra Fazira

Jeng..jeng..jeng..ditakhta yang teratas sekali ialah siapa lagi kalau bukan aktres versatile Malaysia,Erra Fazira..berlakon boleh,menyanyi boleh,jd model iklan boleh..boleh dikatakan dia ni serba-serbi bolehlah..darah seni tu mmg dah ada dlm diri beliau..(gile skema penggunaan kata ganti diri ini..)..aku mmg minat tgk cerita yang dia lakonkan dari dulu sampailah sekarang..kalau nak sebut drama atau filem yg dia berlakon,xmuat rasanya sbb bnyk sgt..ala,susah sgt,klu korg nk tau,search je kt google..ok?


hehe..tamatlah sudah..tp sbnrnya rmi lagi heroin filem melayu yg boleh dibanggakan emm,macam Maya Karin,Shiela Rusli,Jasmin Hamid,Haliza Misbun n ramai lagi lah..xrugi sbnrnya kalau kita sokong drama n filem tempatan..msj yg ingin dorg ketengahkn(aku dh xtau nk guna pkataan mcmana,jd agak skema dsni..) mmg bagus n tepatlah ngan amalan kita sbg org timur..hehe..membebel plak kn?kla..aku dh ngantok..nnt kalau sng aku senaraikn plak top-10 aktor malaya ok?babai...

p/s: ingt lagi masa seorang 'abg senior' ckp "Fazura hot giler..woo~~" masa kat kedai makan
awl tahun dlu..jd utk tdk mengecewakn hatinya,saya letak Fazura ditangga ke-11 ok?=)






4 orang ketuk pintu:

Azmir said...

Mertua Vs Menantu Erra berlakon paling mantap! Fav Drama Melayu aku. xpenah tinggal. haha -azmir-

miba said...

haha.. xpe2.. no 11 pun jadi lah :P

jumaat_asar said...

hahah..uit,abg islah tetibe bersuara..btw,bile nak balik miri?rindulah..hihihi..=)

monyet terbang said...

tp aku mmg suker nurkhairiyah... minat abis kat dier...

Tuan Rumah

TEXTAREA_ID