Seribu Makna Buatku

Saturday, August 29, 2009

Merdeka...takutnya!

Shirt colour: white
mood: sleepy
song: -
on my right: mug
on my left: kilometrico

Waa...kurang dari 36jam*agak lama jugaklah nak convert days to hours ni..* negara bertuah kita akan menyambut kemerdekaan yg ke 52..So,aku nk nyanyi lagu hepy besday to my beloved country..sing along okay..
Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Malaysia..
Happy birthday to you..
*diikuti dgn percikan bunga api dan dentuman mercun secara maya*

Hooray..!!xsangka,aku masih lagi bernyawa*aminn..* utk mnyambut ulang tahun kelahiran ibu pertiwi aku tahun ni..insyaallah(sbb still ade sehari lagi..)..So bersempena ulang tahun merdeka ni kan..aku nk post something yg berkaitan dgn kemerdekaan..fulamak aii joe*clap clap*

Tapi....

Aku xnak citer apa yang best ataupun apa yang kita harus kita nanti2kan bila tiba waktu sambutan kemerdekaan samada seminggu,sehari ataupun semasa merdeka sbb aku tau,kebanyakkn 'blogger' pd waktu2 mcmni akn mengepost sesuatu tajuk yg mungkin akn menyedapkn hati sbb hari kemerdekaan adalah utk bersuka-ria*tak sure kena ade tanda sempang/- ke tak..* dan utk mnaikkan rasa suka bila tiba hari kemerdekaan..

Aku nak kasitau korg apa yang aku rasa kita harus takuti atau berjaga2 bila tiba hari merdeka..*seelok2nya,seminggu sebelum merdeka ye..*
Apa yang aku tulis ni konpem dan secara sahnya aku xciplak secara haram drpd mana2 media cetak mahupun elektronik okay,,ini semua hanyalah pendapat aku semata2 brdasarkan pemerhatian aku selama...... 3 hari je.

1.Pusat membeli-belah
-aku sarankan,terutamanya kpd golongan wanita spt Kak Tipah,Mak Jah supaya tidak mengunjungi pasar2 raya ataupun kedai2 perabot sepanjang minggu sblm merdeka sehinggalah kira2 2minggu pas tarikh 31Ogos krn dikhuatiri akn boros berbelanja kt tempat2 sebegini..aku pun xpaham apa simbolik merdeka dgn jualan runtuh brg2 cam kipas,pasu bunga,peti ais dan kemungkinan,korg xpayah susah2 nak beli langsir nak sangkut kat umah sbb time merdeka berlambak kedai kasi free bendera pelbagai saiz..babu jual karpet pun dah tau mgunakan peluang Hari Kemerdekaan dgn menjual karpet secara pukal dgn harga yg murah..akibatnya,Kak Munah dan Cik Rosnah saling brlumba2 utk mendapatkn karpet trcantik lalu trpaksalah berhutang..si babu pun dptlah peluang utk dtg kerumah Cik Rosnah berkali2 sbb nak mntk duit utang..takutkan??

2.Dataran Merdeka/Dataran Putrajaya/Dataran....
-sudah semestinya,tempat2 mcmni pasti akn dikunjungi oleh kaum keluarga setibanya detik 12.00am,31ogos stiap tahun..klu macam aku dulu,time2 mcmnilah nak lepak dgn kawan2 g dataran merdeka..xpun g putrajaya..best,macam2 ada..klu org2 yang berniaga pulak,sama sibuk macam kat bazaar ramadhan..budak2 kecik berlari bsepah2,dgn mak bapak cari port yang baik nak tengok bunga api nnt..dan yg paling org tunggu2 iaitu konsert mlm merdeka ..sume berhimpit2 nak tengok psembahan artis2 trkenal..dan perkara yang paling ditakuti masa tu ialah time2 mcmtulah slalu ada kes anak hilanglah..keta kat parking lot kena curilah..dompet kena seluklah..perempuan pulak ada yg kena rabalah..xketinggalan jugak ada couple2 yang ditahan sbb buat benda yg xsenonoh masa org tgh sibuk sambut merdeka..mcmni ke budaya kita sambut kemerdekaan weh??apa penghayatannya?yg kita tau,31ogos cuti umum..itu jer..

3. pukul 2 a.m, 31ogos
-Hah..waktu2 macamni rata2 orang dah balik rumah masing2 lepas habis sambut detik 12mlm kt tempat2 awam..semua tempat kembali sunyi..suasana jadi lapang..tapi yang memang menakutkan aku ialah 'najis2' yang ditinggalkan oleh warga Malaysia yg tadinya baru melaung2kan MERDEKA!! lebih kurang 7x.Nak tau najis apa?hah.ni dia..

sakitkan mata kalau tengok 'najis2' malam merdeka ni?xboleh bayangkan cmana tanggapan pelancong asing klu tgk sume ni..sob3..
belum habis lagi..malam masih muda..pukul 2pagi mcmni,mat2 rempit baru bangun tido..mata sume segar bugar time2 mcmni..apalagi..time utk racinglah..sempena merdeka..tak gentle la kalo xberlumba..biasanya,kumpulan2 'hati kering' ni akan bkerumun lepak kat tepi2 bahu jalan sembang2 malam merdeka la agaknya..awek sorang satu mungkin..pastu kalo ada 2grp mat rempit,mesti akn mula buat kecoh,sbb masing2 nak tunjuk belang..sume tak takut mati gamaknya..tp dlm rempit2 tu ada gakla sket smgt patriotik dorg ni..bendera Malaysia paling kurang mesti ada satu tertancap kt belakang moto dorg ni..tp setakat mana dorg paham tentang makna merdeka tu,aku pun xtau..korg tnylah sndiri..bknnya aku ni nak hina dorg sume ni..tp sbb org2 mcmnilah semua org melayu terutamanya dipandang 'slack' oleh kaum2 lain,sbb yela,sume sedia maklum rata2 mat rempit hati kering ni sumenya dr kalangan org melayu,kalo x,orang xkanlah panggil "Mat" btl x?xde plak org nak panggil "Baiyaa rempit" ke,"Ah Seng rempit"ke..that's the reason..

4.Hantu bendera..
-Kalau setiap kali nak merdeka,benda yang paling obvious kita nampak kat mana2 tempat ialah kempen kibarkan Jalur Gemilang..masa tu,sapa paling banyak bendera secara gear automatiknya akan dikatakan Patriotisme dia 1st class honour..
Betul,secara praktikalnya,benda ni memang akan membuahkan kesan positif sbb mungkin dgn cara ni trdapat org yg baru sedar yg bendera Malaysia rupa2nya ada 14jalur,dan rupa2nya bendera Malaysia ngan bendera Wilayah Persekutuan K.L lebih kurang sama pattern dia..dan budak2 kecik pun bolehlah belajar mengenal bendera dgn membeli cokelat yg brbutir2 kecik yg dletakkan bsama2 dgn bendera plastik ..dulu harga 20sen satu,skrg mungkin dh naik hrga kot..tapi apa yang aku takutkan ialah nasib Jalur Gemilang ni lepas seminggu sambutan kemerdekaan..agak2 korg kat mana dorg campak kn ek?mcm yg gmbar kt atas ni..nak kata dia simpan,tiap2 taun aku tengok tukar baru..sama gak klu kt bangunan2 yg tinggi2..tiap2 taun saiz kain makin besar sbb nak pecah rekod bendera terbesar tahun lepas..so,bendera yang lama tu simpan mana?mungkin dh tmasuk kat timbunan sampah,dibakar,diletakkn ddlm stor shingga bsawang ataupn mungkin ada yg dah dikitar semula menjadi baju yg anda sedang pakai sekarang!!

5.Pertahankan kemerdekaan
-ini ialah perkara yang paling harus kita takutkan sekali apabila mnjelangnya hari kemerdekaan setiap tahun..iaitu,mempertahankannya!!..korg pernah dengar tak ayat lebih kurang mcmni..*aku dh lupa aku dgr dr mana*
Bagi sesebuah negara yang ingin membebaskan diri daripada belenggu penjajahan ,ia mungkin terpaksa mengambil masa selama beratus-ratus tahun,tetapi untuk kembali dijajah,ia pastinya dapat dilaksanakan dalam masa sehari

cuba kita sama2 fikirkan ayat kat atas ni dn cuba kita kaitkan dengan apa yang berlaku didalam negara kita ni khususnya.xpayah sibuk2 nak ambil contoh negara lain,negara kita sekarang ni pun dah mula goyah sbb diri kita sndiri..ya..aku dan kau..kita semua..aku sayang kemerdekaan ni..aku sayang tanahair ni..jadi takkan sesekali aku akn biarkannya djajah semula..jgnlah biarkan sambutan kemerdekaan negara pd tahun ini sekali lagi hanya sekadar laungan MERDEKA !! semata2..

sekian..

p/s:Kalau boleh lepas baca post ni,pasang lagu negaraku dan nyanyi sorg2..kalo takut kantoi ngan member,pakai earphone ok..lepas tu korg mesti akn rasa benar2 cintakan Malaysia.!!


5 orang ketuk pintu:

Anonymous said...

Tahniah anda merupakan seorang rakyat Malaysia yang benar2 merdeka!

jumaat_asar said...

hahaha..kita semua sudah merdeka!!

Shahul said...

Bersuka ria takde simpang

lil' haikal said...

merdeka tp masih racist.!!

happy brithday joe

jumaat_asar said...

shahul : tq=)
chong : xhabis2..kalo aku racist,ang pun kira racist gakla..sbb ang pun 2x5 je ngan aku..hahaha

Tuan Rumah

TEXTAREA_ID